Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

CEPAT Daftar - 80,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang, Wilayah Persekutan

0 komen
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.
Najib berkata daripada jumlah itu, 50,000 unit rumah akan dibina di Lembah Klang menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan.
"Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini.
 
Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.
"Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas daripada program kerajaan sebelum ini…untuk golongan miskin kita ada program seperti Rumah Rakyat dan kita juga ada program untuk mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa setiap keluarga di Malaysia ingin memiliki kediaman sendiri namun kadang kala hasrat itu dibatasi oleh kemampuan kewangan.
 
"Impian untuk memiliki rumah ini bukan sesuatu yang tidak realistik atau tidak wajar, malah ia merupakan satu hak rakyat yang mesti dipenuhi di bumi Malaysia yang bertuah ini," katanya.
Najib berkata menyedari akan hakikat itu maka kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan PR1MA yang bertanggungjawab melaksanakan program Rumah Mampu Milik.
"Bila kita kaji perkara ini secara mendalam kita dapati mereka ingin memiliki rumah dan rumah itu mestilah dalam kategori mampu dimiliki oleh mereka.
"Jika terpaksa bayar ansuran bulanan terlalu tinggi meskipun jika pendapatan besar secara relatif tapi akan hadapi kesempitan daripada segi kewangan pada setiap bulan terutama hujung bulan," katanya.
Najib berkata soal beban kos hidup tidak hanya dihadapi oleh golongan miskin atau berpendapatan rendah, malah ia turut dialami oleh mereka yang berpendapatan pertengahan lebih-lebih jika hidup di bandar.
"Mereka yang menerima pendapatan RM5,000 mungkin hingga RM10,000 pun pada tiap hujung bulan akan hadapi apa yang kita sifatkan 'financially stress' (tekanan kewangan).
 
"Dalam erti kata lain mereka ini tidak mendapat kelebihan untuk hidup selesa pada setiap hujung bulan," katanya.
Perdana Menteri menarik perhatian apabila berkata rakyat tidak seharusnya melihat pelaksanaan projek perumahan terutama oleh PR1MA sebagai projek untuk memiliki rumah semata-mata, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai 'wealth creation programme' atau 'program pewujudan kekayaan'.
"Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini esok akan susut nilai, tapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini esok kita bakal untung 20 hingga 30 peratus…sebab itulah projek ini dapat sambutan yang cukup hangat," katanya.
Mengenai PR1MA Alam Damai, Najib berkata ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat penduduk Bandar Tun Razak khasnya dan Wilayah Persekutuan amnya kerana ia membuktikan komitmen kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di bandar.
Malah, Perdana Menteri berkata ia juga seiring dengan pelaksanaan Model Baharu Ekonomi yang diperkenalkan di bawah agenda transformasi negara yang menekankan beberapa prinsip termasuk pengagihan kekayaan dan kemakmuran Negara secara sama rata.
 
"Pertumbuhan ekonomi negara, kesan dan nikmatnya mesti bersifat inklusif dalam erti kata lain tidak ada kelompok sama ada di desa mahupun di bandar, tidak ada komuniti besar atau kecil yang terkecuali daripada mendapat manfaat melalui transformasi negara.
"Orang bandar juga nak rumah yang mampu dimiliki, selesa, berkualiti dan hidup dalam komuniti di mana keperluan disediakan seperti tempat rekreasi, tempat kenduri-kendara dan yang paling penting selamat," katanya.
Najib berkata projek di PR1MA Alam Damai itu yang melibatkan 2,078 unit akan dibangunkan secara usahasama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan pemaju swasta iaitu Transgreen Sdn Bhd.
 
Perdana Menteri berkata projek tersebut terletak di lokasi yang strategic kerana ia boleh diakses dari Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selain bakal mempunyai tiga stesen My Rapid Transit (MRT).
"Ini penting kerana kita mesti beri kemudahan kepada rakyat untuk mereka pergi dan balik dari tempat kerja. Kalau boleh gunalah pengangkutan awam selain dapat kurangkan kesesakan (trafik) ia juga dapat kurangkan perbelanjaan harian," katanya.
Unit PR1MA Alam Damai akan mempunyai keluasan binaan dalaman di antara 670 kaki persegi bagi unit satu bilik (studio) dan 1,055 kaki persegi bagi unit tiga bilik.
 
Antara kriteria kelayakan pemohon adalah warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan kasar antara individu atau gabungan pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM7,500.
Pemohon juga tidak boleh memiliki lebih dari satu milikan hartanah di Malaysia, selain dari rumah unit kos rendah atau unit kos pertengahan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman web PR1MA di www.pr1ma.my

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!