Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Isu lot balak Kelantan: Ngeh, Nga kena jawab

0 komen
DAP minta penjelasan pelaburan kontroversi Upayapadu dalam 2 hari

Ipoh: Kepemimpinan pusat DAP memberi tempoh dua hari sehingga hari ini kepada Datuk Ngeh Koo Ham membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

Kata dua itu diberi selepas kontroversi berhubung pelaburan besar yang dibuat Pengerusi DAP Perak itu bersama sepupunya yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Dikecam hebat


Difahamkan, Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas turut dikecam hebat oleh kepemimpinan parti itu dalam satu mesyuarat diadakan baru-baru ini.

Mesyuarat itu diadakan susulan daripada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendesak Koo Ham menjelaskan mengenai isu itu.

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi di sini semalam, berkata pembabitan Koo Ham dan Kor Ming dalam perniagaan adalah bertentangan dengan perjuangan parti.

"Ia bukan bermakna kita mahu menjadi seorang yang miskin, namun politik dan perniagaan tidak sewenang-wenangnya boleh dicampur-adukkan.
"DAP mempunyai perjuangan tersendiri dan bukannya bertujuan terbabit dalam perniagaan. Ramai orang bertanya kepada saya, adakah memasuki DAP menjanjikan seseorang boleh jadi 'tauke' dan boleh menjadi kaya," katanya.

Beliau berkata, isu itu bukan hanya menjejaskan parti, tetapi turut menimbulkan kemarahan sebahagian besar ahli parti berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn, berkata dua pemimpin bersaudara DAP itu boleh menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"DAP sebelum ini (ketika ingin mengambil alih kerajaan Pulau Pinang dan Perak) berpendirian pemimpin mereka tidak boleh terbabit dalam perniagaan.

"Bagaimanapun, selepas mereka mendapat kuasa, rakyat dapat melihat dengan jelas pemimpin mereka terbabit dalam perniagaan, malah memiliki pelaburan besar... mereka (DAP), cakap tidak serupa bikin," katanya ketika dihubungi, semalam

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!