Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Johor DT sedia bayar Aimar RM6.1 juta

0 komen
Johor Bahru: Jika benar Johor Darul Takzim (DT) sanggup membayar Pablo Aimar sejumlah RM6.1 juta untuk mendapatkan khidmatnya selama semusim, bekas pemain antarabangsa Argentina itu harus muncul pemain import termahal dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M).

Desas-desus kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bermula bulan lalu apabila Aimar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.
Pemain yang sudah menamatkan kontrak bersama kelab Benfica di Liga Portugal itu dan pernah beraksi bersama River Plate di Liga Primera serta kelab, Valencia dan Real Zaragoza dalam saingan La Liga turut menyaksikan perlawanan Liga Super membabitkan Johor DT dan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 22 Jun lalu.
Suni

Berlian 200 tahun ditemui semula

0 komen
Berlian berusia 200 tahun yang didakwa hilang dari sebuah tokong di Jalan Kapitan Keling kelmarin ditemui semula dalam serpihan kaca yang diketuk seorang lelaki kelmarin.

Justeru, polis menafikan dakwaan berlian itu dilarikan seorang pemuda yang cedera dibelasah tiga lelaki di Tokong Cina Godness of Mercy dalam kejadian kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris, berkata berlian berkenaan ditemui pada serpihan cermin selepas suspek berusia 35 tahun memecahkan cermin yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dengan menggunakan tukul besi.


Beliau berkata, penemuan berlian itu dimaklumkan pihak pengurusan tokong berkenaan kepada polis selepas pemeriksaan ke atas suspek gagal menemui berlian itu.

Suspek dibelasah

Katanya, suspek yang cedera dibelasah tiga lelaki yang menyedari perbuatan itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan di kepala.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 kanun sama iaitu melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan kerugian," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, suspek dikatakan menceroboh tokong berkenaan untuk mencuri berlian itu tetapi perbuatannya dikesan orang ramai yang kemudian membelasah suspek sehingga cedera
Suni

Budak mangsa berebut parkir

0 komen
Beijing: Seorang lelaki menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menyebabkannya menemui ajal selepas ibu mangsa enggan memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta.
Lelaki itu dikenali sebagai Han, mahu meletak kereta dekat perhentian bas namun wanita itu enggan beredar kerana sedang memeriksa anak perempuannya ketika itu, lapor akhbar Beijing Times, memetik seorang saksi sebagai berkata.

Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit" Zhou, Saksi

Han berusia awal 40-an, keluar dari kereta Hyundai Sonata, memukul wanita itu sebelum menarik kanak-kanak itu keluar dari kereta sorong, memegangnya dan menghempasnya, kata saksi, seorang pemilik gerai jalanan, Zhou.

Tak menangis

"Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit," lapor akhbar yang memetik Zhou sebagai berkata.

Seorang lagi lelaki keluar dari kereta sama dan turut memukul ibu mangsa sebelum mereka pergi dari situ, tambahnya.
Wanita berkenaan kemudian bergegas membawa anak kecilnya yang berada dalam keadaan kritikal ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu menemui ajal ketika dipindahkan ke sebuah hospital lain, menurut laporan.

Polis kemudian menemui Han yang dibebaskan dari penjara tahun ini selepas menjalani hukuman kerana mencuri, di sebuah rumah mandian air panas dan menahannya, kelmarin.

Dia mungkin didakwa kerana membunuh, lapor akhbar yang memetik pakar perundangan sebagai berkata.

Ini bermakna, lelaki itu ada kemungkinan dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang yang ada.

Ketegangan sosial memuncak di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan jurang pendapatan meluas dan penyalahgunaan kuasa
Suni

'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'

0 komen
Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kepada warga asing sehingga RM60,000 bagi mendapatkan keuntungan segera.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata persatuan berkenaan antara lima persatuan peniaga yang diberikan tapak di bazar Ramadan iaitu sekurang-kurangnya 10 tapak di Jalan TAR.
Jual satu unit RM6,000


Bagaimanapun katanya, persatuan berkenaan sanggup menjual tapak terbabit dengan harga RM6,000 bagi setiap unit kepada warga asing semata-mata mahu mendapat keuntungan berganda.

Desak DBKL senarai hitam

"Sehubungan itu, saya mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenarai hitamkan persatuan berkenaan supaya tidak lagi dibenarkan memiliki tapak sepanjang Ramadan akan datang.

"Perbuatan mereka sangat mengecewakan peniaga lain kerana masih ramai yang mahukan tapak berkenaan untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan, namun mereka menjualnya pula kepada warga asing," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi
Suni

300 ikan pari terdampar di pantai

0 komen
URSULO GALVAN - Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 300 ekor ikan pari yang ditemui terdampar di pantai Chachalacas, dalam negeri Vrecruz di sini.
 
Penduduk setempat dan pelancong kali pertama melihat bangkai ikan-ikan pari itu kelmarin dan menyiarkan gambar kejadian itu di beberapa laman sosial.
Datuk Bandar Ursulo Galvan, Martin Verdejo berkata, terdapat kemungkinan haiwan marin itu dibuang oleh nelayan selepas terperangkap dalam pukat mereka.
Mereka membuang ikan-ikan pari itu selepas mendapati haiwan tersebut tidak mendatangkan banyak keuntungan jika dijual.
Beberapa penduduk tempatan pula memberitahu, ikan-ikan pari itu dibawa ombak ke pantai Chachalacas ketika matahari terbit.
Walaupun sudah mati, ikan pari masih berbahaya kepada mereka yang berkaki ayam kerana ekornya beracun jika terpijak.
 
Suni

Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa 2013

0 komen
Salam Menjelang Ramadhan Al-Mubarak.
Tinggal beberapa hari lagi umat Islam nak menjalankan ibadah puasa. Mari kita bersiap sedia untuk niatkan puasa dan doa ketika berbuka.
niat-puasa-doa-sebelum-dan-sesudah-berbukasumber : SINI
 
Jadual waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
imageDan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi Negeri-Negeri di Malaysia
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Johor
  7. Melaka
  8. N9
  9. Kelantan
  10. Terengganu
  11. Pahang
  12. Sarawak
  13. Sabah
Moga ibadah puasa yang akan dilaksanakan diberkati dan sempurna…InsyaALLAH.
Suni

Penyamun lari akibat dilibas sejadah

0 komen
Dua penyamun bersenjatakan pisau lari bertempiaran meninggalkan rumah yang diceroboh, apabila pelajar yang cedera akibat cubaan menyamun melawan sambil melibas sejadah dalam kejadian di Bandar Putra dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 2.30 pagi, ketika mangsa Abdul Hanan Hasan, 18, yang juga pelajar sekolah agama bersendirian di rumah, manakala ibu bapanya ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
 
Abdul Hanan berkata, kejadian berlaku sejurus beliau bangun untuk ke bilik air, selepas tertidur atas sejadah di ruang tamu rumahnya malam kelmarin.
Ketika ke ruang tamu untuk melipat sejadah, saya terkejut apabila dalam keadaan samar kerana lampu dipadamkan, seorang lelaki menegur supaya saya serahkan duit dan motosikal kalau nak selamat.

Ditikam di belakang 

   Saya membalas sambil berkata, saya takut awak yang tak selamat nanti.
Kata-kata itu membuatkan lelaki terbabit menyerang saya tetapi saya berjaya menumbuk mukanya dengan tangan kiri menyebabkan dia terjatuh.
Tanpa disedari, seorang lagi rakannya memukul dan menikam belakang saya menggunakan topi keledar dan pisau. Saya cuba melawan dan dengan sejadah, saya melibas tangan suspek hingga pisaunya jatuh serta melibas muka seorang lagi rakannya, katanya.

Berkemahiran dalam seni tomoi, Abdul Hanan berkata, usahanya melawan menyebabkan dua lelaki itu mencapai pisau yang jatuh itu sebelum memanjat pagar dan menyorong motosikal mereka sebelum menghidupkan kenderaan itu dan melarikan diri.
 
Suni

Telefon pintar murah Lenovo

0 komen
Pengeluar barangan elektronik dari China, Lenovo kembali memperkenalkan produk telefon miliknya kepada pengguna. Kali ini, mereka memperkenalkan dua telefon pintar, Lenovo A706 dan Lenovo A390, mensasarkan untuk golongan menengah ke bawah.

Lenovo A706, telefon pintar murah yang menggunakan prosesor quad core Qualcomm MSM 8225Q dengan kelajuan 1.2GHz. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan RAM kapasiti 1GB dan memori dalaman sebesar 4GB.
 
menggunakan skrin IPS berukuran 4.5 inci yang menawarkan resolusi 854 x 480 piksel dan mendukung 16 juta warna. Selanjutnya, gajet ini dilengkapi kamera 5MP di bahagian belakang dan manakala bahagian hadapan hanya 0.3MP.
Lenovo A706 ini hadir dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 dan menyokong dual SIM kad. Manakala bagi Lenovo A390 ditujukan untuk pasaran bawahan tapi masih dengan prosesor dual core.

Prosesor yang digunakan adalah prosesor MTK6577 yang mempunyai kelajuan 1GHz. Tenaga prosesor ini akan disokong oleh RAM 512MB serta memori dalaman 4GB.

Untuk sistem operasi, Lenovo menyematkan OS Android Ice Cream Sandwich. Mempunyai skrin sentuh berukuran 4 inci yang mempunyai resolusi 480 x 800 piksel.

Tidak lupa telefon pintar ini juga mendukung dua SIM kad sekali gus.
Suni
  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!