Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

SPR lantik 6 NGO bebas jadi pemerhati PRU13 di Semenanjung

0 komen
PETALING JAYA - Sebanyak enam badan bukan kerajaan (NGO) dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) di Semenjung Malaysia.
NGO berkenaan ialah Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
 
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif itu, yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.
Beliau berkata SPR juga sedang berbincang dengan beberapa NGO untuk dijadikan pemerhati di Sabah dan Sarawak.
 
Bincang 3 kali dengan NGO
 
"Kita sudah berbincang tiga kali dengan NGO itu mengenai syarat-syarat pelantikan dan bidang tugas," katanya kepada pemberita selepas sesi forum mengenai pilihan raya bebas dan adil anjuran, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya di sini, hari ini.
Beliau berkata pemilihan NGO berkenaan dibuat selepas SPR benar-benar yakin bahawa mereka komited memperjuangkan demokrasi dan bersifat berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.   
Wan Ahmad berkata setiap NGO itu hanya boleh menempatkan tiga anggotanya di setiap kawasan Parlimen untuk menjadi pemerhati dan mereka juga diminta menghasilkan laporan khas sepanjang perjalanan pilihan raya itu.
"Melalui laporan itu, kita akan tahu apa kelemahan kita dan apa perkara yang perlu untuk penambahbaikan," katanya.
 
230 000 petugas SPR
 
Beliau juga berkata SPR akan menggerakkan seramai 230,000 petugasnya ketika PRU ke-13 itu, nanti.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR sedang menimbang untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilihan) 2002 selepas PRU ke-13.
Jelas beliau sudah tiba masanya untuk SPR meneliti semula semua perkara dalam peraturan itu untuk membolehkan pendaftaran pemilihan dapat ditambah baik.   
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata rakyat Malaysia di luar negara boleh memuat turun borang 1A di laman web SPR bagi memohon mengundi secara pos, bulan depan.
"Borang permohonan undian secara pos itu hanya boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!