Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Laung azan panik lihat pusaran angin

0 komen
Mersing: Dalam ketakutan dan panik, saya hanya mampu melaungkan azan sekuat hati, sejurus melihat pusaran angin kencang dari arah laut, sedang menghala ke arah surau. Sejurus azan berakhir, saya nampak pusaran angin itu bertukar arah menghala ke Blok B sebelum menerbangkan sebahagian bumbung bangunan itu dan garaj di situ, kata pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing (SMKM), Sapie Rahmat.
 
Sapie, 43, berkata ketika kejadian jam 7.50 malam kelmarin, beliau sedang bertugas sendirian di pondok pengawal sekolah itu sebelum menyedari pergerakan pusaran angin kencang itu.


Akibat kejadian itu, kerosakan bumbung yang dialami menyebabkan beberapa bilik pentadbiran dan perpustakaan di sekolah itu dimasuki hujan lebat.

Kejadian itu menyebabkan kelengkapan dan harta sekolah yang ada dalam bilik berkenaan termasuk komputer, mesin cetak, bahan bacaan di perpustakaan rosak selain bekalan elektrik terputus, katanya mengimbas kembali angin kencang yang melanda selama kira-kira 10 minit itu.

Pegawai Pelajaran Daerah, Md Jais Samat, yang mengesahkan kejadian itu, berkata sebaik menerima maklumat kejadian itu, beliau menugaskan seorang pegawainya ke lokasi.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!