Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Nak curi kambing ya

0 komen
Kota Bharu: Akibat cuba mencuri kambing milik jiran sekampung di kandang yang dilengkapi penggera dan kamera litar tertutup (CCTV), seorang penjual sayur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly menjatuhkan hukuman itu selepas Sudin Awang, 34, mengaku bersalah dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh dia ditangkap, 20 Januari lalu.

Sudin didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan cuba mencuri kambing milik Muhamad Safri Ramli, 34, di Kampung Paloh Pintu Geng di sini, pada jam 4.56 pagi, 20 Januari lalu.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi penggera yang pasang pada pintu kandang kambing di hadapan rumah.

Mangsa melihat dalam CCTV dan apabila mendapati tertuduh sedang mencungkil pintu kandang kambingnya dengan parang, dia meminta bantuan adik-beradiknya serta penduduk kampung sebelum Sudin ditangkap dan diserah kepada polis.
Dalam rayuannya, Sudin memohon hukuman ringan kerana insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md Zukir memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!