Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

REBAT TOL MENARIK SEMPENA AIDILFITRI 2012

0 komen
Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.
"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk Hari Kemerdekaan.
 
"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Panadol Be Prepared di sini semalam.
Kempen yang dianjurkan GlaxosmithKline Consumer Healthcare bersama Touch 'n Go Sdn. Bhd. itu mengagihkan 50,000 kad Touch 'n Go bernilai RM10 di plaza tol terpilih serta peruncit di seluruh negara sejak 1 Ogos lalu.
 
Ismail berkata, LLM juga meneliti semula langkah keselamatan menjelang perayaan yang diharapkan siap minggu depan.
"Setiap musim perayaan kita melakukan persediaan rapi. Kali ini kami jangka jumlah trafik yang tinggi sehari dua sebelum 18 Ogos dan selepas raya hingga ke akhir bulan memandangkan jarak sambutan Aidilfitri dan hari merdeka agak dekat," katanya. – Bernama

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!