Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Permintaan 'phablet' menggalakkan

0 komen
Singapura/Hong Kong: Panggillah ia apa saja sama ada 'phablet', 'phonelet', 'tweener' atau telefon pintar super namun telefon bimbit yang hampir sama dengan saiz tablet berbanding telefon pintar beberapa tahun lalu akan muncul semula.

Kejutan melanda tahun lalu apabila ia mencatatkan bilangan pengguna yang lebih ramai, pembuat telefon bimbit yang lebih banyak dan sedang membangunkan kandungannya.
"Kami menjangkakan 2013 akan menjadi tahun 'Phablet'," kata Pengarah Eksekutif Strategy Analytic, syarikat yang berpangkalan di United Kingdom.


Dalam pada Samsung Electronics Co Ltd membuka laluan dengan peranti Galaxy Note keluarannya, kini pengeluar lain turut sama mengejar.

Pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas minggu ini, gergasi telekomunikasi China, ZTE Corp dan Huawei Technologies Co Ltd akan melancarkan peranti keluaran masing-masing.

ZTE yang bekerjasama dengan pereka Itali, Stefano Giovannoni bagi 'phablet' Nubia dijadualkan akan melancarkan peranti Grand S bersaiz lima inci manakala Huawei akan mengeluarkan Ascend Mate dengan skrin 6.1 inci, menjadikannya sedikit kecil daripada tablet Kindle Fire keluaran Amazon.

"Pengguna sudah menyedari bahawa telefon pintar skrin hampir 5-inci bukanlah peranti yang rumit," kata Joshua Flood, penganalisis kanan di ABI Research di Britain. - Reuters

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!