Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

AJL27: Aizat kecewa dipalit kontroversi

0 komen
PENYANYI dan komposer, Aizat Amdan akui kecewa berhubung kontroversi pemilihan penyanyi bagi mempersembahkan lagu ciptaan Yuna, Terukir Di Bintang di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang berlangsung, malam tadi.

Meskipun diselubungi kontroversi, lagu ciptaan Yunalis Zarai telah dinobatkan Juara Lagu 27 menewaskan 11 lagu yang lain.

Pelbagai spekulasi beredar berkaitan pemilihan Aizat sebagai penyanyi pada malam anugerah tersebut.

Sebelum ini, dikatakan penyanyi Semakin Hari Semakin Sayang, Uji Rashid, terlebih dahulu dipilih Yuna bagi menyanyikan lagu tersebut, namun digantikan dengan Aizat pada saat-saat akhir.

Yuna dikatakan sudah menghubungi Uji Rashid bagi memohon maaf berhubung hal tersebut.

"Saya tak tweet apa-apa pun. Kontroversi itu semua dalam Twitter saja.

"Saya ada dengar berhubung isu Uji Rashid ini. Masa 'soundcheck', saya dapat tahu Kak Uji datang tetapi tak ada sesiapa yang beritahu dia (tentang penggantian penyanyi)," katanya pada sidang media, malam tadi.

Aizat memberitahu agak terkejut dengan kedatangan Uji Rashid untuk 'soundcheck'.

"Ada satu malam itu, saya terkejut apabila dimaklumkan Kak Uji datang. Kenapa dia di sini? Tak ada orang beritahu dia ke? Sepatutnya pihak berkuasa uruskan. Maksud saya, dia veteran. Walau macam mana sekalipun, kita kena hormat.

"Saya rasa kecewa. Bagi saya, mana-mana manusia pun tak sepatutnya dilayan seperti itu. Datang dengan harapan untuk 'soundcheck'. Tiba-tiba ada yang tweet (tentang pertukaran). Oh dah kena ganti. Pada saya itu tidak baik," katanya yang meletakkan hasrat  untuk menghubungi Uji Rashid.

Aizat menafikan ada bertemu dengan Uji Rashid pada malam tersebut.

"Saya tak terjumpa dia pun, tetapi ada orang beritahu saya (Uji Rashid datang). Itu yang buat saya kecewa.

"Kalau boleh saya ingat nak bawa dia saja naik atas (pentas)," katanya yang tampil bersama AG Coco dan band Palawan ketika mempersembahkan Terukir Di Bintang.

Mengulas lanjut tentang persembahannya, Aizat akui tidak memberi seratus peratus ketika tampil malam tadi.

"Secara terus terang, saya tak rasa saya bagi seratus peratus sebenarnya. Bila atas pentas saya tak risau langsung... saya berserah saja," katanya yang tidak menjangkakan kemenangan malam itu.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Go Gerila ini tidak menolak sekiranya diminta untuk menyanyikan lagu itu pada masa akan datang pada mana-mana persembahannya.
"Kalau ada permintaan saya akan nyanyikan lagu ini.," katanya.

Dengan hanya berbekalkan persiapan kira-kira 52 jam, Aizat berjaya menampilkan persembahan yang bersahaja tetapi menarik.

Hanya memegang cawan berwarna merah, Aizat menyampaikan lagu Terukir Di Bintang dengan baik dan tidak mengecewakan, ditambah dengan susunan muzik Melayu yang cuba ditonjolkan oleh AG Coco.

Bercerita tentang persembahan pentasnya itu, Aizat memberitahu idea memegang cawan di atas pentas datang daripada komposer, Adnan Abu Hassan.

"Sebenarnya masa raptai saya teringat cikgu Adnan Abu Hassan beritahu, minum kopi sebelum buat persembahan. Jadi, saya cuba sebab tak pernah cuba sebelum ini.

"Kebetulan pula video Yuna di belakang itu sedang minum kopi. Jadi, saya rasa bagus untuk saya 'cheers' bagi dia kan," katanya.
Sementara itu, AG Coco memberitahu, susunan muzik yang dibuat berkonsepkan Melayu bukan Perancis.

"Sebenarnya saya nak Melayukan lagu ini, tetapi orang lain fikir ia Perancis, jadi saya pun macam, ya lah Perancis," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!