Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

DRB-HICOM Rancang projek 'Kereta Asia'

0 komen
DRB-HICOM Bhd sedang merancang satu projek besar yang dikenali sebagai Kereta Asia yang bakal menyaksikan Malaysia menjadi hab bagi pengeluaran kenderaan Volkswagen (VW) di rantau ini.Untuk menjayakannya, pemilik DRB-HICOM, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedang berusaha untuk menyenaraikan anak syarikat pengedaran kumpulan itu di bursa saham. Rancangannya ialah menyenaraikan Proton Edar Sdn Bhd dan EON Bhd yang digabungkan.

Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, DRB-HICOM sendiri kemungkinan akan dijadikan sebuah syarikat persendirian dan dikeluarkan daripada penyenaraiannya di Bursa Malaysia.

Ia adalah antara opsyen yang ada, kata sumber yang rapat dengan cadangan itu kepada BERNAMA.

Di bawah opsyen itu, cabang pengeluaran automotif dan unit pertahanan DRB-HICOM, akan dipegang secara persendirian oleh satu daripada syarikat yang dimiliki usahawan berkenaan.

Pemegang saham sedia ada DRB-HICOM boleh menukar beberapa saham mereka ke dalam syarikat penyenaraian yang baharu itu.
Sementara itu, cabang pembuatan automotif, akan disenaraikan semula dalam bentuk yang lain, kemudian nanti, di bawah usaha sama DRB-VW.

DRB-HICOM dan pengeluar kenderaan terbesar Eropah itu pada Ogos 2010, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama bagi pemasangan dan pengeluaran kenderaan VW di Malaysia.

Memajukan potensi pasaran di rantau Asean adalah penting untuk strategi pertumbuhan jangka panjang Volkswagen Group, kata Christian Klinger, ahli lembaga pengurusan VW baru-baru ini.

Kenderaan VW itu dikeluarkan di kompleks automotif HICOM yang berkeluasan 96 hektar di Pekan, Pahang.

Kemudahan itu direka bagi menampung kapasiti mengeluarkan 100,000 unit kenderaan.

Pada masa ini, kami hanya mengeluarkan 25,000-30,000 unit. Jadi, banyak lagi ruang untuk kilang itu dimanfaatkan, kata Pengarah Urusan kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil sebelum ini.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!