Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

William Yau - Mayat kanak-kanak ditemui di Jeti Sungai Sireh, keluarga William turut dipanggil

0 komen
PELABUHAN KLANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan antara enam hingga tujuh tahun ditemui tersangkut di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau dekat sini, petang tadi.Mayat yang belum diketahui identitinya itu ditemui masih berkemeja T kolar bulat dengan tulisan 'Active Group, Best Team' berwarna jingga kekuningan. Ketika ditemui orang awam kira-kira jam 6.30 petang tadi, mayat itu memakai seluar pendek yang sama warna dengan bajunya dan dalam keadaan tidak memakai kasut.

Difahamkan sehingga jam 12 tengah malam, polis sedang melakukan siasatan bagi menentukan adakah mayat itu William Yau Zhen Zhong, iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof, berkata pihaknya masih belum mengetahui identiti mangsa selain kecederaan yang dialaminya.

Katanya, keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan menyukarkan pengecamannya.

"Polis percaya mangsa adalah warga tempatan dan berkulit putih.
"Setakat ini siasatan ke atas badan mangsa, tidak menemui sebarang kesan jenayah dan percaya mangsa sudah beberapa hari terendam di dalam air," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), malam tadi.

Mohamad berkata, proses DNA akan dijalankan dan keluarga William turut akan dipanggil untuk menjalani proses yang sama.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!