Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kawah tasik purba di Marikh

0 komen
Washington: Sebuah kapal angkasa milik Amerika Syarikat yang mengorbit planet Marikh menemui bukti kewujudan sebuah kawah tasik purba mengandungi air bawah tanah.Penemuan ini sekali gus menyokong teori bahawa Planet Merah itu mungkin satu ketika dulu pernah didiami hidupan, kata Agensi Angakasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin
Data spektrometer dari Pengorbit Tinjauan Marikh NASA (MRO) menunjukkan kesan karbonat dan mineral tanah liat biasanya terbentuk dengan kehadiran air di bawah Kawah McLaughlin sedalam 2.2 kilometer itu.

Pemantauan baru itu mencadangkan pembentukan karbonat dan tanah liat di dalam sebuah tasik diisi air bawah tanah dalam lembangan kawah, kata NASA berhubung penemuan itu yang diterbitkan edisi online Nature Geoscience.

Sesetengah penyelidik mengatakan bahagian dalam kawah menadah air, kata agensi angkasa lepas itu, menambah bahawa zon bawah tanah yang menyalurkan air mungkin menjadi persekitaran lembap dan habitat potensi.

Kawah itu kekurangan saluran dalaman besar, jadi tasik itu kemungkinan diisi air bawah tanah, kata saintis.

Pemantauan terbaru menyediakan bukti terbaik pembentukan karbonat dalam persekitaran tasik bukannya dialirkan ke dalam kawah dari luar, kata penulis utama jurnal, Joseph Michalski,
Kawah dengan lebar 91.73 kilometer itu terletak pada hujung satu cerun beberapa ratus kilometer panjang dan sama seperti bumi, tasik diisi air bawah tanah itu terletak di paras rendah.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!