Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Groupon tawar diskaun hartanah

0 komen
GROUPON Malaysia bekerjasama bersama OCR Land Holdings bagi menawarkan tawaran hartanah istimewa untuk bandar vila mewah, Canary Residence di Cheras Hartamas yang bakal dibuka pertengahan 2015.

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Canary Residence mempunyai 66 rumah mewah empat tingkat dan tiga tingkat serta dilengkapi kemudahan rumah kelab.

Pengurus Besar Groupon Malaysia Rafiq Razali berkata, pihaknya akan terus menyediakan tawaran terbaik kepada pelanggan dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai platform e-dagang utama di Malaysia.

"Tawaran hartanah Groupon sebelum ini terbukti sesuatu yang popular dalam kalangan pelanggan kerana menyediakan peluang menarik yang dapat memberi manfaat kepada nilai pasaran hartanah.

"Kami akan terus meneroka potensi untuk tawaran hartanah lain pada platform sosial e-dagang ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan dan Pemasaran OCR Land Holdings berkata, penglibatan atas talian kini menjadi antara cara berkesan untuk mendekati bakal pembeli.

Tawaran terbaru Groupon itu membolehkan pembeli membeli baucar tunai RM15,000 pada harga RM1,500. Baucar itu  juga memberi peluang kepada pembeli untuk menikmati rebat tambahan yang ditawarkan pemaju hartanah di mana pembeli akan mendapat faedah daripada Skim Pembayaran Balik serta yuran guaman percuma.

Baucar itu sah untuk pembayaran bagi lot tengah dan hujung berharga antara RM1,195,800 sehingga RM1,674,800 dalam tempoh penebusan bermula 15 Februari hingga 15 Mei.
Suni

Berpuluh-puluh ikan pari terdampar

0 komen
GAZA - Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.
Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.
 
Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.
 
Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan.
Suni

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun

0 komen
BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.
Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.
 
Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.
"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.
 
Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.
"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh
Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat.
Suni

Jalan sempena nama Mourinho

0 komen
LISBON: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho melakar sejarah tersendiri apabila namanya dijadikan nama jalan di Setubal, tempat lahirnya di Portugal, kata
dewan bandar raya wilayah berkenaan.

Keputusan sebulat suara memilih nama beliau yang menerima kunci bandar itu terletak kira-kira 50 kilometer selatan Lisbon pada 2009 juga mesti diletakkan dalam peta tempatan. "Jose Mourinho hari ini layak kerana beliau adalah antara jurulatih berprestij dan paling layak di dunia," kata kenyataan itu.
Suni

Syor sekat aktiviti Israel bina rumah di Palestine

0 komen
Geneva: Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan 27 negara anggotanya supaya menghalang semua transaksi kewangan yang menyokong aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat, menurut laporan dalaman mengenai Baitulmaqdis, semalam.

Dalam Laporan Baitulmaqdis 2012, EU mencadangkan anggotanya menghalang, tidak menggalakkan dan meningkatkan kesedaran mengenai implikasi transaksi kewangan, termasuk pelaburan langsung asing, dari kalangan EU sendiri dalam menyokong aktiviti penempatan, infrastruktur dan perkhidmatan.
Dalam laporan setebal 15 muka surat itu, EU juga mendesak untuk memastikan import produk penempatan tidak mendapat faedah tarif keutamaan, dan memastikan semua produk berkenaan dilabelkan dengan jelas datang dari kawasan diceroboh Israel.


Ditulis oleh ketua misi EU di Baitulmaqdis dan Ramallah, laporan menjadikan sembilan cadangan mengenai penempatan, enam daripadanya berkaitan dengan terjemahan kewangan yang dikaitkan dengan atau menyokong pembinaan berterusan Israel di tanah Palestin yang dirampas.

Ia juga memberi amaran program EU tidak sepatutnya digunakan menyokong penempatan dan aktiviti berkaitannya, termasuk dana penyelidikan, pendidikan atau kerjasama teknologi.

Ia mencadangkan negara anggotanya meningkatkan kesedaran mengenai risiko kewangan dan perundangan yang terbabit dalam memberi hartanah atau menyediakan perkhidmatan di penempatan itu.

Cadangan lain terutama mengenai sektor timur negara itu, menunjukkan negara anggota membangunkan dan mempromosikan garis panduan sukarela bagi pengendali pelancongan EU untuk mengelakkan sokongan kepada perniagaan penempatan di Baitulmaqdis Timur.
Hubungan antara Israel dan EU tegang sejak kebelakangan ini, dengan Eropah semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung rancangan Israel membina lebih 5,000 rumah peneroka baru di dan sekitar Baitulmaqdis Timur.

Israel sudah lama bimbang blok itu, pasaran import dan eksport terbesarnya, akan bertindak melaksanakan siri sekatan dagangan terhadap wilayah Yahudi itu berhubung aktiviti penempatannya.

Suni

Zizan, Fara Fauzana hos ABPBH 2012

0 komen
Subang Jaya: Pelawak popular, Zizan Razak bersama juruhebah terkenal, Fara Fauzana akan bergabung buat julung kali sebagai hos malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, 7 April ini.

Nama mereka diumumkan pada sidang media ketiga anugerah berprestij itu di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, di sini semalam. Turut diumumkan barisan pengacara bersama dan penyampai trofi yang kebanyakannya terdiri daripada muka baru, manakala Didie Alias dan Along Cham sebagai pengendali acara permaidani merah.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Shamshul Azree Samshir, berkata kedua-dua pengacara itu dijangka mampu menghangatkan lagi kemeriahan anugerah terbabit.


"Mereka muda, segar serta spontan setiap kali berada di pentas. Walaupun Fara julung kali mengendalikan acara gah ini, pengalaman luasnya selain Zizan sendiri yang sudah dua kali mengendalikan ABPBH, diyakini mampu menghidupkan malam anugerah nanti," katanya.

Majlis pengumuman turut dihadiri Pengarang Kumpulan BH selaku Penaung ABPBH 2012, Datuk Mior Kamarul Shahid; Timbalannya, Mahfar Ali dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan dan Hiburan BH, Hanizam Abdullah.

Sementara itu, Awi Rafael, Azlee Khairi, Forteen, Hairul Azreen, Hanez Suraya, Iqram Dinzly, Kamal Adli serta Nelyda Senrose diumumkan sebagai pengacara bersama, manakala penyampai trofi membariskan Aaron Aziz, Anzalna Nasir, Dazrin, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Johan As'ari, Lisa Surihani, Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Nazim Othman, Neelofa, Nubhan, Nur Fathia, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Tasha Shila dan Tomok.

Senarai artis yang mengadakan persembahan diseimbangkan menerusi gandingan orang lama serta baru seperti Datuk M Nasir, Datuk AC Mizal, Ziana Zain, Adira, Ainan Tasneem, Ally Noor, Mastura, Amir Ukays, Asmidar, Ayai Ilusi, Bagio, Black, Ella, Fida, Jay Jay, Kilafairy, Liawanis, Marsha, Najwa Latif, Projek Pistol, RJ, Salammusik, Sleeq, Stacy, Stella Band, Syam Kamarul, Zarul Umbrella dan One Nation Emcees.
Shamshul Azree mengalu-alukan peminat menghantar seberapa banyak borang undian bagi memilih selebriti kesayangan daripada 16 kategori yang dipertandingkan, selain kategori online.

"Sokongan peminat sangat memberangsangkan apabila banyak borang undian diterima sebaik ia dikeluarkan di BH dan BH Ahad, malah kami menjangka lebih ramai menghantar undian melihatkan ganjaran mewah seperti kereta Nissan yang ditawarkan," katanya.

Borang pencalonan masih disiarkan kedua-dua akhbar terbabit hingga 13 Mac ini dengan penerimaan terakhir di pihak penganjur pada 18 Mac, manakala undian secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dibuka hingga 26 Mac.

ABPBH 2012 direalisasikan dengan kerjasama Habib Jewels Sdn Bhd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd, Boutique Dewi Sofea Sdn Bhd, Star Cruise Travel Sdn Bhd, Empayan Holding Sdn Bhd, AirAsia Berhad serta Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd, manakala TV3 dan Hot FM sebagai penyiar rasmi.
Suni

Ronaldo ranap misi Barca

0 komen
Cristiano Ronaldo meranapkan harapan Barcelona meraih kejuaraan tiga piala musim ini apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Real Madrid pada pertemuan kedua separuh akhir Piala Raja Sepanyol, kelmarin.

Penyerang Portugal itu muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam enam pertembungan berturut-turut Clasico di tempat lawan. Ronaldo membuka jaringan menerusi penalti minit ke-13 selepas dijatuhkan Gerard Pique dalam kotak penalti.
Barca kemudian mendominasi permainan tetapi tidak menghasilkan sebarang percubaan memberangsangkan, sebaliknya Ronaldo menambah jaringan pada minit ke-57 selepas menewaskan Jose Manuel Pinto buat kali kedua.

Real kemudian menambah derita musuh tradisinya itu apabila Raphael Varane, peledak gol penyamaan 1-1 dalam timbal balik pertama bulan lalu di Bernabeu, pada minit ke-68 menerusi tandukan hasil sepakan sudut sebelum Jordi Alba menghadiahkan gol sagu hati seminit sebelum permainan tamat namun sudah terlalu lewat.

"Ia perlawanan yang amat baik buat kami dan kami bermain dengan amat baik sejak minit pertama sehingga minit ke-90, amat serius dan dengan sikap yang hebat," kata Ronaldo yang pasukannya mara dengan keputusan agregat 4-2. "Kami adalah pasukan yang lebih baik dan menjaringkan tiga gol di Nou Camp adalah amat-amat sukar.

"Kami bermain dengan baik sejak kebelakangan ini berbanding di laman sendiri. Liga sukar seperti Barca yang memiliki jurang yang amat jauh dan kamu perlu fokus untuk memburu piala dan Liga Juara ketika ini," kata bintang Portugal itu.

Pembantu jurulatih Barca, Jordi Roura akur Real amat efektif ketika menyerang dan Barca membuat kesilapan di bahagian pertahanan sekalipun percaya pasukannya layak menerima dua penalti atas kekasaran kepada Pedro.
"Kami harus melupakan kekalahan ini secepat mungkin. Liga adalah kuncinya dan kami perlu fokus dengannya dalam masa sama bersedia untuk perlawanan penting menentang Milan. Kami perlu optimis dan tiada alasan mengkritik pasukan. Kami akan bangkit."
Suni

Fakri ‘terpesona’ gaji lumayan

0 komen
Kuala Lumpur: Tawaran gaji lebih lumayan dan situasi Kelantan yang terdesak mendapatkan khidmatnya adalah antara faktor membuatkan Ahmad Fakri Saarani pulang awal dari Portugal.

Penyerang kelahiran Kelantan itu sebenarnya berat hati untuk meninggalkan kelabnya, Atletico SC, tetapi kerana liga divisyen tiga Portugal tamat 10 Mac ini dan dia mempunyai tempoh rehat lama sehingga Ogos, Fakri memutuskan untuk kembali ke Malaysia.
Selain faktor itu, Fakri juga terpaksa memikirkan masa depannya di Portugal kerana Atletico terpaksa mengharungi pusingan play-off untuk layak ke divisyen dua yang menjanjikan kedudukan lebih selesa pada segi kewangan buat kelab-kelab di sana.


"Sepanjang berada di sana, tidak timbul masalah kewangan atau bayaran gaji. Cuma dia perlu memikirkan masa depannya, apa akan jadi sekiranya kelab tidak layak ke divisyen dua.

"Peluang untuk Fakri berpindah ke kelab Portugal lain juga lebih cerah sekiranya dia beraksi di divisyen dua, tetapi buat masa ini laluan itu tampak sukar dan jalan terbaik ialah dia pulang ke tanah air untuk menyertai pasukan Liga Super," kata pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah.

Fakri yang dibayar RM10,000 sebulan oleh Atletico, dipercayai menerima tawaran sekali ganda oleh Kelantan yang turut bersetuju membayar baki kontraknya bersama kelab Portugal berkenaan.

Ejen Fakri, Marco Guimares yang berada di Kota Bharu semalam bagi menguruskan kontrak pemain itu, sebelum ini dipersoalkan selepas seorang lagi pemain di bawah kendaliannya, Nazmi Faiz Mansor yang mempunyai kontrak tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar pulang awal dan menyertai PKNS
Suni

Cukai kenderaan Toyota dan Honda CBU Jepun turun

0 komen
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengumumkan penurunan cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun, hari ini.

Sumber berkata, penurunan cukai itu akan berkuat kuasa tahun ini dan akan dibuat secara beransur-ansur sehingga 2016.
"Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengumumkan beberapa dasar baru di bawah Program Penurunan Harga Kereta, bagi merangsangkan lagi industri automotif tempatan.

"Apa paling menarik adalah, kerajaan akan menurunkan cukai kenderaan CBU diimport, khususnya dari Jepun bermula tahun ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah peratusan penurunan yang bakal diturunkan kerajaan.

Ketika ini, semua kenderaan CBU dikenakan cukai import pada kadar 30 peratus.

Pengurangan cukai itu akan membolehkan lebih banyak syarikat seperti DRB-HICOM Bhd, antara pengedar kenderaan CBU dari Jepun, dapat menawarkan kenderaan pada harga yang amat baik.
Mustapa ketika ditemui selepas taklimat media InvestKL di Putrajaya, semalam mengesahkan kerajaan akan mengurangkan harga kereta bukan saja dari Jepun, malah termasuk dari Australia.

Beliau berkata, langkah itu bersandar pada pengecualian cukai hasil Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan kedua-dua negara yang dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

"Ia bakal mengurangkan harga kereta dari kedua-dua negara seterusnya mewujudkan persaingan positif antara pengeluar kereta asing di negara ini. Butiran lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok (hari ini)," katanya.

MITI mengadakan sidang media mengenai Program Pengurangan Harga Kereta (CPR) bersama syarikat pengeluar kenderaan (OEM) hari ini.

Pengumuman akan dibuat itu adalah khabar gembira kepada rakyat tempatan memandangkan kereta keluaran Jepun khususnya seperti Toyota dan Honda adalah antara peneraju pasaran automotif dalam segmen kereta bukan nasional.
Suni

'Artikel 88 relevan untuk disiplinkan ahli'

0 komen
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih relevan untuk membentuk ahli yang berdisiplin dan mengikut peraturan organisasi.Katanya, sebagai badan induk bola sepak dalam negara, FAM seperti organisasi lain juga mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri untuk dipertahankan serta diuruskan.
Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, beliau menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab ahli gabungan persatuan tersebut untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul secara profesional dan mengikut saluran betul.
 
"Sebagai contoh seorang pemberita yang bercakap tentang kebebasan akhbar tetapi bolehkah dia menulis dalam surat khabar lain dan mengkritik dasar akhbar sendiri, sudah tentu tidak boleh.
"Perkara ini perlu difahami semua pihak. Tanpa disiplin akan bawa masalah lebih besar dan saya dalam soal ini tidak memihak kepada FAM. Mana-mana ahli yang tidak berpuas hati boleh bawa ke mesyuarat persatuan untuk diselesaikan," katanya selepas menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tokyo Broadcasting System (TBS) dan Sasuke Malaysia di sini, semalam.
Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang meminta Artikel tersebut dikaji semula berikutan beberapa teguran panas daripada ahli gabungan menyebabkan ada di antara mereka dikenakan hukuman tegas termasuk digantung.
 
Dalam pada itu, Ahmad Shabery turut meminta ahli gabungan yang tidak berpuas hati dengan penggunaan Artikel tersebut supaya lebih berani mengusulkan cadangan mengkaji semula dalam mesyuarat yang diadakan.
Katanya, sebagai ahli gabungan yang sah tidak guna sekiranya mereka hanya bersuara lantang di media tetapi berdiam diri dalam mesyuarat.
Sementara itu, diminta mengulas isu penggantungan seumur hidup pemain import Selangor dari Lebanon, Ramez Dayoub yang didapati bersalah dalam skandal mengatur perlawanan, beliau berkata, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seharusnya menghormati keputusan tersebut.
Katanya, FAS tidak boleh sewenang-wenang mengekalkan pemain tersebut sekiranya didapati bersalah dan mempunyai masalah di negara asalnya.
 
Akhbar hari ini memetik laporan media Lebanon, Aljadeed Sport, bahawa Ramez merupakan salah seorang daripada dua pemain yang terbabit semasa cuba mengatur keputusan pertemuan antara Lebanon dan Qatar pada pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2014 zon Asia, 30 Jun lalu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asia Barat, Fadi Zureikat di Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Lebanon.

Suni

Almera dapat sambutan

0 komen
Pengedar kereta jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) yakin model sedan yang diperkenalkan, Almera berada di landasan terbaik untuk menjadi kereta ikon di negara ini berdasarkan lebih 15,000 tempahan telah diterima sehingga 31 Januari lalu.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan tersebut serta minat yang berterusan rakyat negara ini terhadap Almera.
"Walaupun pembeli kereta mempunyai banyak pilihan di pasaran, kami benar-benar berbesar hati kerana mereka memilih Almera.
 
"Ini merupakan petunjuk kukuh mengenai keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, Almera yang bermula pada harga serendah RM66,800 sebuah membolehkan pemiliknya merasai ciri-ciri teknologi premium dan keluasan ruang yang biasanya didapati pada kenderaan premium.
Suni

Pertahan warisan Jawi

0 komen
Tulisan Jawi pernah digunakan secara meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara suatu ketika dahulu - Gambar hiasan
MUNGKIN ramai tidak mengenali Profesor Dr. Kang Kyoung Seok. Namun beliau umpama sebutir permata kerana menjadi satu-satunya profesor berbangsa Korea yang mempunyai kepakaran dan berjuang memelihara tulisan Jawi walau di mana beliau berada.
Malah kepakaran beliau itu turut mendapat pengiktirafan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Profesor berusia 58 tahun itu begitu berminat dan banyak mempelajari mengenai tulisan Jawi dan budaya orang Melayu.
 
Tulisan Jawi pernah digunakan secara meluas dalam hasil-hasil penulisan Melayu pada satu ketika dahulu sebelum digantikan dengan huruf Roman.
Kang dalam artikelnya menyuarakan kebimbangan mengenai tulisan Jawi yang semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Dr. Kang yang kini telah kembali ke Korea Selatan selepas menamatkan tugasnya sebagai Profesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada 3 Jan lepas, setelah berbakti selama tiga tahun, akan meneruskan kerjayanya sebagai Ketua Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan.
 
Namun menurut Kang, kepulangan beliau ke negara kelahirannya itu bukan noktah bagi usaha beliau mempertahankan warisan Jawi yang dilakukannya sejak tahun 1974 bermula dari tempat asalnya di Busan, Korea Selatan hinggalah ke UPSI.
 
Budaya Melayu
Bukan kerana sudah tidak sudi tinggal di Malaysia yang dianggap negara keduanya itu, kepulangan Kang ke Korea Selatan lebih kepada usahanya ingin mengembalikan populariti budaya Melayu terutama tulisan Jawi di negara tanah tumpah darahnya itu.
"Saya mahu pulang ke Korea Selatan kerana di sana sekarang bahasa dan budaya Melayu semakin kurang dikenali berbanding tahun 80-an dan 90-an dulu, terutama dalam kalangan pelajar universiti kami dan mengkaji budaya dan bahasa Melayu," katanya kepada Bernama.
Menurut beliau kebanyakan pelajarnya menyangka bahawa bahasa dan budaya Indonesia itu adalah sama, maka apa yang terjadi pelajarnya hanya mempelajari bahasa dan budaya Indonesia.
"Ini tidak betul kerana walaupun banyak persamaan namun kedua-duanya adalah berlainan dan mempunyai keunikan yang tersendiri yang perlu dipelajari.
 
"Pelajar saya perlu tahu menyanyi lagu Melayu Asli, menari Zapin dan menulis Jawi jika mahu belajar tentang Melayu dan Malaysia," katanya sambil tersenyum lebar.
Kang berkata hubungan erat yang terjalin antara universitinya dengan UPSI dan DBP akan digunakan sepenuhnya dalam usahanya itu.
Antara usaha terkini daripada beliau ialah membawa seorang Profesor Tamu dari UPSI atau DBP menjadi pensyarah di universitinya di Korea Selatan.
 
Pertahan tulisan Jawi
Memperkatakan tentang usaha mempertahankan tulisan Jawi di negara ini, beliau berkata masyarakat Melayu di negara ini sepatutnya menjadikan tulisan itu sebagai satu perkara lebih universal.
"Saya lihat sekarang tulisan Jawi ini banyak digunakan masyarakat Melayu secara eksklusif dalam hal ehwal keagamaan sahaja, mengapa tidak tulisan ini dibawa ke universiti sebagai teks utama dalam pelajaran di sana.
"Bagi saya pelajar muda di universiti adalah kumpulan utama yang perlu dicapai kerana mereka cerdik pandai yang akan mencorakkan masa depan Malaysia, jika mereka ada kesedaran tentang Jawi saya yakin tulisan Jawi akan terus berkembang di Malaysia pada masa hadapan," katanya.
Selain itu, inisiatif luar biasa seperti dilakukan penyanyi Korea Selatan, PSY yang mempopularkan budaya Korea melalui lagu Gangnam Style boleh dilakukan bagi menarik golongan muda.
"Gangnam Style ini memang sesuatu yang luar biasa kerana mengambil kuda, iaitu sesuatu yang dilihat biasa di Korea dan dijadikan sesuatu di luar kebiasaan. Di Malaysia juga ada kuda, saya percaya kita boleh lakukan sesuatu yang serupa," katanya.
 
Teori Jawiology
Menceritakan kajian terbaharunya, Kang berkata beliau sedang mengusahakan teori 'Jawiology', sebuah teori yang mampu memperkenalkan tulisan Jawi itu kepada masyarakat dunia.
"Melalui teori ini saya mahu menerangkan tentang perkembangan tulisan Jawi daripada sebuah tulisan dalam Al-Quran disesuaikan menjadi tulisan yang melambangkan Melayu itu sendiri. Teori saya juga memastikan tulisan Jawi mudah difahami dan dipelajari masyarakat bukan Melayu seluruh dunia," katanya.
Bercakap mengenai kajian tulisan Jawi yang amat dekat di hatinya, Kang memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang dilakukannya sejak pertengahan tahun 80-an.
"Saya masih mengkaji tulisan di batu bersurat itu. Sukar memastikan apa yang dimaksudkan kerana tulisan itu ada sedikit kerosakan seperti hilang titik yang membezakan huruf seperti 'ba' dan 'nun'.
"Setakat ini tiada tafsiran yang benar-benar tepat, hanya agak-agak sahaja.
"Saya sendiri mahu lakukan kajian lebih mendalam lagi," katanya.
 
Hembusan terakhir
Ketika ditanya bila beliau mahu bersara daripada mempertahankan warisan Melayu itu, namun dibalas dengan air muka serius daripada Kang.
"Saya akan pertahankan warisan bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang amat saya cintai ini hingga ke hembusan nafas saya yang terakhir," tekad beliau.
Mengakhiri temu bual, Kang melahirkan azamnya untuk menjadi jambatan penghubung di antara masyarakat Korea dengan Malaysia terutama bagi generasi muda melalui perkongsian bahasa dan budaya.
"Saya mahu kita menjadi rakan karib. Orang muda Malaysia amat minat dengan budaya K-Pop Korea jadi saya juga mahu orang muda Korea meminati bahasa dan budaya Malaysia," katanya.
Suni

BB1M bukti kerajaan peka hal pelajar

0 komen
Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta membuktikan bahawa kerajaan peka dengan masalah dan bebanan yang ditanggung oleh golongan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi menjelaskan, pemberian BB1M oleh kerajaan dilihat amat diperlukan oleh pelajar terutamanya untuk membeli buku rujukan.
 
''Kita perlu tahu bahawa ada golongan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan ketika melanjutkan pelajaran.
Suni

Bangkang dari Longkang

0 komen
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .
 
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
 
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini

Suni

Najib lancar Pasar Bergerak 1Malaysia

0 komen
PUTRAJAYA 27 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia, satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Ia melibatkan sebuah bas yang diubah suai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.
Bas itu akan diiringi beberapa lori kecil yang juga diubah suai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.
Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3 juta bagi menggerakkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia itu dan buat permulaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membangunkan konsep pasar bergerak itu di zon tengah, zon utara dan zon selatan.
 
Majlis pelancarannya hari ini menyaksikan Najib menyempurnakan acara pelepasan konvoi pasar bergerak dengan disaksikan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet di Dataran Perdana di sini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA, Ab. Razak Ab. Majid ketika ditemui selepas acara pelepasan itu berkata, konvoi itu bergerak ke Kuala Pahang, Pekan untuk turut serta dalam pelancaran Pusat Transformasi Bandar oleh Perdana Menteri, Jumaat ini.
Beliau berkata, bas itu kemudiannya akan mula beroperasi di kawasan sasaran terutama di semua pasar tani di Lembah Klang serta Selangor dan Perdana Menteri meminta supaya dua lagi inisiatif pasar bergerak itu mula beroperasi selewat-lewatnya April.
 
Katanya, satu pasar bergerak itu dirancang untuk beroperasi di zon utara dengan Pulau Pinang menjadi stesennya, manakala satu lagi di zon selatan dengan Johor Bahru sebagai stesennya.
Ab. Razak berkata, dalam sehari bas berkenaan mampu memberi perkhidmatan di tiga lokasi, membawa muatan barang keperluan yang bernilai kira-kira RM20,000.
Menurutnya, FAMA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghasilkan satu jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan.

Suni

Tina Leopard, Awek Cantik dengan Kepala Mirip Alien

0 komen
Tina Leopard ialah seorang model sekaligus blogger asal China yang menghebohkan publik China sejak dirinya memposting foto peribadinya ke situs Weibo (Twitter versi China). Satu hal yang membuat publik heboh ialah struktur wajah Tina yang aneh dan cenderung menyerupai alien. Dagu Tina sangatlah lancip, pipinya pun luar biasa tirus, yang membuat matanya nampak sangat besar.

Sebenarnya penampilan Tina merupakan penampilan yang sedang trend untuk wanita China, yaitu penampilan layaknya anime Jepun, dimana dagu yang runcing dan mata super besar menjadi ciri khasnya. Kehadiran Tina Leopard dan struktur wajahnya yang unik membuat banyak orang berspekulasi apakah ia melakukan perubahan dengan photoshop saja atau ia juga menjalani operasi bedah plastik untuk memperoleh penampilannya yang aneh tersebut?








Suni

(Foto) Fashion Disaster Wanita : Mengerikan Dan Jangan Dicontohi

0 komen
Seperti yang kita lihat dari foto-foto berikut ini:

Bertudung tapi pakai skirt pendek?

Ibu ini sengaja mempamerkan ke-sexy-an nya saat berkunjung ke tempat makan

Dan yang ini lebih parah: seluar dalam wanita di lantai pengangkutan awam
Suni

Peguam Syarie Menulis: Hikmah bertunang

0 komen
Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang

Tunang atau dalam bahasa Arab disebut khitbah adalah hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya atau secara ringkasnya suatu perjanjian untuk mendirikan rumah tangga.
Perjanjian juga dianggap sebagai suatu kontrak sebelum memasuki alam pernikahan, iaitu apabila pihak lelaki mengemukakan hasrat untuk mengahwini pihak perempuan sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang tengah atau perantaraan.

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT: "Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf." (Surah al-Baqarah, ayat 234-235)

Mengikut adat orang Melayu, jika seorang lelaki berkenan kepada seorang perempuan, maka hasratnya akan diluahkan kepada ibu bapanya. Maka ibu bapa lelaki atau saudara-maranya akan bertandang ke rumah perempuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa perempuan hasrat lelaki itu.

Bukan tiket hubungan bebas

Kebiasaannya, sebentuk cincin merisik akan dibawa ketika bertandang. Sewaktu merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan diadakan, seperti tarikh dan tempat majlis pertunangan diadakan.
Hikmah bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan, mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain dan memastikan jiwa serta emosi pasangan yang bertunang stabil.

Namun, ikatan pertunangan bukanlah bermakna ia tiket membenarkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibu bapa menyegerakan akad perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas antara pasangan yang bertunang.

Secara amnya Islam telah menggariskan syarat yang sepatutnya dimiliki setiap pasangan yang berhasrat untuk bertunang. Lelaki yang mengemukakan hasrat bertunang wajiblah seorang yang berakal, beragama Islam dan telah akhil baligh.

Lelaki itu juga harus dipastikan orangnya, supaya tidak keliru dengan orang yang mempunyai nama sama. Disyaratkan juga lelaki itu hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai empat isteri.

Syarat pada pihak perempuan juga hendaklah beragama Islam, pasti orangnya, terutama sekali apabila perempuan itu mempunyai ramai adik-beradik perempuan dan halal bagi lelaki yang ingin meminangnya.

Wanita yang haram dikahwini

Perempuan yang diharamkan dikahwini dijelaskan dalam firman Allah SWT: "Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengahwininya." (Surah al-Nisa, ayat 32)

Perempuan itu juga hendaklah bukan di dalam edah cerai hidup atau cerai mati, dan hendaklah bukan isteri kepada lelaki lain. Mana-mana pertunangan yang diadakan dengan perempuan yang telah bersuami, ia adalah tidak sah dan terbatal.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan seorang perempuan sedangkan dia mengetahui perempuan itu adalah isteri seseorang, lalu menyatakan kesediaan untuk mengambil 'kekasihnya' itu sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya, juga termasuk dalam konteks meminang yang dilarang syarak.

'Peminangan' sedemikian akan mendorong perempuan itu meminta cerai daripada suaminya, sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Islam melarang seorang isteri meminta cerai daripada suaminya, tanpa sebab yang diharuskan syarak.

Sabda Rasulullah SAW: "Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki atau dipersetujui pihak lelaki, yakni lelaki bersedia memutuskan pertunangan itu.

Tuntutan ganti rugi pertunangan

Memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan dikemukakan di Mahkamah Syariah. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 1992) memperuntukkan: "Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah."

Menaruh minat terhadap perempuan yang telah bertunang juga adalah suatu perkara yang perlu dielakkan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan tunangan orang boleh menyebabkan perbalahan, pergaduhan, perpecahan dan boleh memutuskan silaturahim.

Islam melarang keras perbuatan memutuskan silaturahim. Sabda Nabi SAW: "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim." (Riwayat Muslim)

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com.
Suni

Asteroid besar kian jauhi bumi

0 komen
Moscow: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.
"Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk," kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.


Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.

Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.
Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam.
Suni

Mahkamah Jerman sebelahi Facebook

0 komen
Berlin: Mahkamah Jerman menyebelahi Facebook dalam kes suruhanjaya data di Schleswig-Holstein yang mahukan laman web sosial itu membenarkan penggunaan nama samaran.

Facebook berkata, ia tidak perlu mematuhi undang-undang hak peribadi Jerman kerana data peribadi di laman web itu dikendalikan operasi antarabangsanya di Ireland dan ia berada di bawah naungan Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland.
Keputusan Mahkamah Pentadbiran Negeri Schleswig-Holstein kelmarin bermakna Facebook boleh terus meminta pengguna laman itu menggunakan nama sebenar dan tidak berlindung di sebalik nama samaran.


Pertubuhan perlindungan data negeri itu berkata ia akan merayu keputusan berkenaan.

Suruhanjaya terbabit menyatakan larangan penggunaan nama samaran melanggar undang-undang hak peribadi Jerman yang ditubuhkan untuk melindungi kebebasan bersuara di online

Sementara itu, Facebook percaya penggunaan nama sebenar melindungi pengguna.
Mahkamah memutuskan disebabkan data peribadi dikendalikan oleh operasi antarabangsa Facebook di Dublin berbanding di Jerman, cuma undang-undang perlindungan data dipakai.
Disember lalu, suruhanjaya perlindungan data Schleswig-Holstein mengarahkan Facebook berhenti menguat kuasa dasar nama sebenar kerana ia melanggar undang-undang Jerman yang membolehkan pengguna menggunakan nama samaran di online dan mengancam rangkaian sosial itu dengan denda sebanyak 20,000 euro (RM82,611).

Facebook melaporkan secara kasar ada 76 juta daripada 1.06 bilion akaun penggunanya adalah palsu.

Syarikat berkenaan mengenal pasti tiga jenis akaun yang tidak mewakili pengguna sebenar: akaun pendua, akaun tidak dikelaskan dan akaun tidak diingini. Ia menambah kepada lebih tujuh peratus pengguna aktif setiap tahun di seluruh dunia.
Suni

Makan free je

0 komen
Kuala Lumpur: Golongan asnaf dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur kini boleh menikmati juadah makan tengah hari percuma setiap hari di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang baru diwujudkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia adalah kedai makan pertama seumpama diwujudkan dalam usaha membantu golongan sasaran yang kurang berkemampuan.
Katanya, sehingga kini lebih daripada 800 asnaf serta gelandangan mengunjungi kedai makan berkenaan setiap hari, membabitkan peruntukan RM1.2 juta untuk tempoh setahun.


"Dulu makanan ini diagihkan di sekitar masjid tiga kali seminggu, tetapi kini pendekatan itu diubah termasuk mewujudkan pendekatan berdakwah seperti solat berjemaah dan kuliah agama supaya mereka dapat mendengarnya ketika makan," katanya ketika ditemui selepas perasmian kedai makan berkenaan, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar.

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia itu adalah kerjasama antara MAIWP dan JAWI selain badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Taqwa serta Persekutuan Seruan Islam (Jami'yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
Jamil berkata, menerusi pendekatan seperti itu, beliau berharap agensi terbabit serta masyarakat akan menjadi lebih dekat serta tidak menyifatkan mereka hanya bertindak membabitkan penguasaan undang-undang semata-mata.

"Setakat ini Baitulmal MAIWP menyediakan 28 skim bantuan pelbagai kepada asnaf dan ini adalah skim ke-29 bagi memastikan golongan sasar terbabit mendapat hak dan pembelaan sewajarnya," katanya.
Suni

Peneroka FELDA akan menerima dividen hampir RM1,000 seorang

0 komen
Kuala Lumpur: Kira-kira 112,635 peneroka FELDA akan menerima dividen hampir RM1,000 seorang, hasil kejayaan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih pendapatan RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu.
Bayaran melalui tabung itu berdasarkan dividen akhir 8.5 sen sesaham atas 20 peratus saham yang dipegang oleh FELDA berjumlah RM62.02 juta.


Dividen itu adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham berjumlah RM40.13 juta yang dibayar Oktober lalu, sekali gus menjadikan jumlah dividen tahun lalu 14 sen sesaham.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad, ketika taklimat media mengenai keputusan itu, berkata pembayaran dividen juga dijangka memanfaatkan kira-kira 67,365 pemegang saham lain.
Suni

Mutakhir1,001 warga emas fail saman terhadap kerajaan Selangor, MB

0 komen
SHAH ALAM: Seramai 1,001 warga emas di negeri Selangor memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pagi tadi bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta.

Caruman itu adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.
Saman berkenaan difailkan Tetuan Kamarudin & Co yang mewakili warga emas, pada jam 9.40 pagi tadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini.


Suni

Kewangan Islam

0 komen
SINGAPURA - Para pakar industri telah bersedia untuk berkongsi kepakaran mereka di Persidangan Kuala Lumpur mengenai Kewangan Islam 2013 yang akan diadakan bulan depan.

Persidangan dua hari itu, bermula 19 Mac, 2013, dianjurkan oleh Alfalah Consulting yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, iaitu penyedia perundingan dan latihan antarabangsa, berpengkhususan dalam kewangan Islam, pengurusan kekayaan Islam, perniagaan dan pengurusan serta pembangunan profesional.

Kewangan Islam ialah industri yang bernilai 1.4 trilion dan berkembang pada 15-20 peratus setahun.

Dalam satu kenyataan, Alfalah berkata, persidangan itu akan meninjau isu-isu utama, prinsip Syariah, produk dan perkhidmatan terbaru, prospek dan cabaran dalam kewangan Islam.

Fokus yang akan diberi tumpuan termasuk pematuhan Syariah dalam instrumen kewangan Islam, pembangunan Sukuk dan akaun emas Islam.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari : www.islamic-finance-conference.net dan laman sesawang penganjur : www.alfalahconsulting.com.-
Suni

Gangster Celop kutip hampir RM1 juta

0 komen
FILEM aksi komedi, Gangster Celop mencatatkan kutipan hampir RM 1 juta setelah empat hari tayangan.

Gangster Celop merupakan hasil kolaborasi pertama antara Excellent Pictures dan Skop Productions.

Pengarahnya, Ahmad Idham ketika dihubungi berkata, pihaknya agak ragu-ragu tentang pencapaian filem itu.

"Pada awalnya, saya dan Datuk Yusof Haslam ragu-ragu sama ada filem ini akan diminati atau tidak tetapi alhamdulillah semakin hari kita lihat sambutan semakin menggalakkan.

"Konsep baru seperti filem ini agak sukar mendapat tempat memandangkan kepercayaan penonton terhadap filem Melayu sudah goyang," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Beliau juga memberitahu filem yang menelan kos RM1.7 juta itu banyak mendapat promosi dari mulut ke mulut daripada penonton yang telah menonton.
"Tidak ada isu persaingan dengan filem lain kerana inilah industri filem kita. Saya lega apabila promosi dari mulut ke mulut membantu filem ini. Saya dapat lihat kekuatan promosi ini.

"Bukan senang nak dapat promosi percuma daripada penonton seperti itu. Siapa boleh paksa mereka menulis atau bercakap tentang apa yang mereka rasa," katanya.
Selain itu, Idham berharap promosi dari mulut ke mulut itu bakal berterusan.

"Saya harapkan aura promosi mulut ke mulut ini akan menjadikan filem Gangster Celop pilihan penonton dan berterusan," katanya.

Dalam pada itu, Idham juga akui menerima banyak reaksi positif daripada penonton selepas mereka menonton filem lakonan Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha itu.
"Sebagai pembikin filem, apabila penonton suka dengan filem saya, saya rasa puas hati," katanya
Suni

Zain Saidin nafi nikah Che Ta Julai ini

0 komen
PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu.

"Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.

Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.

Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.

"Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah," katanya.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

"Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?" katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.
Suni

Banyak termenung petanda ajal

0 komen
DUNGUN– "Sejak kebelakangan ini, dia banyak termenung, tak sangka itu merupakan petanda dia bakal meninggalkan kami," kata Khairul Shah, 31, anak sulung kepada Amddan Mat, 53, tukang cat yang meninggal dunia pagi semalam selepas tidak sedarkan diri.

Khairul Shah berkata, arwah bapanya yang mengusahakan bengkel mengetuk badan kereta dan mengecat di Kampung Paya sebelum ini dalam keadaan sihat dan dapat melakukan kerja harian seperti biasa.

Bagaimanapun, ketika hendak mandi kira-kira jam 10 pagi kelmarin, arwah dikatakan tiba-tiba rebah di bilik air sebelum meminta bantuannya.

Khairul Shah berkata, ketika hendak mengangkat bapanya, arwah dikatakan semakin tidak bermaya lalu dia menghantarnya ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika menerima rawatan di Hospital Dungun, dia sudah mula berubah, mukanya pucat, namun dia masih boleh bercakap.

"Bagaimanapun, keadaannya semakin kritikal menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu," katanya.

Menurut Khairul Shah, bapanya itu kemudian meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi semalam ketika menerima rawatan di unit Rawatan Rapi HSNZ.

Katanya, arwah bapanya itu sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk menggantikan alat menyembur baru berikutan peralatan yang digunakan untuk kerja mengecat itu sudah tidak berfungsi dengan baik.

Khairul Shah berkata, arwah berharap agar ada pihak yang dapat menyalurkan bantuan berkenaan, namun hasrat bapanya itu tidak kesampaian biarpun sudah beberapa tahun menunggu sehinggalah dia menemui ajal, pagi semalam.

"Nak beli yang baru memang kami tak mampu, sebab ayah usahakan bengkel kecil di kampung sahaja," katanya.

Jenazah Amddan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pasir, selepas solat Asar, petang semalam.

Turut menziarahi jenazah allahyarham termasuk Adun RantauAbang, Datuk Zaa'bar Mohd Adib dan Adun Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.
Suni

GPMS saran pengguna BB1M dihad kepada buku Ilmiah

0 komen
KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyarankan kepada kerajaan supaya mengehadkan penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pembelian buku ilmiah sahaja.
Timbalan Presidennya Ezaruddin Abd Rahman berkata ini berikutan terdapat segelintir mahasiswa menyalahgunakan BB1M untuk membeli bahan bukan akademik seperti majalah hiburan dan cakera padat (CD).
"Seharusnya BB1M ini digunakan untuk membeli bahan bacaan berilmiah sahaja memandangkan kebanyakan buku-buku ini berharga ratusan ringgit dan ramai yang tidak mampu untuk membelinya, maka bantuan yang diberi mesti digunakan dengan
sebaiknya," katanya kepada Bernama.
 
Beliau turut kecewa terhadap tindakan sesetengah pekedai yang cuba mengambil kesempatan menawarkan pembelian makanan menggunakan baucar BB1M yang jelas sekali jauh tersasar daripada niat murni kerajaan mengurangkan beban mahasiswa dalam urusan pembelajaran.
"Saya berharap supaya kerajaan melihat balik senarai kedai yang beroperasi menerima BB1M ini supaya ia tidak disalahgunakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
 
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) Izham Ismail turut menasihati mahasiswa supaya bijak menggunakan BB1M dengan cara membeli buku akademik dan keperluan pembelajaran yang berkaitan.
"Sebagai seorang mahasisiwa yang berwawasan kita harus menghargai pemberian kerajaan ini dengan menggunakannya untuk keperluan yang betul-betul diperlukan sahaja supaya apa yang kita perolehi dapat dimanfaatkan dengan betul," katanya.
Lebih 1.3 juta pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), matrikulasi dan Tingkatan Enam menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) melibatkan peruntukan tambahan ditanggung kerajaan sebanyak RM325 juta.
Beberapa mahasiswa yang ditemui Bernama pula bagaimanapun tidak bersetuju sekiranya BB1M dihadkan kepada bahan bacaan ilmiah sahaja kerana keperluan mahasiswa melebihi lingkungan itu.

Pelajar Perubatan Universiti Malaya Nur Sakinah Abd Razak, 23, berkata penuntut universiti bukan sekadar bergantung kepada buku ilmiah semata-mata sebaliknya ada sesetengah kursus memerlukan peralatan khas bagi menjayakan projek akhir.
"Saya berasa lega dengan pengumuman kerajaan menaikkan BB1M daripada RM200 kepada RM250, namun jika penggunaanya dihadkan, ia dirasakan seperti menyekat kebebasan mahasiswa untuk membuat pilihan semasa menggunakan baucar BB1M ini," katanya.
Pelajar Diploma Teknologi Animasi Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Norashikin Mad Isa, 21, berkata BB1M yang diperuntukkan kerajaan tidak perlu dipersoalkan had penggunaannya sebaliknya bergantung kepada inisiatif mahasiswa itu sendiri untuk memanfaatkan dengan cara betul.

Pelajar Pengurusan Pendidikan Universiti Antarabangsa UNITAR Norliana Muhammad, 22, berkata tidak salah sekiranya menggunakan baucar BB1M untuk membeli bahan bacaan selain daripada bahan ilmiah seperti novel kerana ia juga salah satu penyumbang idea yang kreatif kepada pembaca.
"Hanya 30 peratus sahaja yang digunakan untuk membeli selain daripada bahan ilmiah," katanya
Suni
  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!