Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Royalti 20 peratus beri kesan negatif

0 komen
Kuala Lumpur: Pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, akan memberi implikasi negatif termasuk menyebabkan kelembapan ekonomi negara.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata PETRONAS boleh membuat pembayaran itu kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak, tetapi keuntungannya semakin mengecil.
Katanya, potensi pertumbuhan PETRONAS seterusnya akan terjejas selepas tidak mampu membuat pelaburan di dalam dan luar negara, yang kini menjadi sandaran bekalan sumber dan hasil jangka panjang Malaysia.


Jika PETRONAS bagi royalti 20 peratus kepada negeri terbabit, syarikat ini tidak lagi dapat membuat pelaburan bagi pengembangan kapasiti pengeluarannya.

Ia sekali gus mengurangkan sumbangan PETRONAS dalam minyak dan gas iaitu industri penting kepada ekonomi negara, sekali gus melembapkan pertumbuhan negara termasuk mengurangkan peluang pekerjaan kepada orang ramai, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kenyataan itu menyokong pendapat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bahawa tuntutan pembangkang itu tidak munasabah dan boleh melumpuhkan operasi PETRONAS di luar negara.

Awang Adek berkata, PETRONAS perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baru di negara baru yang memerlukan jumlah modal yang besar, bagi menyumbang dividen tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun.
PETRONAS ketika ini, tersenarai dalam Fortune 500 dan menduduki kelompok 20 teratas paling untung di dunia.

Sejak ditubuhkan pada 1974, PETRONAS secara berterusan menyumbang hasil kepada negara menerusi dividen dan cukai.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!