Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

T-Team turun tanpa kelibat pemain import.. boleh ke?

0 komen
KUALA TERENGGANU — Pasukan berstatus kelab, T-Team tidak akan menurunkan pemain importnya pada aksi sulung menentang Perlis dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.Ketua jurulatih, Peter James Butler berkata, kedua-dua pemain import Caleb Forlan dan George Boateng tidak dapat diturunkan akibat masing-masing mengalami kecederaan.
 
Jelas beliau, mereka akan mempertaruhkan barisan pemain tempatan bagi melayan kunjungan Perlis, bukan memandang rendah terhadap lawan tetapi lebih selesa dengan pemain yang sedia ada.
"Ini adalah perlawanan pertama penting jadi saya buat percaturan akan menurunkan barisan terkuat menentang Perlis untuk meraih kemenangan pertama Piala FA.
"Saya lebih yakin dengan barisan pemain yang diturunkan ini yang diharap mampu merealisasikan impian kita untuk menang perlawan penting ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Bola Sepak "The Titans" di Gong Baru di sini semalam.
 
Butler berkata beliau mempunyai barisan pemain muda yang mampu memikul tanggungjawab apabila beraksi menentang Perlis.
Bagaimanapun, dia masih belum menentukan barisan utama yang akan diturunkan menentang pasukan kendalian Yunus Alif.
"Meskipun, Perlis merupakan pasukan Liga Perdana, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dalam perlawanan pembukaan Piala FA itu kelak.
 
"Senario Piala FA berbeza berbanding Liga Super malah apa-apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Menurutnya, Perlis mempunyai beberapa pemain berbahaya seperti Emmanuel Okine dan Dennis Antwi yang perlu diberi perhatian dalam perlawanan itu.
Katanya, beliau berharap anak buahnya dapat memberi sepenuh tumpuan sepanjang tempoh perlawanan sekali gus meraih kemenangan. — BERNAMA

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!