Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Saintis kesan 3 planet boleh dihuni

0 komen
London: Sekumpulan saintis antarabangsa, berjaya mengesan tiga planet yang berpotensi mempunyai kehidupan, berhampiran bintang dikenali Gliese 667c, kerana dipercayai mengandungi air.

Bintang Gliese 667c, berada pada jarak 22 tahun cahaya dari Bumi, diorbit antara enam hingga tujuh planet. Tiga daripada planet berkenaan dipercayai boleh dihuni.
Ketua pengkaji, Mikko Tuomi dari Universiti Hertfordshire, berkata suhu di sekitara bintang berkenaan adalah di dalam lingkungan yang membolehkan air wujud, elemen penting dalam kehidupan manusia.


Super-earth

Gliese 667c adalah sebahagian daripada sistem planet itu dan jika kita berada di sana, kita boleh melihat tiga matahari, katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga planet berkenaan dikenali sebagai super-earth yang lebih kecil daripada Neptune tetapi lebih besar daripada Bumi.

Wilayah orbit membolehkan ketiga-tiganya berpotensi mempunyai kehidupan, katanya.
Tuomi berkata dengan penelitian terbaru dan tinjauan semula ke atas data sedia ada, pihaknya dapat mengesahkan kewujudan ketiga-tiga planet berkenaan dan yakin akan menemui beberapa lagi yang lain
Suni

Seni tudung saji

0 komen
Tudung saji adalah keperluan penting kepada suri rumah khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dulu dan sekarang yang berfungsi menjadi penutup juadah daripada dihinggapi lalat dan dimasuki habuk. Pada zaman moden ini, tudung saji bukan sekadar itu saja, sebaliknya dijadikan perhiasan rumah, pejabat dan ruang tamu di hotel dan sesetengahnya dijadikan cenderahati untuk diberikan kepada pelbagai pihak. Kebanyakan tudung saji perhiasan dibuat dalam bentuk kecil beraneka warna dan corak mengikut tempahan dan kegemaran orang ramai.
Seorang pengusaha tudung saji di Kuantan, Noriah Tawang gigih menjalankan perusahaan berkenaan di kawasan rumahnya.

Ternyata tudung saji hasil kreativiti beliau mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli di sekitar Pahang dan Kuala Lumpur.

Seni tudung saji
 
Anyaman warna-warni

Setiap tudung saji bersaiz kecil dijual antara RM12 hingga RM20 manakala saiz besar antara RM30 hingga RM35.
Pada awalnya, tudung saji yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri tetapi lama kelamaan dijual kepada penduduk setempat, pelawat dan pelancong.

Dalam pada itu, Noriah berpeluang menambahkan pendapatan agak lumayan dengan dengan membuat tudung saji perhiasan.

Bahagian luar tudung saji berwarna-warni ini dianyam daripada daun pandan manakala dalamnya pula diperbuat daripada mengkuang dan bilah buluh
Suni

Kecoh tiket final

0 komen
Penyokong Kelantan marah tak dapat beli tiket selepas datang seawal jam 6 pagi

Kota Bharu: Penjualan tiket final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam kecoh apabila sebilangan besar penyokong Kelantan tidak berpuas hati selepas tiket habis dijual dalam tempoh tidak sampai 15 minit.
 
Kedaaan bertambah buruk apabila mereka bertindak ganas dengan menendang salah satu pintu masuk stadium sehingga rosak dan mengejar kakitangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menjual tiket hingga ke kawasan padang.

Suni

Harimau Selatan sambar Pablo Aimar?

0 komen
Johor Bahru: Bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar hampir pasti menyertai Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Spekulasi itu semakin kuat selepas pemain tengah SL Benfica di Liga Primera, Portugal dilihat muncul di sebuah hotel terkemuka di sini yang turut disambut penyokong Harimau Selatan ketika majlis pelancaran majalah Harimau Selatan di Persada, Sabtu lalu.
Malah, ketika majlis pelancaran itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan akan ada kejutan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


BH Sukan difahamkan pemain yang pernah beraksi untuk Argentina pada aksi Piala Dunia Remaja 1997 di Johor sudah beberapa hari berada di Singapura dan berkunjung ke negeri ini bagi memenuhi jemputan Tunku Ismail, Sabtu lalu.

Pertemuan lebih sejam itu dikatakan berkisar mengenai negeri ini selain mengundang pemain yang berasal dari Rio Cuarto, Argentina itu untuk mengenali Johor lebih dekat pada masa akan datang.

Aimar tamat kontrak

Aimar bakal menamatkan kontrak bersama Benfica tahun depan selepas lima musim.
Pada 9 Disember lalu, BH Sukan melaporkan selepas mengikat Daniel Gonzales Guiza (Sepanyol) dan Simone Del Nero (Lazio), PBNJ mengorak langkah awal 'menempah' khidmat Aimar untuk saingan Liga M musim 2014.

Perbincangan awal membawa masuk pemain itu tampak positif selepas dia dikatakan agak berminat namun terpaksa menunggu kontraknya tamat awal 2014.

Aimar pernah membantu Argentina muncul juara Piala Dunia Remaja selepas menewaskan England 2-1 yang ketika itu turut dibarisi Michael Owen.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi yang turut menyambut kedatangan Aimar di hotel itu berkata, pihaknya menyambut baik jika pemain itu menyertai Johor DT musim depan.
Suni

Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok

0 komen
PUTRAJAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dalam satu kenyataan sebentar tadi. Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan yang sesuai.
Palanivel berkata, keadaan jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar
Suni

Huawei mahu atasi Apple, Samsung

0 komen
Singapura: Syarikat telekomunikasi dari China, Huawei mahu mengejar dan mengatasi penguasaan dua pemain utama industri, Apple dan Samsung, selepas buat kali pertama melancarkan peranti pintar sendiri. Huawei kelmarin yang melancarkan Ascend P6 di sini selepas pelancaran global di London, yakin telefon pintar ternipis keluarannya itu akan membantu syarikat mengejar populariti Samsung dan Apple. "Biasanya saya tidak mengulas mengenai pesaing, tetapi produk kami akan berada dalam kelas tersendiri," kata Pengarah Pemasaran Serantau Huawei, Tang Siew Wai, selepas pelancaran itu, di sini, semalam sempena Pameran CommunicAsia.

Katanya, Ia adalah peranti yang cantik, ternipis dan dipadankan dengan kamera terbaik pada sebuah telefon. Bahagian depan dilengkapi kamera 5 megapiksel (5MP) dan bahagian belakang, 8MP dengan bukaan 2.0." Mengikut Siew Wai, Huawei masih ketinggalan daripada pengiktirafan jenama di belakang iPhone dan Samsung yang mengeluarkan rangkaian peranti pintar di bawah siri Galaxy. Bagaimanapun, katanya, syarikat sedang mengatur langkah untuk mengejar syarikat berkenaan.
 

"Kami adalah pelari maraton. (Kekuatan) jenama tidak datang dalam sehari, perlu masa (untuk) mencapainya dan kini kita sedang membina asas kukuh. Prinsip jenama kami ialah 'jadikannya boleh.'
"Beberapa tahun lalu, tiada siapa yang tahu mengenai Huawei tetapi kini kami sudah mendapat perhatian media dan ini menunjukkan kami sudah boleh," katanya. Huawei hanya mempunyai 4.7 peratus bahagian pasaran telefon pintar global pada suku pertama tahun ini, mengikut analisis penyelidik industri IDC.

Samsung menguasai 30.7 peratus pasaran, diikuti Apple pada 17.8 peratus dan LG pada 4.9 peratus. Siew Wai berkata, Ascend P6 seberat 120 gram dan mempunyai paparan sesentuh 4.7 inci, mula dijual di China hujung bulan ini, Julai di Eropah dan kemudian diperkenalkan di Asia Tenggara.

"Kami sedang memperhebat keluaran," katanya.

Peranti itu yang hanya setebal 6.18 milimeter, didatangkan dengan harga 449 euro (RM1,890). iPhone 5 dijual antara AS$649 (RM2,000) hingga ASC$849 (RM2,672) bergantung kepada saiz keupayaan penyimpanan data, manakala Samsung Galaxy 4 dijual pada AS$649 di Amerika Syarikat.

Huawei bermula sebagai pembelai komponen dan peralatan telekomunikasi dan kini mula melebarkan penguasaan ke dalam segmen peranti mudah alih. - AFP
Suni

Ciri-ciri seorang playgirl

0 komen
Playboy merupakan istilah yang sudah sering di dengar banyak orang. Bahkan ciri-ciri dan perawakan dari playboy sudah seperti diketahui umum. Akan tetapi tahukah Anda bahwa ada juga wanita yang berperilakunya layaknya playboy. Wanita dengan tingkah laku seperti itu dikenal sebagai seorang playgirl. Agar Anda tidak terjebak dalam permainan cinta seorang playgirl, alangkah baiknya Anda mengenali ciri-ciri dari seorang playgirl. Ciri seorangplaygirl diantaranya adalah seperti berikut.
 
Menyimpan Kisah 'One Night Stand'
Tidak hanya satu, tapi lebih. One night stand tidak berarti berakhir dengan seks belaka. Sedikit kontak fisik sudah menjawab seberapa kedekatan Kamu dengan lelaki yang Kamu kagumi, tapi bukan untuk jangka panjang.
Status Facebook Sering Berubah
Mulai dari "bujang", "berkasih", lalu pindah menjadi "complicated". Ini menandakan Kamu seperti mencari lelaki untuk kesenangan saja. Sekalipun Kamu mencoba mencari yang terbaik, tapi dimata lelaki, Kamu seorang man eater.
Berkencan dengan Dua Lelaki dalam Satu Kelompok
Misalnya Kamu pernah berkencan dengan lelaki dalam satu tim sepak bola, lalu di waktu lain Kamu berkencan dengan rakan satu timnya. Secara tidak sadar hampir setengah jumlah tim tersebut pernah dekat dengan Kamu. Benar-benar pecinta lelaki.
Mudah Memberi Nombor Telefon
Kamu sudah punya kekasih tapi lelaki dengan mudah mendapat nombor telepon langsung dari Kamu. Hati-hati, kerana ini tandanya Kamu masih memberi celah untuk menarik perhatian lelaki lain, atau berselingkuh.
Mudah Meninggalkan
Senang mempermainkan perasaan seseorang boleh menjadi ukuran. Bayangkan saat hubungan sedang hangat, tiba-tiba Kamu pergi tanpa khabar hanya untuk menegaskan "Siapa bos-nya". Jika Kamu sudah sampai tahap ini, Kamu betul-betul playgirl sejati.
Tidak Pernah Cukup
Lelaki membutuhkan usaha ekstra besar untuk mendekati Kamu, dan itu tidak pernah cukup. Sekali Kamu tidak puas, Kamu pergi
Suni

Ipoh - Budak beli senapang di internet

0 komen
Ipoh: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak mengesan pembelian senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi internet oleh seorang pelajar 15 tahun di sini pada Sabtu lalu.

Dikesan kastam
Pembelian dua laras senapang MP5, masing-masing selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol Glock itu dikesan menerusi pengimbas Unit Kastam Pos yang ditempatkan di pejabat Pos Malaysia di sini.


Suni

Tempat berhantu tarikan pelancong

0 komen
KAWASAN penempatan, mahupun kemudahan yang terbiar tanpa digunakan untuk tempoh yang agak lama, layak digelar sebagai tempat 'berhantu' kerana ia menimbulkan perasaan takut kepada mereka yang melihatnya atau bersiar-siar di situ.
Hal ini kerana, pada masa dahulu, kawasan dan kemudahan ini adalah merupakan lokasi strategik bagi orang ramai, bukan sahaja untuk mencari rezeki, malah untuk bersosial dan berhubung.
 
Di beberapa kawasan di dunia ketika ini, masih terdapat kapal terbang, kereta api, rumah-rumah dan juga lapangan terbang serta lombong yang kesemuanya terbiar sejak berdekad lalu.
Fenomena ini agak pelik kerana ada antara bangunan dan kemudahan itu sebenarnya masih elok dan mampu menjana ekonomi setempat.
Namun, ia kekal berdiri sebagai monumen, rentetan kepada keadaan ekonomi yang berubah, pergolakan politik, peperangan dan bencana alam buatan manusia tetapi terbiar begitu saja.
 
Kita mungkin masih ingat akan bencana nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Ia mengakibatkan kira-kira 50,000 penduduk dari bandar Pripyat yang terletak tiga kilometer dari lokasi kejadian itu terpaksa dipindahkan.
Kini selepas 27 tahun tragedi tersebut, bandar itu yang diisytihar sebagai zon tercemar dibiarkan tanpa sebarang penghuni dan menjadi 'bandar berhantu'.
Bagaimanapun, ia mula menjadi destinasi pelancongan popular kembali, kerana tinggalannya seperti kompleks dan penempatan loji nuklear, Istana Kebudayaan dan tapak pesta dengan roda berpusing masih tersergam sehingga sekarang dan menarik kunjungan orang ramai.
Selain di Ukraine, bandar Kolmanskop di Namibia, selatan Afrika turut menerima nasib serupa menjadi bandar perlombongan berhantu selepas ditinggalkan sejak 1950-an.
Ia menjadi sepi selepas Perang Dunia Kedua dan kejatuhan harga berlian menyaksikan syarikat lombong di situ menutup operasinya dan berpindah ke wilayah Oranjemund.
 
Keadaan itu mengakibatkan rumah pekerja lombong yang terbiar mula dimasuki pasir dari gurun dan ia kini dimasukkan ke dalam Taman Negara Sperrgebiet di Namibia.
Hal serupa turut berlaku di bandar Varosha yang merupakan destinasi popular pelancongan pantai yang terletak di utara Cyprus.
Pencerobohan Turki pada 1974, bagaimanapun menyaksikan bangunan-bangunan hotel tersergam indah di situ terbiar sepi dan ia kini dipagar bagi mengelak dimasuki penceroboh.
Turut menerima kesan serupa akibat pencerobohan Turki itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia.
Ia pada mulanya merupakan lapangan terbang utama bagi negara kepulauan itu, namun sejak insiden berkenaan, beberapa pesawat, malah ruang utama kemudahan tersebut dibiarkan begitu sahaja sehingga kini dan ia menjadi kawasan yang sunyi.
Di Amerika Syarikat (AS), bangunan terbiar yang paling popular dan ditinggalkan begitu sahaja adalah Stesen Sentral Michigan di Detroit yang merupakan hab industri keluli dan automotif negara itu.
Selama beberapa tahun, stesen itu yang menempatkan depot kereta api di pinggir bandar Detroit terus berdiri gah sebagai simbol yang menghantui kejatuhan bandar tersebut.
 
Kereta api terakhir yang menggunakan stesen itu ialah pada 1988, tidak lama selepas Honda Accord muncul sebagai kereta terlaris di Amerika.
Seiring dengan tema industri, kewujudan kubur besar kereta api di daerah Uyuni, selatan La Paz dekat Bolivia dan di Thessaloniki, di Greece menjadikan kawasan itu turut muncul sebagai sebuah lokasi yang agak pelik dan menakutkan.
Kepulauan Battleship di Jepun, turut menjadi mangsa 'penempatan berhantu' setelah industri lombong arang batu di bawah pulau itu berhampiran Pelabuhan Nagasaki dihentikan.
Hal ini kerana, kompleks kediaman yang didiami pekerja dan keluarga mereka terus dibiarkan kosong selepas ia ditutup.
Selain kawasan penempatan terbiar di Jepun, taman tema Nara Dreamland juga menjadi taman hiburan 'berhantu' selepas ia tidak terusik sejak ditutup pada 2006, berikutan kekurangan pengunjung, walaupun telah beroperasi sejak 1961.
Sementara itu di Britain, kubu Maunsell Forts yang terletak di muara Sungai Thames turut tidak terkecuali menjadi kawasan yang menakutkan di negara itu.
 
Kubu itu, yang dibina semasa Perang Dunia Kedua bagi mempertahankan Britain ditutup sekitar 1950-an, namun digunakan untuk pelbagai aktiviti lain selepas itu.
Namun, sebuah konsortium kini bercadang untuk memelihara semula kubu itu di bawah Projek Redsands.

Suni

Man of Steel kuasai pecah panggung

0 komen
Filem Man of Steel lakonan Henry Cavill, Amy Adams, Russell Crowe dan Kevin Costner mengaut RM352.6 juta untuk menghuni kedudukan pertama carta filem pecah panggung.

Judul terbaru dalam siri filem Superman itu bukan saja menguasai pasaran Amerika Syarikat, malah ia turut mendapat sokongan peminat di seluruh dunia, hujung minggu lalu.
Filem yang diberikan nafas baru itu memecahkan rekod tayangan pada Jun, dengan pungutan pembukaan sekitar RM390 juta (RM352 juta pada hujung minggu dan RM37.4 juta daripada tayangan malam Khamis).


Ia berjaya mengetepikan saingan filem yang dibintangi ramai pelakon ternama, This is the End, yang sekadar memungut RM64 juta. Filem terbabit dibintangi James Franco, Jonah Hill dan Seth Rogen.

Filem lain yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 10 teratas ialah Now You See Me, Fast & Furious, The Purge, The Internship, Epic, Star Trek Into Darkness, After Earth dan Iron Man 3.
Suni

Jangan terlalu percaya bahan internet

0 komen
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak mudah percaya dengan pelbagai maklumat tidak betul mengenai negara yang disebarkan melalui internet.

Ini berikutan ada pihak yang berusaha menyebarkan maklumat tidak benar mengenai negara kerana kepentingan sendiri.
Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, meminta rakyat Malaysia di luar negara merujuk kepada kedutaan negara di tempat masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang sahih.


Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan 70 rakyat Malaysia di Dhaka, Bangladesh, Ahad lalu.

Kenyataan beliau dihantar kepada BERNAMA di sini, semalam. Rohani berada di Dhaka bagi menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Hal Ehwal Wanita Negara Komanwel yang bermula semalam hingga esok.

Pada pertemuan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Norlin Othman, Rohani turut berpesan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menunjukkan sikap dan teladan baik sebagai duta kecil negara.

Rohani juga menggesa rakyat Malaysia di luar negara menyumbang kepakaran dan kecemerlangan yang diperoleh di luar negara dalam merealisasikan Wawasan 2020
Suni

Piala Konfederasi di bantah

0 komen
SAO PAULO: Kira-kira 10,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya di bandar utara di Brazil bagi membantah pembiayaan mencecah puluhan bilion untuk mengadakan Piala Konfederasi serta kos yang meningkat bagi pengangkutan awam.

Polis berkata, di sebelah malam di Brasilia, lebih 200 remaja mengadakan tunjuk perasaan dan memecah masuk menerusi bumbung ke Dewan Kongres.
Polis terpaksa dikerah di kawasan berkenaan untuk melindungi Dewan Kongres.


Di Sao Paulo, bandar raya perniagaan Brazil dan kawasan paling padat penduduk, dianggarkan lebih 30,000 orang berarak menuju ke Paulista Avenue, namun setakat ini belum tercetus sebarang keganasan.

"Saya datang kerana saya mahu Brazil (rakyat) supaya sedar. Saya bukan saya protes kerana kadar tambang pengangkutan awam yang tinggi, tapi kerana kekurangan dari segi pendidikan dan kesihatan," kata seorang pemuda berusia 20 tahun dikenali sebagai Diyo Coelho.

Polis berkata, kira-kira 6,000 penunjuk perasaan berkumpulan di tengah Bandaraya Rio.

Tunjuk perasaan juga tercetus di Belo Horizonte, Fortaleza, Salvador dan beberapa bandar lain.
"Saya di sini bukan saja untuk menunjukkan bahawa Brazil segala-galanya mengenai bola sepak dan berkeraian.

"Kami di sini untuk menunjukkan keprihatinan bahawa kini terdapat kekurangan pembiayaan untuk perkara yang lebih penting seperti kesihatan dan pendidikan," kata Daiana Venancio, 24, seorang peguam di Rio.

Awal hari ini, Menteri Sukan Brazil, Aldo Rebelo memberi amaran pihak berkuasa tidak akan membenarkan penunjuk perasaan menjejaskan kejohanan bola sepak yang Brazil menjadi tuan rumah ketika ini iaitu Piala Konfederasi dan Piala Dunia tahun depan
Suni

Buat bunga dari tusi, kacang je

0 komen
Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)
2 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

3 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

4 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

5 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

6 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

7 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

8 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

9 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

10 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

11 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

12 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

13 Cheap but Cool Gift for Your Girlfriend (13 pics)

Suni

10 persaingan iklan tersengit di dunia!

0 komen
1. FedEX vs DHL

Truk berwarna putih telah lama menjadi sebuah icon untuk merek FedEX. Lalu bagaimana dengan truk berwarna kuning, jika kita boleh menebak iklan sengit itu ditujukan kepada DHL.


2. Pepsi vs Coke
Tidak diragukan lagi, Pepsi dan Coca - Cola adalah jenama yang paling sukses di dunia. Diperkenalkan pada tahun 1886 dan 1903, masing-masing, keduanya menjadi saingan satu sama lain berusaha untuk mendominasi pasar minuman ringan berkarbonasi. mencuba untuk memimpin satu sama lain. 


3. Burger King vs McDonald's
Iklan kompetitif yang tidak sihat tidak diijinkan di semua negara. Tapi terkadang, perusahaan - perusahaan tertentu melanggarnya dengan membuat iklan kompetitif tidak sehat yang terselubung. Samar tapi nyata. Seperti iklan ini, contoh jelas yang menunjukkan persaingan antara Burger King dan McDonalds.


4. Audi vs BMW
http://www.didunia.net/
Perang iklan terjadi disana - sini, mereka berusaha menciptakan dan mendapatkan perspektif produk terbaik di mata konsumen dibandingkan rivalnya. Hal ini tidak mengherankan, kerana perspektif sebuah produk mampu mempengaruhi penjualan.

Tagline pada gambar berbunyi "This is what happens if you don't have Quattro". Pencitraan itu berusaha mendapatkan perspektif Audi RS 4 lebih baik daripada BMW M3.


5. Pepsi vs Coca - Cola
Contoh lain dari perang iklan minuman bersoda. Beli "Coca - cola berlokasi di lantai dua"  Pepsi membalas "Ada dimana - mana".


6. Diet Coke vs Starbucks
7. BMW vs Mercedes
Mobil - mobil BMW diangkut oleh truk bermerek Mercedez.


8. Kingfisher Airlines vs Jet Airways
Jet Airways, adalah salah satu perusahaan penerbangan terkemuka di India, mengumumkan kepada pelanggan mereka bahwa mereka telah berubah. Kingfisher Airlines memasang iklan dibawah papan iklan mereka yang bertuliskan "Kami yang membuat mereka berubah."


9. Hindu vs Times of India
Perang iklan terbaru antara media cetak raksasa Hindu dan Times of India. Hindu ingin menunjukkan bahwa berita mereka lebih jelas, lebih relevan dan lebih pintar.


10. Heineken vs Don't Drink and Drive campaigns
http://www.didunia.net/
Papan iklan minuman Heineken, disampingnya terpasang kampanye peringatan "Jangan minum sambil menyetir".
Suni
  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!