Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Si gigi besi

0 komen
Kalau dulu si pemakai pendakap gigi atau 'braces' ini lebih sinonim dengan masalah struktur gigi, tapi jika diperhatikan si pemakai masa kini, ia seolah-olah satu fenomena. NOOR'JANNAH ABDULLAH SANI turut memakai 'braces'.
Terbaru, ada pihak yang beranggapan memakai pendakap gigi ini satu gaya. Di beberapa negara, pemalsuan pendakap gigi dijual merata-rata tempat dengan harga jauh lebih murah sehingga RM5.
Terkenang pengalaman penulis sewaktu mula-mula menggunakan pendakap gigi, apabila tersenyum, ada kanak-kanak menangis. Terasa seperti makhluk asing pula.

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya, apakah pendakap gigi? Ia sangat dikenali kepada mereka yang mempunyai masalah gigi, fungsi penggunaannya untuk membetulkan struktur gigi yang tidak teratur.

Kebiasaan pemakai akan mengambil masa bertahun untuk membetulkan kembali struktur gigi. Dua hingga lima tahun itu dianggap biasa, malah ada lebih dari tempoh itu. Terpulang kepada keadaan gigi.

Dibuat daripada keluli tahan karat, seramik emas dan titanium, jadi penggunaan pendakap gigi selamat digunakan. Cuma, perlu berhati-hati ketika makan dan gosok gigi agar tidak tertinggal sisa makanan kerana boleh menyebabkan nafas berbau.


Alternatif untuk si jongang
Kathiravan Purmal
Doktor gigi, 43
Kuala Lumpur
drkathi@hotmail.com

"Jika ingin memakai pendakap gigi sekadar suka-suka atau fesyen, memang tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada gusi. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa permintaan daripada pesakit inginkan pendakap gigi bercorak, seperti bunga dan bintang walaupun gigi mereka tiada masalah kritikal.

"Masalah ini mungkin disebabkan pengaruh penggunaan warna pendakap gigi yang boleh disuaipadan dengan pakaian mereka. Walaupun nampak sebagai untuk kosmetik saja, getah ini pun ada fungsinya.

"Fungsi berwarna ini adalah untuk menolong memegang dawai (archwire) pada pendakap. Berbalik pada tujuan utama pemakaian pendakap ini, asalnya untuk mereka yang mengalami masalah gigi.

"Antaranya, gigi yang tidak teratur, jongang dan sendi gigitan tidak betul. Melalui masalah ini, ia akan mengakibatkan gigitan atau makanan yang dikunyah tidak dihancur dengan sempurna. Perkara ini akan mengakibatkan gangguan kepada pesakit kerana berhubung dengan masalah perut.

"Jadi tentunya makanan susah dihadam. Selain itu, bila kita menggosok gigi yang tidak rata, susah untuk dibersihkan sebab struktur permukaan gigi boleh menyebabkan kerosakan bawah dan atas gigi, kesannya gigi cepat haus dan ngilu.

"Kebanyakan orang bergigi jongang, peratusan mereka untuk cedera bila bermain aktiviti lasak sangat tinggi kerana permukaan gigi mereka boleh menyebabkan gigi terhantuk dan cedera.

"Pemakaian pendakap ini juga boleh membantu mengembalikan keyakinan kerana terdapat segelintir orang yang memakainya mengalami masalah kurang keyakinan bila mereka selalu diejek rakan.

"Mengenai dakwaan impak pendakap gigi di hari tua, seperti gigi reput, struktur gigi lari, gigi mudah tercabut atau perkara-perkara yang berkaitan masalah gigi adalah tidak berasas sama sekali, kerana masalah itu boleh diselesaikan dengan menggunakan 'retina' dan mengambil nasihat doktor.

"Nasihat saya kepada remaja yang memakai pendakap gigi dan berniat untuk memakainya, sentiasa bertemu doktor, menjaga gusi dan gigi dengan selaras," katanya.


Masalah struktur
Nursolehah Abdul Nasir
21 tahun
Perak
dea.nanan224@yahoo.com

"Saya memakai pendakap sebab gigi saya memang bermasalah. Jadi saya mendapat nasihat daripada doktor mengenai masalah pembentukan gigi di hadapan yang tidak terurus.

"Doktor menyaran saya memakai pendakap gigi untuk membetulkan kedudukan gigi kerana ketika itu, struktur gigi saya boleh mengakibatkan masalah sendi gigitan pada rahang. Jadi kesimpulannya, faktor utama saya memakainya memang kerana masalah kesihatan.

"Saya sudah memakai pendakap gigi selama tiga tahun, jadi sekarang saya sudah boleh dikatakan agak senior memakai pendakap ini.

"Buat masa sekarang tiada masalah sebab saya boleh biasakan diri. Berlainan waktu mula-mula memakainya, rasa tidak selesa dan sakit memang perkara normal.

"Biasanya masalah sakit akan timbul jika saya ingin makan benda yang keras dan kenyal seperti kerepek, coklat, ayam dan sebagainya."

"Mulanya, saya memang takut kerana sudah bermacam-macam cerita, lebih kepada negatif daripada positifnya. Antaranya, ada yang kata nanti gigi cepat reput, permukaan gigi goyah dan bermacam lagi.

"Tapi bila saya tanya doktor, banyak maklumat yang saya dapat mengenai pendakap gigi seperti penjagaan, kebaikan dan masalah yang sering berlaku jika tidak menjaga dengan rapi.

"Bagi saya, kalau remaja sekarang pakai hanya ingin fesyen, mungkin disebabkan kepelbagaian warna besi. Tidak lupa juga, sekarang terdapat blog yang memberikan kita secara online untuk memilih warna dan corak pendakap gigi, mungkin ini juga menggalakkan mereka mengikut trend ini," katanya.


Gigi berlapis
Shafiqah Najmuddin
21 tahun
Shah Alam
shafiqah@yahoo.com

"Saya memakai pendakap gigi sebab nak betulkan bahagian gigi berlapis. Bukan semata-mata untuk kecantikan, tapi kerana gigi saya memang bermasalah dan boleh memberikan saya kurang keyakinan ketika berhadapan dengan orang.

"Dalam Islam pun ada kata, kalau ia mengaibkan dan mendatangkan kemudaratan, kita boleh memakainya. Lalu saya mengambil pendekatan membetulkan niat ketika saya memakai pendakap gigi ini hanya kerana ingin mengembalikan keyakinan.

"Bagi saya, kalau hanya untuk stail, itu bergantung kepada individu sebab setiap orang berbeza pandangannya dalam bergaya. Mungkin dia nak kelainan untuk cantik. Tapi pemakai itu perlu menahan sakitnya gigi seperti 'direntap' dan kos pendakap gigi bukanlah murah.

"Jujurnya bila pakai pendakap ini, bila kita bercakap, orang akan pandang ke arah gigi kita. Mungkin ia salah satu daya penarik bagi orang yang memakai. Saya sendiri mengalaminya, bila bercakap orang mesti nak pandang ke arah gigi, kadang-kadang malu juga tapi sekarang sudah biasa.

"Tapi pemakai kena tahan sakit masa pakai," katanya.


5 langkah mudah jaga 'braces'

1. Menjaga kebersihan gigi dan gusi
Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi.

2. Penggunaan flos
Pemakai harus meletakkan di flos di bawah wayar dan tarik flos dengan tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan apa-apa makanan yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang proses berikut dengan perlahan-lahan.

3. Urutan gusi
Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas bakteria manakala proses rawatan juga akan berjalan lebih lancar.
4. Penggunaan lilin
Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi.

5. Periksa tahap kebersihan gigi
Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.


Tips penjagaan pendakap gigi
1. Memperbanyakkan minum air suam
2. Rajin berkumur
3. Memperbanyakkan guna ubat berkumur
4. Patuhi arahan doktor


Jenis dan harga pendakap gigi (tertakluk pada harga klinik)
  • Normal mental - RM5,000
  • Advance metal braces - RM6,000
  • Clear ceramic braces - RM7,000
  • Lingual braces - RM20,000

  • No comments:

    Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

    • MBT Icons and buttons

      Icons and Buttons

      Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

    • choosing webhost for a blog

      Why HostGator?

      Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

    • SEO Settings for blogger

      ALL IN ONE SEO PACK 2012

      Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

    • Blogger widgets and plugins

      Visit MBT's Blogger LAB

      Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

    • become a six figure blogger!

      Become a SIX FIGURE BLOGGER

      Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!