Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Tiada pelan Capex: SYABAS enggan layan MB

0 komen
SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) enggan melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu air di negeri itu, kata Abdul Halem Mat Som.


 
Sebaliknya, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS itu memberitahu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Rozali Ismail akan mengadakan sidang media rasmi bagi menjawab segala dakwaan yang dilemparkan Khalid kepada syarikat konsesi air itu dalam masa terdekat.
 

"Malaslah nak jawab…entahlah macam kenyataan orang tak pandai, itu yang malas nak jawab. Nanti bila saya jawab saya pun jadi tak pandai juga.


"Kita akan jawab secara rasmi, Tan Sri (Tan Sri Rozali Ismail) pun nak buat sidang media hendak jawab semua dakwaan," katanya kepada Antarapos.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan terbaru Khalid bahawa SYABAS telah menggunakan perbelanjaan modal (Capex) dengan sewenang-wenangnya tanpa mengemukakan pelan rancangan untuk pembangunan industri air di negeri itu.


 
Khalid semalam mendakwa SYABAS seolah-olah mahu menggunakan Capex dengan sewenang-wenangnya tanpa mengemukakan pelan rancangan untuk pembangunan industri air di Selangor.


Malah menurut Khalid, keputusan kerajaan Selangor membekukan Capex kepada SYABAS bertujuan untuk memastikan peruntukan tersebut digunakan ke saluran yang betul.


"Seperti yang saya katakan, duit-duit ini perlu diterangkan kepada kerajaan negeri apa yang dia hendak buat. Itu salah satu dari perjanjian. Kalau dia tidak bagi senarai projek dengan betul, kita tidak bagilah.
 


"Jadi SYABAS dan Puncak Niaga ingin bebas guna duit itu. Dia tidak boleh bebas. Sebab dalam perjanjian, dia perlu terangkan mengenai kos kapital yang akan dilakukan. Kerana aset-aset itu kebanyakannya milik kerajaan negeri," kata Khalid pada sidang media selepas menghadiri Konvesyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Kampus Unisel Shah Alam, semalam.


Pembekuan Capex telah menyebabkan SYABAS tidak dapat menjalankan kerja-kerja penggantian paip lama yang rosak di seluruh Selangor.

Ia sekaligus menyumbang kepada peningkatan jumlah air tidak berhasil (NRW) di negeri itu.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!