Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Boeing 787 dilarang terbang

0 komen
TOKYO - Semua pesawat Boeing 787 Dreamliner milik dua syarikat penerbangan utama Jepun dilarang berlepas untuk tujuan pemeriksaan keselamatan selepas sebuah pesawat itu terpaksa mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di negara ini semalam dalam insiden terbaharu yang menimpa jet tersebut.Kementerian Pengangkutan Jepun menyatakan, pihaknya menerima notis daripada All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines bahawa semua pesawat 787 milik kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan.Kenyataan yang sama memberitahu, langkah tersebut dilaksanakan secara sukarela oleh ANA dan Japan Airlines.
 
Pihak ANA mengendalikan sebanyak 17 pesawat Boeing 787 Dreamliner manakala Japan Airlines pula mempunyai 17 pesawat berkenaan.
Pihak kementerian itu menyifatkan masalah pada pesawat Boeing 787 itu semalam sebagai insiden serius yang boleh membawa kepada kemalangan.
"Kami memohon maaf kerana menyebabkan para penumpang dan keluarga mereka berasa amat bimbang," kata Timbalan Presiden Eksekutif Kanan ANA, Osamu Shinobe.
Seorang penumpang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dikejarkan ke sebuah hospital akibat kecederaan kecil pada paha dalam pendaratan cemas tersebut.
Menurut ANA, sejumlah 128 penumpang lain dan enam kru penerbangan berkenaan tidak cedera dalam kejadian itu.
 
ANA menyatakan, mesej kokpit menunjukkan terdapat masalah bateri dengan bau terbakar dikesan di dalam kokpit dan kabin pesawat sekali gus memaksa Boeing 787 itu yang dalam penerbangan domestik mendarat di Lapangan Terbang Takamatsu, wilayah Kagawa, barat Jepun.
Pesawat tersebut sepatutnya mendarat di sebuah lapangan terbang di Tokyo selepas berlepas dari Lapangan Terbang Yamaguchi Abe di wilayah Yamaguchi.
Boeing sebelum ini meletakkan harapan tinggi pada pesawat itu.
Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat terbaharu dan paling canggih buatan firma berkenaan.
Beberapa pesawat berkenaan dibelenggu pelbagai masalah termasuk kebakaran bateri dan kebocoran minyak baru-baru ini.
 
Pihak ANA dan Japan Airlines merupakan pelanggan utama Dreamliner dan antara yang pertama menggunakan pesawat Dreamliner.
Sebelum ini, ANA membatalkan penerbangan domestik ke Tokyo pada 9 Januari lalu ekoran masalah brek sebuah pesawat Boeing 787.
Dua hari kemudian, dua kes dilaporkan berhubung kebocoran minyak pada pesawat berkenaan dan masalah rekahan pada tingkap kokpit. - Agensi


No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!