Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Tablet dan telefon pintar dengan aplikasi Islam.

0 komen
LAMBAKAN pelbagai gajet tidak memberikan kesan kepada pengeluar gajet muslim, My Iman Technologies Sdn. Bhd. (MyIman) yang memulakan operasi sejak 2008.Bermula dengan telefon bimbit dilengkapi 30 juzuk al-Quran model D818, MyIman melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan tablet dan telefon pintar dengan aplikasi Islam. Pengarah Teknikal MyIman, Malik Ma berkata, seperti sebelum ini, pihaknya memastikan produk yang dikeluarkan selaras dengan moto syarikat iaitu berdakwah melalui teknologi.
 
Atas alasan itu, MyIman mengeluarkan tablet D07 pada September tahun lalu dan telefon pintar i6577 pada bulan ini.
"Kedua-dua gajet ini lengkap dengan aplikasi Islam seperti bacaan Al-Quran 30 juzuk dengan empat pilihan qari bagi tablet dan seorang qari bagi telefon pintar," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Malah pengguna juga boleh melihat teks berwarna Rasm Uthmani seiring dengan bacaan Al-Quran bagi kedua-dua gajet.
Selain itu pengguna boleh melihat terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia dan 20 bahasa lain.
 
Lebih menarik, tablet dan telefon pintar MyIman dilengkapi dengan 11 kitab Hadis Matan Arab serta terjemahan sahih muslim dalam bahasa Indonesia dan Al-Bayan dalam Bahasa Malaysia.
"Kedua-duanya juga dilengkapi dengan waktu solat, azan dan arah kiblat secara manual," katanya.
Amat membanggakan, aplikasi Islam syarikat ini mendapat pengesahan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Malik berkata, fungsi tablet MyIman semuanya sama dengan telefon pintar hanya pengguna tablet tidak boleh membuat panggilan.
 
Tablet yang dilengkapi dengan WiFi membolehkan pengguna melayari Internet malah dengan adanya sambungan HDMI, mereka boleh menonton apa yang dilayari misalnya YouTube di kaca televisyen.
"Permintaan pasaran tablet amat menggalakkan bukan saja di kalangan remaja bahkan warga emas kerana lebih mudah membawa gajet comel ini ke surau atau masjid," katanya.
Malik menambah, sebagai satu cara menghargai pelanggan setia MyIman, pihaknya memberikan rebat sebanyak RM99 bagi pembelian tablet dan telefon pintar apabila mereka membawa telefon MyIman model D818.
 
Pembeli tablet dan telefon pintar akan mendapat sarung dan pelindung skrin percuma.
Selain tablet dan telefon pintar, MyIman juga mempunyai tiga pakej pen pintar membaca iaitu:
 
1. Pakej Asas yang terdiri daripada pen, empat buah buku Bahasa Malaysia, lima buah buku Bahasa Inggeris dan tiga buah buku Bahasa Arab.
2. My First Factbook iaitu pen dan 10 buah buku My First Factbook.
3. Iqra MyIman iaitu pen, lima buku Iqra, satu buku Juz Amma dan empat buku perbualan Bahasa Arab.
 
Setiap pakej akan menerima pen MyIman dan senaskah Al-Quran 30 juzuk.
Pen MyIman yang boleh membaca apabila diletakkan di atas buku serta Al-Quran yang dibekalkan.
"Pen pintar ini mempunyai kamera dan boleh membaca di atas kertas yang telah dikodkan," kata Malik.
Pen ini boleh digunakan pada semua produk buku dan Al-Quran MyIman mempunyai fungsi mp3 bukan saja sesuai bagi orang dewasa untuk membaca al-Quran tetapi juga kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas.
 
Semua pakej ini berharga RM300 dan pembeli mendapat sebuah al-Quran 30 juzuk percuma yang boleh dibaca menggunakan pen pintar.
Mereka yang berminat boleh membeli secara ansuran tertangguh enam atau 12 bulan tanpa riba atas pemegang kad kredit Bank Islam.
 
Pemegang Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia, Kad Skuad Pengguna, Kad Malaysia Previlage, Kad Pesara Tentera dan Kad Orang Kurang Upaya boleh mendapatkan diskaun 20 peratus bagi pakej pen dan 15 peratus bagi tablet dan telefon pintar.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk MyIman boleh melayari laman web www.myiman.net atau telefon 03-41497707

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!