Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Pos Malaysia lancar setem Boboi Boy

0 komen
PEMINAT watak siri animasi tempatan, Boboi Boy kini berpeluang memiliki koleksi khas setem Pos Malaysia Berhad yang memaparkan enam watak kartun tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata, setem khas yang menampilkan karakter tersendiri siri animasi itu menjadikan kanak-kanak sebagai golongan sasaran.
 
Koleksi ini dihasilkan dalam bentuk setem denominasi berharga 60 sen dan lembaran mini (RM5) termasuk Sampul Surat Hari Pertama berharga 50 sen sekeping serta folder pada harga RM5.50 setiap satu," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran koleksi khas setem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Majlis pelancaran itu disempurnakan Ketua Pegawai Penyeliaan dan Pengawalan Industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Jailani Johari. Hadir sama Presiden Persatuan Filateli Malaysia, Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore.
Koleksi setem bertemakan siri animasi Boboi Boy dan Kawan-kawan ini dihasilkan dengan kerjasama SKMM dan merupakan keluaran khas sempena Minggu Setem 2012.
Untuk mencipta satu kelainan terutama kepada pengumpul setem, koleksi setem ini dicetak dengan dakwat khas keselamatan manakala lembaran mini pula dicetak dengan teknik Special Transparent Foil," jelasnya.
 
Sementara itu, Jailani berkata, sebanyak 13 juta keping setem telah dikeluarkan hasil kerjasama pihaknya dan Pos Malaysia Berhad sejak Januari sehingga Oktober lalu.
Sehingga kini sebanyak 13 tema termasuk koleksi hobi siri animasi Boboi Boy dan Kawan-kawan dikeluarkan dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.
Hal ini membuktikan kiriman surat melalui pos masih menjadi pilihan masyarakat walaupun dunia kini dikuasai oleh teknologi canggih seperti kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan rangkaian sosial," katanya.
 
Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012 dan OMG Kembara Setem Anugerah Kelab Setem & Filateli Cemerlang peringkat Zon Tengah 2012.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!