Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Liga Super 2013 - Harimau Selatan vs Pahang, keputusannya malam ni

0 komen
Johor Bahru: Tumpuan pasti terarah kepada corak permainan taktikal Johor Darul Takzim yang akan memulakan aksi tatkala memiliki deretan barisan pemain berstatus bintang apabila berdepan Pahang pada saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam ini.

Apapun skuad kendalian Fandi Ahmad yang mendapat jolokan Harimau Selatan terpaksa melupakan khidmat pemain import, Simone Del Nero yang masih belum pulih dari kecederaan dan mungkin tidak akan tersenarai dalam skuad itu pada perlawanan menentang skuad Tok Gajah.
Bagaimanapun, Fandi tidak cemas tanpa kelibat bekas pemain Serie A yang beraksi untuk kelab Lazio itu selepas sudah ada pengganti menggalas tugas di posisi tengah dan bakal menggunakan kelibat Mohd Zaquan Adha Abd Radzak di posisi sayap kiri sambil membantu Safiq Rahim selaku penjana jentera tengah.


Simone semakin pulih daripada kecederaan dan boleh diturunkan tetapi saya tidak mahu ambil risiko sebaliknya mahu dia cergas sepenuhnya bagi memastikan khidmatnya dapat digunakan pada aksi kedua menentang Perak, Jumaat ini.

Siapa bakal beraksi di posisi penjaga gol, saya belum putuskan lagi kerana Zamir Selamat dan Muhammad Al-Hafiz Hamzah menunjukkan peningkatan mendadak dan saya perlu bincang dengan jurulatih penjaga gol, Khairul Azman.

Barisan serangan akan diterajui kemungkinan tiga rangkaian serangan iaitu Daniel Guiza, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali namun mungkin akan berlaku perubahan formasi berdasarkan corak taktikal paling sesuai, katanya.

Apapun, Fandi tidak berselindung betapa debaran menempuh aksi pertama liga elit domestik cukup meresahkan tetapi yakin kesebelasan utama yang bakal diturunkan akan memberi persembahan terbaik dan tidak melakukan kesilapan mudah bagi mengelak dipalit kedukaan.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!