Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

MyEG urus BL1M

0 komen
PEMBEKAL e-perkhidmatan kerajaan Malaysia, My E.G. Services Berhad (MyEG) dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di seluruh Negara susulan pelancaran rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Eksekutif MyEG, Datuk Dr Norraesah Mohamad, berkata MyEG bangga kerana diberi kepercayaan dan amanah untuk mengurus serta mentadbir program BL1M, yang akan menggunakan seluruh rangkaian sokongan MyEG bagi memanfaatkan golongan sasaran.
"Selari dengan matlamat kami untuk mengutamakan rakyat, kami percaya bahawa BL1M akan meningkatkan kesedaran mengenai etika pemanduan berhemat dan sekali gus meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.


"Rangkaian infrastruktur bersepadu MyEG bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah dibuktikan dalam tempoh sedekad yang lalu, dan kami akan terus mempertingkatkan kecekapan dalam menjayakan program BL1M," katanya.

Norraesah berkata, program BLIM yang diilhamkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bersama dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) itu membolehkan pemohon kali pertama lesen bawah 250cc membayar yuran RM199 merangkumi perkhidmatan menangkap gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ.

Menurut kajian yang dijalankan SHEB, lebih 200,000 orang didapati menunggang motosikal tanpa lesen yang sah dalam tempoh 10 tahun ini dan angka itu berkemungkinan lebih besar berikutan kekurangan kesedaran mengenai bahaya menunggang tanpa lesen.

Norraesah berkata, BL1M mendapat sambutan cukup menggalakkan dari orang ramai sejak diumumkan Pemuda BN pada pertengahan Januari lalu.
"Kami mendapati program ini diberi sambutan hebat untuk pendaftaran dalam talian daripada pengguna yang berminat untuk menyertai inisiatif ini. Ia menunjukkan bahawa orang ramai memandang positif terhadap manfaat program ini.

"Dengan perasmian program BL1M hari ini (semalam), pelaksanaannya akan dilakukan secara bersungguh-sungguh. Kami yakin bahawa program ini akan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya secara am," katanya.

Katanya, bagi mengelakkan rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan oleh sesetengah golongan, BL1M, Pemuda BN dan MyEG tidak melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada pintu ke pintu mahupun di tempat awam, kecuali di pusat yang diluluskan dan pejabat komponen parti Pemuda BN saja.

Sementara itu, institut memandu yang ingin menyertai program ini perlu memperoleh kelulusan JPJ bagi proses saringan dan menjalani sistem pembidaan terbuka.

Program BL1M terbuka kepada warga negara Malaysia berumur berusia antara 17 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu.

Peserta yang gagal ujian berkomputer kali pertama akan dibenarkan untuk mengambil ujian sebanyak dua kali lagi tanpa dikenakan caj tambahan.

Borang permohonan program BL1M disediakan kepada calon dalam tempoh dua minggu bermula 31 Januari. Borang berkenaan boleh didapati daripada 222 pejabat komponen parti Pemuda BN di seluruh negara, atau menerusi laman web www.bl1M.my dan www.myeg.com.my.

Yuran RM199 hanya diterima dalam bentuk kiriman wang (money order), dan hanya diperlukan semasa penyerahan borang yang lengkap di pusat yang diluluskan.
Bayaran dalam bentuk tunai tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di www.bl1M.my atau hubungi talian bantuan di 03-78018888.
Suni

Microsoft runding beli Dell

0 komen
NEW YORK: Microsoft sedang berunding dengan syarikat ekuiti persendirian berhubung cadangan pembelian saham gergasi komputer Amerika Syarikat, Dell.

Wall Street Journal dan saluran berita kabel CNBC dalam laporannya yang memetik kenyataan sumber yang rapat dengan urus niaga itu, berkata Microsoft merancang untuk melabur antara AS$2 bilion hingga AS$3 bilion.
Dell bagaimana tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang tersebar sejak minggu lalu yang menyatakan pengeluar komputer terbesar itu, kini bersedia untuk menjadi syarikat persendirian.


Syarikat itu dikatakan sudah jatuh daripada kedudukan nombor satunya dalam pengeluar komputer dan bergelut untuk berubah menjadi peranti mudah alih.

Langkah yang akan mengeluarkan syarikat itu daripada senaraian di pasaran saham itu, dijangka mengurangkan sedikit tekanan terhadap Dell, yang mempunyai banyak aliran tunai tetapi keuntungannya pula menyusut.

Microsoft juga tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan AFP berhubung laporan berkenaan, yang mengatakan ia sedang berunding dengan syarikat ekuiti, Silver Lake Partners.

Saham Dell melanjutkan ralinya baru-baru ini, meningkat 2.4 peratus kepada AS$13.15. Laporan itu berkata urus niaga saham itu dijangkakan antara AS$13 dan AS$14.
Penganalisis Sterne Agee, Shaw Wu berkata urus niaga dalam julat harga itu adalah sesuatu yang mungkin berlaku, tetapi jika ia naik tinggi adalah sesuatu yang mustahil.

"Walaupun menjadikannya sebagai syarikat persendirian adalah tepat daripada tumpuan dan penelitian awam, kami tidak pasti ia mampu menambah baik kedudukan asas syarikat," katanya.

Beliau berkata, di sebalik usaha Dell untuk mempelbagaikan perniagaannya, kira-kira 70 peratus daripada perniagaannya terikat kepada komputer peribadi.

"Realitinya adalah persaingan yang semakin sengit daripada Lenovo, Asustek, Apple, Google, Acer, IBM, Hewlett-Packard, Samsung dan Cisco tidak dapat dihindarkan dengan menjadi syarikat persendirian," katanya
Suni

Majikan lega tak perlu bayar levi pekerja asing

0 komen
Kuala Lumpur: Lebih 300,000 majikan tempatan yang menggunakan khidmat pekerja asing kini dapat meneruskan operasi tanpa perlu menanggung beban kewangan tinggi apabila bayaran levi ditanggung sepenuhnya pekerja terbabit.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berpendapat keputusan itu membuktikan kerajaan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengambil kira pandangan serta mendengar rayuan majikan selama ini.
Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, berkata langkah terbaru kerajaan itu bukan saja akan merancakkan ekonomi negara, malah lebih ramai majikan mampu menjalankan perniagaan untuk tempoh jangka panjang.


Sebelum ini, katanya, MEF mencadangkan pembayaran levi ditanggung warga asing berikutan pelaksanaan gaji minimum, antara lain menyebabkan majikan turut menanggung beban kewangan tinggi.

"Sudah tentu kita menyambut baik keputusan ini dan ia jelas menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan majikan," katanya, semalam.

Kelmarin, Kabinet memutuskan bayaran levi pekerja asing ditanggung sepenuhnya oleh tenaga kerja itu dan bukan majikan, berkuat kuasa serta-merta.

Dasar baru Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata dasar itu turut membabitkan pekerja asing yang baru atau mereka yang ingin memperbaharui pas kerja, pas penggajian atau pas lawatan (kerja sementara).

Husni berkata, langkah kerajaan mengenakan levi kepada pekerja asing tidak akan membebankan mereka kerana kadar perlu dibayar golongan terbabit antara RM34.16 hingga RM154.16 sebulan berbanding peningkatan gaji secara umumnya antara RM300 hingga RM500 sebulan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pelaksanaan bayaran levi pekerja asing itu dapat membantu majikan menjimatkan kos operasi.

Sebagai contoh, katanya, majikan sektor perkhidmatan dapat menjimatkan kira-kira RM1,800 setahun atau tidak perlu lagi membayar RM150 untuk setiap pekerja pada setiap tahun, manakala majikan di sektor pembuatan dapat berjimat RM100.

"Sektor pertanian dapat berjimat hampir RM400," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kem Latihan Kepemimpinan Bagi Pelajar Universiti di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini, semalam.
Suni

Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila Amzah

0 komen
Enggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat.
Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai 'biadap' selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila.


Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

"Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak.

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal?

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.
Suni

Tak perlu panggil Piya: Raja ( adakah sebab Piya kecil orangnya)

0 komen
Dubai: Selepas dikritik hebat kerana tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan, jurulatih Datuk K Rajagobal tampil dengan nada lembut - tiada keperluan untuk pemain itu berada dalam barisannya ketika ini.

"Orang mungkin tidak faham... bukan saya tidak mahu memanggilnya (Badhri), cuma pada masa ini tiada keperluan," kata pengendali berusia 57 tahun itu selepas mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di sini, semalam.
Skuad kebangsaan berlepas ke Dubai, UAE, pagi Selasa lalu untuk aksi persahabatan menentang Iraq, hari ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini.


Isu pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan kembali hangat selepas Rajagobal yang mengumumkan senarai akhir 24 pemain, Isnin lalu, tidak menyenaraikan Mohd Badhri atau Piya walaupun ramai tonggak utama digugurkan kerana kecederaan.

Rajagobal bagaimanapun berkata, beliau akan menyenaraikan pemain tengah Kelantan itu pada masa depan.

"Saya tidak kata tidak akan memanggil untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, cuma kita perlu ikut kesesuaian dalam pasukan.

"Saya tidak nafikan kemampuannya namun pemilihan ini membabitkan kepentingan pasukan dan bukan individu," katanya.
Suni

FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo

0 komen
Kuala Lumpur: Hasrat Selangor dan Tentera yang ingin menyelesaikan insiden pergaduhan pemain ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu 'di luar' Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak direstui badan induk bola sepak negara.
"Bagaimanapun, terpulang kepada sekretariat untuk menilai keputusan seterusnya sebelum melakukan penilaian," kata pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak ketika dihubungi semalam.

Insiden pergaduhan itu menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua pasukan dengan saling tuduh menuduh - sama ada pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob, penyerang Red Giants, Afiq Azmi atau pemain Tentera, Shukor Adan - sebagai punca kejadian tegang itu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa dan hasrat itu disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, semalam.

Taufik berkata, beliau kini menunggu video rakaman perlawanan berkenaan daripada jawatankuasa pertandingan sebelum membuat penilaian sama ada insiden pergaduhan antara kedua-dua pemain pasukan itu boleh didakwa atau sebaliknya.
Suni

Tahi bintang hampiri bumi

0 komen
Kolkata: Serpihan tahi bintang akan menghampiri bumi pada 16 Februari ini, lebih rapat berbanding sesetengah satelit yang mengorbit planet, kata seorang pegawai.

Tahi bintang yang berhampiran bumi, 2012 DA14, dengan bergarispusat kira-kira 148 meter. Ia akan hampir dengan bumi kirakira jam 12.55 pagi 16 Februari, kata pengarah Penyelidikan dan Akademik Institut Penyelidikan Asas dan Planetarium MP Birla Depiposad Duari.
Jaraknya paling hampir ialah kira-kira 34,000 kilometer dari pusat Bumi. - Agensi

Suni

Ditawar RM210,702 bagi ‘muntah paus’

0 komen
London: Seorang lelaki British ditawarkan 50,000 euro (RM210,702) untuk sebutir batu yang berbau aneh ditemui anjingnya di pantai sama seperti bentuk muntah paus digunakan dalam minyak wangi, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Ken Wilman berjalan dengan anjingnya, Madge di tepi pantai dekat bandar Morecambe di barat laut England ketika ternampak 'sebuah batu besar' dengan tekstur lilin berwarna kuning.

Pada awalnya, dia membiarkan saja batu itu, tetapi dia terdetik untuk kembali ke tempat itu untuk mendapatkan objek itu yang dipercayainya secebis ambergris, bahan ditemui dalam sistem penghadaman sperma paus. Paus kadangkala memuntahkan ambergris yang terapung di air dan dianggap sebagai sangat berharga sejak berabad lamanya. Ia digunakan untuk membuat minyak wangi kerana baunya yang semakin kuat seiring dengan usianya, tetapi ambergris berbau busuk.
"Apabila saya mengutip dan menghidunya, saya campakkannya kembali kerana baunya sangat busuk," katanya kepada BBC.
Suni

Kenapa Anuar mula berpantang makan minum?

0 komen
Ahad, 27 Januari, jam 11.30 pagi, dia tiba bersama 'entourage' dari Anuar Zain Network terdiri daripada dua pengurus, Nana Ahmad dan Dura Talib termasuk Sam Kassim (Pengurus Promosi) serta jurusolek.
Santai saja penampilannya. Cukup menyarungkan kemeja-T rona merah dari jenama Abercrombie & Fitch dipadan celana khakis biru gelap, aura penghibur bernama Shahrul Anuar Zain atau nama pentasnya, Anuar Zain, sukar disangkal.
Seperkara yang jelas, tubuhnya sedikit susut berbanding dua pertemuan sebelum ini saat melancarkan klip video, Ajari Aku serta pengumuman harga tiket konsertnya, sekitar hujung tahun lalu.

"Saya ke gimnasium kebelakangan ini tetapi tujuannya lebih kepada membekalkan stamina bagi menghadapi konsert yang akan berlangsung lebih kurang dua minggu saja lagi," ringkas jelasnya.

Menjadi rutin mingguan untuk tempoh dua bulan ini, segala apa yang dilakukannya itu bagi memberikan persembahan yang terbaik buat para pencintanya.

Sebagaimana diketahui umum, pelantun Sedetik Lebih itu punya rencana besar pada tanggal 16 Februari ini. Menamakan konsert solo pertama, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari, jelas sekali kesihatan amat dititikberatkan olehnya.

"Saya juga berpantang daripada mengambil makanan berminyak, begitu juga nasi sebanyak mana yang saya mampu. Saya juga elak minum minuman sejuk. Selain, meneruskan amalan rutin dengan mengambil Vitamin C, B-Complex dan minyak ikan.

"Durasi dua jam membuat persembahan, kalau tidak punya tenaga yang cukup dan tidak menjaga pemakanan takut memberi kesan pada nyanyian nanti," katanya tidak lekang senyuman.

Melanjutkan perbualan, di sebalik getaran debaran yang tersemat rapi dalam sanubarinya, setiap kata-kata Anuar membayangkan betapa hatinya gembira untuk melaksanakan konsert perdananya itu.

"Sudah tentu gementar kerana ini konsert Mega yang pertama kali dianjurkan. Rasa gementar ini sudah membelenggu saya sejak dua bulan lalu sebenarnya. Namun lebih baik di sarang perasaan sebegitu daripada 'over confident' bukan?

"Apapun saya baru selesai sesi latihan beberapa hari yang lalu dan sudah mendengarkan susunan muzik baru untuk 20 rangkaian lagu bakal saya bawakan termasuk satu medley di buat oleh pengarah muzik Mac Chew.

"Saya sangat berpuas hati dan teruja kerana susunan yang baru ini kedengaran begitu segar. Selain itu, visual dan foto yang akan melatari skrin LED konsert juga sudah siap.

"Pengarah visualnya adalah Amri Gina dan melihatkan hasil kerja ia sesuatu 'personal' dan dekat dengan hati saya. Apa yang saya harapkan semuanya berjalan dengan baik dan lancar di konsert nanti agar kita sama-sama dapat menyaksikan keindahan yang cuba ditampilkan menerusi konsert ini," katanya.


'Paksa' peminat hafal lirik!

Masih berpusar soalan yang sama, penyanyi melonjak dengan lagu Bila Resah itu turut ditanya bagaimana dia mengatasi tekanan saat menghadapi konsert ini. Adakah menonton wayang sebagai salah satu terapi?

"Ooh... saya tidak ada masa menonton wayang buat masa sekarang ini kerana terlalu sibuk. Sebetulnya sejak dulu lagi saya jarang menonton wayang, setahun mungkin cuma empat, lima kali. Saya lebih gemar menonton DVD di rumah. Saya cerewet sebenarnya untuk menonton filem melainkan ia berbaloi di tonton.

"Berbalik pada soalan tadi, tekanan saya rasakan hilang bila saya menjalani latihan bersama pemuzik yang terbabit dalam konsert ini. Separuh daripada tekanan hilang kerana saya tahu bahawa semuanya sudah berjalan, malah setiap orang mahukan yang terbaik dan bersedia menghadapi hari konsert.

"Kalau bahagian-bahagian penting seperti pemuzik, rekaan pentas, visual, jualan tiket dan promosi belum 'ready', ini adalah sangat 'nervous'.

"Kalau ikutkan saya tidak perlu fikir pun kerana semua orang ada tugas masing-masing tetapi saya kena ambil tahu kerana ia membabitkan nama saya. Baik atau buruk, saya bertanggungjawab atas semua itu," katanya.

Menjawab pertanyaan seterusnya, adakah percubaan pertama ini menggesa perasaannya untuk mempunyai satu lagi siri konsert, pemuda berwajah kacak ini membalas, kenapa tidak seandainya memperoleh peluang.

"Kalau ada peluang apa salahnya tetapi bukan dalam masa terdekat kerana tumpuan saya buat masa ini adalah untuk konsert yang pertama ini. Mungkin tahun depan dan saya sebenarnya lebih suka persembahan yang ibu-bapa boleh datang, anak, pasangan kekasih dan suami-isteri.

"Sambil santai mendengar lagu, ada hidangan disediakan dan konsep seperti ini lebih intim. Apapun, saya seru kepada peminat untuk datang 'and have a good time together' pada konsert saya pada 16 Februari ini.

"Saya mengharapkan konsert ini mampu menjadi sesuatu yang boleh kita kongsi dan diceritakan kembali pada masa akan datang. Jangan lupa hafal lirik-lirik lagu saya supaya boleh menyanyi bersama-sama. Saya paksa!" katanya berseloroh.


Mahu jumpa Pak Zain, Ziana

Keakraban antara Anuar dengan ayahnya, Pak Zain, sememangnya diketahui umum. Jika bukan kerana Pak Zain yang mengenengahkan bakat Anuar yang dikenali sebagai penyanyi kanak-kanak pada era 1980-an tidak mungkin Anuar Zain menjadi seperti hari ini.

Sebetulnya, bukan Anuar saja anak yang sentiasa mendapat dorongan Pak Zain dalam bidang seni akan tetapi kakak sulungnya, siapa lagi kalau bukan Ziana Zain.

Justeru, penulis melontarkan soalan apakah Anuar mencuri masa untuk bertemu abahnya itu untuk bercerita mengenai perancangan konsert ini.

"Abah tidak memberikan 'input' kerana dia percaya dengan keputusan anak-anaknya. Lagipun, saya bukan lagi anak kecil seperti mana abah menguruskan saya dulu.

"Pun begitu, seperti bapa-bapa yang lain, pastinya dia mendoakan saya yang baik-baik. Dia tahu saya sudah lama mengimpikan ini dan berharap semuanya berjalan lancar. Begitu juga emak, dia tidak kisah.

"Cuma sebelum menjelang konsert saya mahu bertemu dengan Kak Ziana untuk mendapatkan idea-idea dan komen-komen kerana dia lebih pengalaman. Lagipun keluarga biasanya memberikan komen paling jujur kerana mereka tahu kelebihan dan kelemahan kita," katanya.

Sengaja mengusik, apakah dia tidak mahu mengajak kakaknya itu berduet satu lagu Anuar berkata, keinginan beraksi dengan Ziana itu memang selalu ada tetapi bukan untuk konsert yang ini.

"Saya sebenarnya ada satu kebimbangan jika saya menampilkan kakak saya atau artis undangan bimbang peminat tidak selesa dengan keadaan itu kerana mereka melaburkan sejumlah wang untuk menonton persembahan saya. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas kebanyakan peminat setia saya mereka lebih suka suasana 'personal' iaitu hanya mereka dan saya saja.

"Insya-Allah kalau ada rezeki mengadakan persembahan semacam ini sekali lagi, pastinya saya mahu beraksi dengan penyanyi-penyanyi yang saya kagumi dan hormati termasuk kakak saya, Ziana" katanya.
Suni

Proton Saga FLX terima tiga bintang, power gak saga ni ya

0 komen
Kuala Lumpur: Kereta sedan keluarga paling popular Malaysia, Proton Saga FLX diberikan pengiktirafan tiga bintang oleh Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru) hasil keputusan ujian perlanggaran bahagian depan Asean NCAP pertama.Ia diumumkan semalam sempena Hari Terbuka Asean NCAP yang diadakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal perlanggaran Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Khamil Jamil berkata, kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi mengenai jenama Proton kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan pada harga berpatutan.
"Arah baru Proton untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.

"Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta Proton dan model Saga FLX adalah kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - Asean NCAP," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Proton Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri keselamatan tinggi, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.
Sejak diperkenalkan, Saga generasi baru sangat popular dan menerima pelbagai anugerah, termasuk memenangi anugerah seperti Kereta Sedan Kompak Nilai Terbaik NST dan Anugerah Sedan Kecil/Bersaiz Sederhana Terbaik Autocar Asean pada 2012.

Katanya, anugerah itu bukan hanya mengenai Proton, tetapi peranannya untuk meningkatkan lagi piawaian keselamatan industri kereta nasional.
"Sebagai syarikat kereta nasional, kami terus meningkatkan rangkaian produk kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini dan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan dan badan-badan yang menyokong seperti MIROS," katanya.
Suni

5 Fakta kelab bola yang anda patut tahu, siapa paling kaya?

0 komen
'Goooolllll' adalah jeritan paling ramai didengari di kawasan awam. Sama ada di kedai mamak, restoran mewah hinggalah ke hotel lima bintang, semuanya sudah bijak memancing pelanggan dengan menayang perlawanan bola sepak di skrin lebar. Ikuti kajian ringkas MURSHID EUNOS mengenai fenomena remaja ini.
Tidur bola, makan bola dan mandi pun bola! Semuanya pasal bola hingga kini trend menonton bola sudah banyak berjangkit kepada golongan gadis pula. Ramai juga gadis sudah pandai memborong jersi bola sepak dan menggayakannya di warung mamak setiap kali berlangsungnya perlawanan bola secara langsung di kaca televisyen.
Baiknya fenomena ini, ia mendorong minat bersukan dan mengisi masa terluang golongan muda daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah. Tapi yang tak manisnya apabila sanggup bengkak mata datang ke pejabat sebab bersengkang mata tengok siaran langsung.

Kerja pun terganggu, fokus hilang dan prestasi serta produktiviti mula merosot. Yang punya kekasih hati pula, ada kalanya minat dan taksub terhadap bola boleh mengundang pergaduhan kerana golongan lelaki lebih pentingkan bola daripada hati si dia.

Apa pun, Gen.Y sendiri memang menggalakkan golongan muda meminati bola. Setidak-tidaknya semangat itu sudah ada walaupun sukan bola sepak kita masih belum terpilih ke Piala Dunia.

Ikuti beberapa fakta menarik yang disediakan Gen.Y berdasarkan kajian yang dilakukan majalah perniagaan Forbes dengan mengambil kira kepada akaun pendapatan, keuntungan dan tahap hutang hingga 2012.

5 kelab paling bernilai
1. Manchester United (England) - RM6.8 bilion
2. Real Madrid (Sepanyol) - RM5.71 bilion
3. Barcelona (Sepanyol) - RM3.97 bilion.
4. Arsenal (England) - RM3.92 bilion.
5. Bayern Munich (Jerman) - RM3.74 bilion

5 kelab terkaya
1) Real Madrid (Sepanyol) - RM1.778 bilion
2) Barcelona (Sepanyol) - RM1.609 bilion
3) Manchester United (England) - RM1.414 bilion
4) Bayern München (Jerman) - RM1.305 bilion
5) Arsenal (England) - RM1.108 bilion

5 pemain termahal
1. Lionel Messi (Barcelona) - RM133.8 juta
2. David Beckham (LA Galaxy) - RM127.7 juta
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) - RM118.4 juta
4. Samuel Eto'o (Anzhi Makhachkala) - RM94.4 juta
5. Wayne Rooney (Manchester United) - RM83.4 juta

5 pemain terkaya
1. David Beckham (LA Galaxy) - RM650.5 juta
2. Rio Ferdinand (Manchester United) - RM173.5 juta
3. Ryan Giggs (Manchester United) - RM144.5 juta
4. Wayne Rooney (Manchester United) - RM144.5 juta
5. Steven Gerrard (Liverpool) - RM130.1 juta

5 pemilik kelab terkaya
1. Sheikh Mansour (Manchester City) - RM 96.3 bilion
2. Alisher Usmanov (Arsenal) - RM59.7 bilion
3. Roman Abramovich (Chelsea) - RM49.6 bilion
4. Keluarga Liebherr (Southampton) - RM14.5 bilion
5. Joe Lewis (Tottenham) - RM13.5 bilion

5 pengurus kelab terkaya
1. Sir Alex Ferguson (Manchester United) - RM130.1 juta
2. Arsène Wenger (Arsenal) - RM96.3 juta
3. Roberto Mancini (Man City) - RM91.5 juta
4. Steve Bruce (Sunderland) - RM43.3 juta
5. Alex McLeish (Aston Villa) - RM28.9 juta
Suni

Ferguson tabik sumbangan Giggs

0 komen
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson memuji Ryan Giggs selepas pemain tengah veteran itu membantu Manchester United menewaskan Chelsea, sekali gus memusnah impian Liga Juara-Juara mereka.
Giggs, 37, yang memainkan peranan besar ketika Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pertama di Stamford Bridge minggu lalu sekali lagi mencuri tumpuan di Old Trafford sewaktu United menewaskan Chelsea 2-1 untuk agregat keseluruhan 3-1.

Pemain veteran itu melakukan hantaran lintang buat Javier Hernandez yang menjaringkan gol pertama perlawanan sejurus sebelum rehat sebelum melakukan hantaran cantik ke belakang kepada Park Ji-Sung yang mematikan impian Chelsea untuk bangkit selepas Didier Drogba menyamakan kedudukan.
Ferguson menghamburkan pujian buat Giggs selepas sumbangannya yang membantu mereka mencipta kemenangan. Pemain Wales itu membuat penampilan pertama untuk skuad senior United sebagai pemain remaja, 20 tahun lalu.

"Sudah banyak kali kami memperkatakan mengenainya," kata Ferguson mengenai Giggs. "Dia amat hebat, unik sebagai individu mahupun pemain.

"Sumbangannya juga besar. Gol perlawanan pertama, gol di separuh masa pertama malam ini dan peranannya ketika gol kedua, menjelaskan segala-galanya.
Ferguson berkata Giggs mencapai semua itu kerana berjaya mengekalkan kekuatan fizikal dan mengimbangi badan dengan baik.

"Dia bertuah kerana mampu kekalkan fizikal tanpa perlu membawa berat badan berlebihan," kata Ferguson. "Dia juga mempunyai keseimbangan baik dan tidak pernah kehilangan kelebihan yang menjadi asetnya itu.
"Giggs pandai menjaga diri kerana dia perlu berbuat demikian. Untuk mendapatkan tahap kehebatan sepertinya pada usia 37 tahun, memerlukan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan." Dalam pada itu, Giggs merendah diri mengenai peranannya dengan mengatakan kunci utama perlawanan itu adalah kemampuan United bertindak balas dengan gol lawan, iaitu kurang seminit selepas Drogba menjaringkan gol penyamaan.
Suni

Cara Mengerikan Orang Lama Mengabadikan Foto Orang Yang Meninggal

0 komen
 

Salah satu cara mengubati kerinduan kepada orang yang telah meninggal adalah dengan melihat fotonya. Dengan melihat foto kenangan orang yang sudah meninggal akan tetap terus hidup dalam ingatan kita.
Suni

GAMBAR - Hantu Tanpa Kepala Di Perlawanan MU vs Chelsea

0 komen
Foto ini bukan rekayasa. ini terjadi saat pertandingan liga champions antara MU vs Chelsea yang berkesudahan 2-1.

Semua orang di bench Manchester united bersukacita ketika Chicharito (alias Little Berba) menjaringkan gol sebelum turun minum . Semua orang kecuali anak tanpa kepala di depan Paul Scholes. Benar, ia tidak memiliki kepala?


Jadi siapa dia?siapa sosok hantu itu sesungguhnye ? Yah, namanya Eddie Rosenhauer. Dia adalah pemain yang cuba berdiri untuk ketika gol Chicarito tapi entah kenapa kepalanya tersangkut dalam jacketnya.
Suni

Kereta Bentley milik striker Manchester City, Mario Balotelli kena kencing dengan peminat lawan

0 komen
 
Suni

Beg Paling Aneh dan Unik di Seluruh Dunia

0 komen
 
 

Foto beg-beg yang kami kumpulkan dari seluruh dunia ini boleh membuat Anda terpegun, mengerutkan dahi, atau ingin memiliki?

Beg Bentuk Otak


Tidak perlu nilai pelajaran Biologi yang bagus untuk tahu bahwa bentuk tas ini adalah otak. Yup, bentuk otak yang khas itu boleh digunakan sebagai model beg tangan wanita. Tertarik memakainya? Dijamin non kolesterol.

Beg Rubiks Cube



Suka main rubik's cube?Beg tangan ini memiliki model yang unik karena mengusung tema warna-warni dan kotak khas rubik's cube. 

Beg Br4



Sadarkah Anda jika cup br4 kanan dan kiri jika digabungkan bisa membentuk sebuah wadah? Tas mungil cantik ini terbuat dari cup br4 yang disatukan. Bentuknya yang cantik membuat pemakainya makin cantik. Tertarik mendaur ulang br4 lama jadi tas

Beg Tengkorak


Tidak selamanya tengkorak manusia menyeramkan. Beg dengan bentuk tengkorak ini cukup disukai kaum wanita kerana terkesan tidak biasa.

Beg Uang


Mahu  kalau punya beg yang isinya setumpuk wang.. Beg ini memiliki bentuk buntalan dengan logo dollar di bagian luar. Tidak hanya itu,beg ini seolah-olah menunjukkan berisi banyak wang hingga menyembul keluar.

Beg Telepon Jadul


Ingat dengan telepon rumah jadul yang harus n diputar? Jika kangen, Anda boleh memakai beg telefon yang satu ini.

Beg Korset


Setelah beg br4 yang cantik di halaman sebelumnya, Anda boleh memakai beg yang lebih lebar, yaitu tas korset. Beg ini mengambil bentuk korset yang terbuat dari bahan jeans. Sulaman bunga mempercantik beg ini.

Beg Sayur


Biasanya sayur dimasukkan dalam beg belanjaan, tetapi kali ini, sayur boleh menjadi bentuk beg. Beg ini sebenarnya cantik dan sangat mirip dengan tekstur buah dan sayur. Tapi mahukah Anda menentengnya saat jalan-jalan.

Beg  Keju


Nyam-nyam.. keju seringkali ditempatkan di dapur, tapi beg ini boleh membuat keju jalan-jalan. Bentuk, warnanya, dan teksturnya sangat keju sekali.

Beg Kucing Tumbal


Melihat bentuk beg ini, Anda pasti ingat dengan film-film suku pedalaman yang mengikat hewan tertentu dengan pose seperti ini. Biasanya haiwan tersebut akan dijadikan tumbal. Dan ternyata.. ide tumbal itu boleh jadi model beg.
Suni

Kafe Barbie dibuka di Taipei, apa yang best kat sini?

0 komen
TAIPEI, Taiwan - Sebuah kafe yang menampilkan tema patung permainan Barbie dibuka di sini semalam.
Syarikat pembuat patung Mattel dari Amerika Syarikat memberi lesen kepada kumpulan Sinlaku untuk membuka restoran itu.
 
Restoran tersebut menyediakan kerusi dan meja yang berwarna merah jambu.Para pelayan wanita turut memakai pakaian seragam yang sama.Kek-kek patung itu turut disediakan untuk para pengunjung.
Patung-patung Barbie juga dipamerkan di restoran tersebut. - AFP
Suni

Tentera AS Cipta Pesawat Canggih, canggihnya

0 komen
TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan.Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut.
 
Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang.Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat.Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros.Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2.
 
Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini.
Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan.
Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu.Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain.

Suni

Apek mengaummm... aummm.. aummm

0 komen
ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.
 
Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha."Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah.
"Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar," jelas Khairul kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.
Enam pemain yang dibelenggu masalah kecederaan ialah Mohd. Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamay, Gary Steven Robbat dan Mohd. Bunyamin Umar.
Mengulas pertemuan menentang Qatar, Khairul sedar kekuatan pasukan lawan itu yang sudah pasti menampilkan hantaran bola tinggi.
 
"Pada pendapat saya, kami harus memberikan perhatian kepada hantaran bola tinggi ketika menentang pasukan seperti Qatar."Ini kerana (hantaran) bola tinggi adalah kelebihan mereka dan apa yang pasti, kami harus memberi cabaran lebih agresif memandangkan pemain-pemain Qatar memiliki fizikal yang lebih tinggi," katanya.Sementara itu, pemain sayap Pahang, Azamuddin Akil mengakui yang dia teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Asia 2015.
 
Azamuddin kini nekad untuk membalas kepercayaan Rajagobal dengan mempamerkan persembahan cemerlang selain berusaha menampung kehilangan pemain sayap lincah Selangor, S. Kunanlan.
"Setiap pemain kini begitu bersungguh untuk bermain dan saya juga sangat teruja kerana ini merupakan aksi Piala Asia pertama saya sepanjang beraksi bersama Harimau Malaya.
"Pada saya, tiada masalah untuk bermain di posisi Kunanlan kerana ketika bersama Pahang, saya sudah biasa beraksi di sayap kiri," katanya.

Suni

Harimau Muda A Menang Lagi, Hebat Juga geng nih...

0 komen
KUALA LUMPUR — Pasukan Harimau Muda A mencatatkan kemenangan kedua dalam Jelajah Australia 2013 apabila mengalahkan kelab Liga Perdana Australia (A-League), Brisbane Lions SC, 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland, Australia, semalam.Skuad Ong Kim Swee bermula dengan aksi agresif sebelum penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketiga sebelum pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-14.
 
Rozaimi Abdul Rahman memastikan kemenangan kedua skuad negara dengan gol kemenangan pada minit ke-39.Sabtu lepas, skuad Harimau Muda A memulakan siri perlawanan persahabatan dengan menumpaskan Palm Beach Sharks, sebuah pasukan A-League, 5-1.Sementara itu, Kim Swee dalam twitternya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak didiknya pada perlawanan berkenaan dan mahu mereka mengekalkan konsistensi dalam menghadapi perlawanan seterusnya.
 
"Keserasian serta pergerakan bertambah baik namun perlu konsisten terutama perlawanan memasuki separuh masa kedua agar tidak hilang rentak," katanya. Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu yang dalam rangka persiapan untuk mempertahanankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini akan menamatkan aksi persahabatan menentang juara Liga-A musim 2011/2012, Brisbane Roar, pada 5 Feb ini.
 
Selepas aksi persahabatan di Australia, skuad Harimau Muda A dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos, dan dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.
Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien (Newspaper Cup) di Vietnam

Suni

Pengadil punya hal

0 komen
Kuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, berpunca daripada kesilapan pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh.

Ia bukan disebabkan provokasi penyerang Selangor, Afiq Azmi atau tindakan pemain Tentera, Shukor Adan menolak kepala Shukur selepas pemain itu enggan keluar padang.
 
Amirul, 27, yang bergelar pengadil antarabangsa sejak tahun lalu menjadikan situasi pada perlawanan itu panas tiba-tiba apabila bertindak melayangkan kad merah kepada Shukur pada minit ke-117, tetapi seminit kemudian selepas menyedari kesilapannya, membenarkan pemain Selangor itu masuk semula ke padang.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata jika pengadil tidak melakukan kesilapan melayangkan kad merah, sudah tentu tidak berlaku pergaduhan.

"Ini berpunca daripada kesilapan pengadil...jika tidak, sudah tentu tiada masalah pergaduhan berlaku dan perlawanan akan berakhir dengan suasana biasa tanpa kira siapa menang atau kalah.

"Lagipun Selangor dan Tentera tak pernah bermusuh dan hubungan kami sebelum ini sememangnya baik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik hasrat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menyelesaikan masalah itu di luar Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
"Saya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Hamidin dan kami bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini secara baik," katanya.
Suni

Ayah berhati setan

0 komen
Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.
Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

"Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.
Suni

iPad jadi laptop

0 komen
SYARIKAT aksesori, ClamCase mengumumkan ClamCase Pro iaitu papan kekunci untuk iPad yang direka semula penuh dengan ciri tambahan dan luar biasa yang pasti menarik perhatian pengguna.
Rekaan di sekelilingnya diperbuat dari bahan aluminium yang menawarkan peranti kelihatan segar, kukuh dan perlindungan tambahan.
ClamCase Pro masih mampu menawarkan rekaan nipis dan ringan yang merubah iPad menjadi seakan laptop kecil.

Spesifikasi LeapPad 2:
PRODUK: ClamCase Pro
HARGA: anggaran RM510
KESESUAIAN: iPad 2,3,4
BATERI: ion litium
MASA PENGGUNAAN: 100 jam
MASA CAS: 120 minit
SAMBUNGAN: bluetooth 4.0
WARNA: putih, perak
DIMENSI: 7.88 x 0.85 x 9.68 inci
Suni

Eja mewah dengan iklan

0 komen
Eja yang ditemui ketika penggambaran itu berkata, berlakon iklan komersial bukanlah perkara baru baginya kerana sebelum menjadi pelakon terkenal lagi dia sudah beraksi dalam beberapa iklan komersial.
"Saya pernah berlakon iklan produk Indonesia bersama Titiek Puspa. Ini termasuk beberapa iklan produk tenusu, kecantikan dan minuman kesihatan. Saya juga adalah seorang model sebelum terbabit dalam dunia lakonan.
"Berlakon drama dan untuk iklan tidak banyak beza, cuma berlakon iklan pendapatannya lumayan kerana bajet untuk pembikinan iklan memang besar. Saya bekerja untuk pembikinan iklan ini dua hari saja iaitu sehari penggambaran untuk media cetak dan sehari lagi untuk media elektronik. Jika terpaksa bekerja lebih masa pun tidak mengapa kerana bayarannya bagus," katanya.

Eja berkata, iklan MeSTI terasa dekat di hatinya kerana sebagai pengguna, dia mahukan makanan yang bersih dan selamat. Bagi dirinya, selepas memiliki anak, dia akan pastikan anaknya mendapat makanan yang berkhasiat.

Melihatkan tubuhnya lebih susut daripada biasa, Eja menjelaskan berat badannya turun tiga kilogram selepas berlakon teater Tun Siti Hasmah baru-baru ini yang pertama kali dilakonnya.

"Selama 16 tahun menjadi pelakon, saya tidak pernah berlakon teater. Tiga bulan saya berkorban untuk pementasan itu hingga saya jatuh sakit kerana tak cukup tidur dan doktor terpaksa menyuntik antibiotik dalam dos yang tinggi.

"Apa pun saya seronok berlakon teater itu, lebih-lebih lagi membawakan watak Tun Siti Hasmah yang disayangi rakyat sehingga kini," katanya yang baru balik bercuti dari Hong Kong bersama suami dan anaknya.
Suni

Baca al-Quran bantu lebih fokus, dapat 10A 1B STAM

0 komen
Kota Bharu: "Amalan membaca al-Quran, berpuasa sunat dan solat hajat membantu saya lebih fokus serta tenang menghadapi peperiksaan," kata pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Wardah Mat Ali, 19, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), semalam.
Wardah memperoleh Mumtaz untuk mata pelajaran Hifz al-Quran dan Tajwid, Fiqh, Tauhid dan Mantiq, Tafsir dan Ulumuhu, Hadith dan Mustolah, Nahu dan Sarf, Adab dan Nusus, 'Arudh dan Qafiyah, dan Balaghah, manakala dalam mata pelajaran Insya' dan Mutala'ah, dia memperoleh Jayyid Jiddan.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut menjadikan contoh kejayaan dua abang dan tiga kakaknya melanjutkan pengajian di Mesir, Madinah dan Maghribi sebagai pendorong dan pembakar semangatnya untuk memperoleh kejayaan.
Berkongsi tips kejayaannya, anak pasangan Mat Ali Ngah, 54, dan Noriah Ismail, 53, dari Kampung Bayam di sini, berkata, dia memberi 100 peratus tumpuan ketika sesi pembelajaran selain kerap bertanya soalan kepada guru jika tidak faham.

"Saya membuat latih tubi bersama rakan dan belajar berkumpulan. Bagi membantu meningkatkan daya ingatan, saya amalkan memakan kismis serta kurma yang sememangnya baik untuk kesihatan," katanya yang memperoleh 10A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia sebelum ini.
Suni

Tablet dan telefon pintar dengan aplikasi Islam.

0 komen
LAMBAKAN pelbagai gajet tidak memberikan kesan kepada pengeluar gajet muslim, My Iman Technologies Sdn. Bhd. (MyIman) yang memulakan operasi sejak 2008.Bermula dengan telefon bimbit dilengkapi 30 juzuk al-Quran model D818, MyIman melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan tablet dan telefon pintar dengan aplikasi Islam. Pengarah Teknikal MyIman, Malik Ma berkata, seperti sebelum ini, pihaknya memastikan produk yang dikeluarkan selaras dengan moto syarikat iaitu berdakwah melalui teknologi.
 
Atas alasan itu, MyIman mengeluarkan tablet D07 pada September tahun lalu dan telefon pintar i6577 pada bulan ini.
Suni

Beli telefon AP, wang dikembali

0 komen
MENGAPA perlu memiliki komputer riba sekiranya semua aplikasi yang diingini pengguna komputer riba boleh dinikmati melalui telefon pintar yang lebih kecil dan ringan?Apatah lagi kewujudan variasi telefon pintar menyaksikan peralatan tersebut menjadi kegilaan masyarakat masa kini, tidak kira usia dari peringkat kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.Jadi, tidak hairanlah dalam keadaan pasaran yang sungguh besar, syarikat penjual telefon bimbit begitu ghairah menjual telefon pintar sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi pengguna.
 
Antara tarikan hebat yang digunakan peniaga adalah menjual telefon pintar pada harga yang jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai lain.Telefon yang dijual boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu yang asli dan Authorized Product (AP).Tidak salah untuk pengguna membeli tetapi yang menjadi kesalahan adalah peniaga tidak jujur dengan menjual telefon yang tidak tulen tetapi didakwa sebagai asli.
Ini yang terjadi kepada seorang pengguna, Aiman Nasir, 21, ketika membeli sebuah telefon pintar jenama Sony Ericsson jenis Xperia di sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Bukit Bintang di ibu negara.
Sebelum pembelian dibuat, penjual telefon itu beberapa kali memberikan jaminan bahawa telefon itu adalah asli dan bukannya jenis AP.
 
Aiman bersetuju membelinya secara tunai pada harga RM850.Bagaimanapun, selepas menggunakannya selama beberapa hari, dia membuat semakan di sebuah syarikat menjual telefon bimbit lain dan mendapati telefon yang baharu dibelinya itu adalah set AP.Dia yang berasa tertipu, pergi semula ke kedai tersebut dan meminta jurujual terbabit menukarkan semula set telefon bimbit itu kepada set asli daripada jenis sama, namun syarikat itu enggan memenuhi permintaannya.
 
Tidak berpuas hati, pelajar itu memfailkan aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Lumpur untuk menuntut ganti rugi daripada syarikat yang menjual telefon tersebut.
Presiden TTPM, Maznah Haron yang mendengar kes itu memerintahkan syarikat Excel Star Telecommunication Enterprise membayar semula RM850 kepada Aiman dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan.
Suni

Penduduk Korea Utara makan anak

0 komen
PYONGYANG 29 Jan. - Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.
Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.
 
Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.
Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.
 
Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.
Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.
Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.
 
Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.
Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau.

Suni
  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!