Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Permaisuri Agong bangga MSU muncul universiti cemerlang

0 komen
SHAH ALAM 6 Jan. - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Management and Science University (MSU) mengekalkan kedudukannya sebagai antara universiti cemerlang di Malaysia menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara 11). Seri Paduka yang merupakan Canselor MSU bertitah, kejayaan yang dicapai oleh MSU adalah berkat kegigihan semua pihak di universiti tersebut berusaha mencapai kecemerlangan dan meletakkan kualiti mereka sama taraf dengan universiti-universiti terkemuka di negara ini.
 
"Sesungguhnya beta merasa amat bangga apabila dimaklumkan tentang pencapaian MSU yang telah berjaya menempatkan diri sekali lagi dalam 'tier 5' iaitu universiti cemerlang di Malaysia.
"Pengiktirafan sebagai universiti cemerlang dicapai menerusi Setara 11 seperti yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada November tahun lalu," titah Seri Paduka sempena perasmian Majlis Konvokesyen Ke-12 MSU di sini hari ini.
 
Pada majlis konvokesyen itu, seramai 1,027 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana masing-masing. Hadir sama, Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Presiden MSU, Prof. Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.
Dalam pada itu, Tuanku Hajah Haminah turut berasa bangga dengan peningkatan kebolehpasaran graduan MSU yang kini berada pada tahap 95 peratus.
 
Titah Seri Paduka, ini berdasarkan kepada keupayaan graduan MSU mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan tempoh pengajian.
"Ini membuktikan, graduan MSU juga menjadi pilihan majikan sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan, syabas beta ucapkan," titah Seri Paduka.
Sementara itu Mohd.Shukri berkata, pada konvokesyen kali ini, 30 peratus graduan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) di atas 3.0 dan 5 peratus graduan mendapat CGPA 3.75 ke atas.
"Pencapaian tersebut turut menyumbang kepada pengiktirafan MSU sebagai universiti cemerlang sekali lagi oleh KPT dan badan akreditasi asing iaitu Accreditation Services For International Colleges (ASIC), United Kingdom," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut.
 
Dalam majlis konvokesyen kali ini Anugerah Pingat Emas Canselor telah diterima oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Sekolah Perubatan Antarabangsa, Imran Khan Jallaldeen atas kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Anugerah Kecemerlangan Mohd. Shukri Yajid dimenangi oleh graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik, Tengku Hazrin Tengku Hassan.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!