Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Cara ambil pembantu rumah Indonesia - PAPA perlu maklum kos baru amah

0 komen
Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) diminta memaklumkan kos baru pengambilan pembantu rumah Indonesia secara rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ini kerana kos baharu berkenaan turut memerlukan persetujuan agensi pembantu rumah di Indonesia dan tidak boleh ditetapkan PAPA saja. Kita perlu berbincang dengan pihak Indonesia secepat mungkin, sebelum kami membuat apa-apa keputusan mengenai kos baru ini dari segi perundangan.

Jika Indonesia bersetuju dengan kos baharu ini, kita juga akan menerima kos yang dicadangkan, katanya ditemui pemberita pada persidangan Pravasi Bharatiya Divas Ke-11 2013, di sini, semalam.

Beliau mengulas pengumuman PAPA pada 4 Januari lalu, bahawa kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan RM4,511, iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Dr Subramaniam berkata, kerajaan menyambut baik kos baru yang diumumkan PAPA, berbanding sebelum ini mereka mencadangkan sebanyak RM12,000.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh mengalu-alukan komuniti India dari negara lain untuk melabur di negara itu.

Katanya, penyertaan mereka akan dapat membangunkan ekonomi dan sosial di negara itu.

Saya akan menyokong usaha anda jika anda mahu melabur atau berkongsi pengetahuan, teknologi dan kemahiran, katanya berucap pada majlis perasmian persidangan itu, semalam.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Timbalannya, Subramaniam dan Duta Khas Malaysia Bertaraf Menteri Bagi Infrastruktur Ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu.

Persidangan itu yang bermula sejak Isnin lalu hingga hari ini dihadiri kira-kira 2,000 delegasi dari lebih 150 negara bertujuan untuk membincangkan isu membabitkan komuniti India di seluruh dunia, selain menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!