Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Tarantula jinak kesayangan Abang Din

0 komen
Dengar sahaja tarantula, berdegup jantung! Rasa macam tak percaya ada orang sanggup sentuh, bermain dan berkawan dengan haiwan eksotik ini.
Bukan penulis tidak pernah tahu mengenai sekumpulan peminat haiwan eksotik, cuma bertemu secara empat mata itu belum pernah. Makanya, penulis tidak tunggu lama apabila dimaklumkan ada peminat tarantula bersedia untuk ditemu ramah dalam kolum Pencinta Haiwan ini.

Dikenali sebagai Abang Din atau Zahirruddin Zainal Abidin, 31, dia memaklumkan sudah sembilan tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan haiwan eksotik. Tidak hairanlah dia tahu bagaimana menangani karenah semua haiwan spesies berbahaya yang dimilikinya.

"Kalau kita tidak yakin sentuh mereka, bagaimana kita nak yakinkan orang supaya membeli," kata Abang Din memulakan bicara.

Minat berniaga
Dia berhijrah meninggalkan kampung halaman sejak umurnya 17 tahun. Biarpun tidak mempunyai pelajaran tinggi, Abang Din nekad mahu membuktikan sesuatu kepada keluarga dan rakan. Oleh sebab itu dia memilih untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

"Pada mulanya, Abang Din ternak ayam dan arnab di Puchong. Kemudian Abang Din jual sendiri di pasar tani.
"Apabila Abang Din dah bercampur dengan orang berniaga, dari situlah minat Abang Din pada binatang terbit semula.

"Dah terbiasa hidup kita mencari duit, jadi Abang Din rancang satu hobi yang boleh bawa keuntungan. Sebab tu buka kedai menjual haiwan peliharaan," katanya.

Sejak membuka perniagaan haiwan, tumpuan Abang Din seratus peratus diberikan kepada kedainya, Planet Aqua & Pets di Uptown Seksyen 25, Shah Alam.  Abang Din mengakui, menjalankan perniagaan menjual haiwan peliharaan menjadi sumber pendapatan yang amat berbaloi.

"Di samping melayan hobi sendiri, kita juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menjaga haiwan dengan pencinta haiwan yang lain.

"Seronok apabila berkongsi cerita di kalangan pencinta haiwan. Ada saja perkara baru yang nak dibualkan sampai rasa macam dah kawan lama," katanya.
Tarantula spesies Rose Hair adalah antara haiwan kesayangan Abang Din selain ular.

"Tarantula betina ini bernama Melur. Ia makan serangga dan ulat roti. Abang Din saja pilih nama klasik sebab unik dan menarik apabila nak sebut.
"Ia spesies yang tidak berbahaya dan tidak agresif. Spesies ini paling popular dengan warnanya dan perangainya yang jinak. Saiz dewasa tarantula ini boleh sebesar saiz tapak tangan. Ia paling senang dijaga," katanya.
Berkongsi rahsia dan tip penjagaan haiwan eksotik, Abang Din berkata, menjaga haiwan eksotik sememangnya dapat memupuk nilai kesabaran yang tinggi.

Baik dari segi penjagaan, penyediaan tempat tinggal dan pemakanan kepada mereka, semua itu menuntut pengorbanan.
"Dari segi masa, ada kalanya perhatian kepada mereka lebih. Kadang-kadang kita tak makan lagi tapi kita dah sediakan makanan untuk dia. Kita tak mandi tapi dia dah kena mandikan dulu," katanya sambil tersenyum.

Abang Din menjelaskan, pemakanan tarantula amat mudah iaitu, mealworm dan serangga seperti cengkerik yang dapat dibeli di kebanyakan kedai ikan.
Bagi anak tarantula atau disebut sebagai sling boleh diberi potongan ulat tersebut kepada beberapa bahagian untuk memudahkannya makan.
"Hanya perlu bagi makan setiap tiga hingga lima hari sekali sahaja. Bukan tiap-tiap hari. Yang penting jangan beri makanan yang saiznya lebih besar daripada perutnya. Memang ia tak makan.
"Kalau pertama kali tengok tarantula memang rasa geli, tapi sebenarnya ia sangat menarik. Terutamanya semasa ia molt (menanggalkan kulit lama untuk membesar).
"Macam-macam perkara kita belajar bila memelihara tarantula. Lagipun ia sebenarnya tidaklah sebahaya mana. Jika bela daripada kecil hingga besar, kita akan rasa lebih seronok dan akan lebih cintakan haiwan ini," katanya.
Kekalkan suhu lembap

Memandangkan tarantula boleh melekat di hampir semua permukaan termasuk cermin, ia perlu diletakkan dalam bekas tertutup untuk mengelakkannya daripada memanjat.

"Kalau tidak simpan dalam bekas tertutup, senang-senang  saja ia keluar dan merayap. Kalau hilang nanti sedih dan rugilah sebab beli pun mahal," katanya.

Bekas yang digunakan untuk menempatkan tarantula pula mestilah tidak terlalu besar untuk memudahkan ia mencari makanannya.

Abang Din menyarankan untuk letakkan tanah yang biasa digunakan bagi menanam tumbuh-tumbuhan.
Semburkan tanah itu dengan air sekali sehari untuk mengekalkan suhu dan kelembapan agar ia sentiasa sesuai dengan habitat tarantula.
"Suhu lembap membantu tarantula molting dengan berjaya.

"Di sebalik tanah itu bolehlah kita letakkan ulat hidup sebagai makanannya. Pantau selalu untuk elakkan ulat itu mati dan bersemut," katanya

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!