Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Apa dah jadi, Sultan Muhammad Ke IV sunti sejenak

0 komen
KOTA BHARU 7 Mac - Kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini malam tadi bertafakur sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Mereka bersama pemain pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives, bertafakur sebelum perlawanan bermula 8.45 malam yang membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.
 
Penyokong yang beragama Islam menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada anggota polis terkorban yang beragama Islam.
Seorang penyokong 'The Red Warriors', Ismail Muhammad, 45, dari Tumpat berkata, orang ramai amat menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas itu.
"Kami mendoakan keselamatan kepada anggota pasukan polis dan tentera yang kini sedang berjuang untuk menghapuskan kumpulan penceroboh itu di Sabah," katanya.
 
Dua anggota polis terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Jumaat lepas, dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu.
Perlawanan antara Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dalam saingan pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkesudahan seri 1-1.
Di TERENGGANU, kira-kira 300 pegawai dan anggota polis negeri mengadakan solat hajat semalam bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam 'Op Daulat' di Sabah.
 
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, solat hajat juga akan dianjurkan di semua surau ibu pejabat polis daerah di negeri itu.
Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Pemuda MIC turut menganjurkan upacara sembahyang di setiap Bahagian MIC dan negeri di seluruh negara malam ini bagi mendoakan kejayaan dan keselamatan pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan dalam kenyataan berkata upacara itu juga bagi mendoakan semoga krisis di Sabah berakhir secepat mungkin.
 
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan lebih 3,000 warga Tenaga Nasional Bhd. sempena lawatan kerja beliau ke syarikat utiliti itu hari ini meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.
"Pada saat dan ketika saya berucap ini, perwira negara sedang menyabung nyawa dalam satu operasi yang berlangsung ketika ini.
"Marilah kita berdoa semoga mereka terselamat dan musuh-musuh negara dapat kita tumpas dan hapuskan sama sekali," katanya

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!