Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

‘Apple tak tiru paten Samsung’

0 komen
Washington: Seorang hakim di Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) mendapati Apple tidak melanggar paten yang dimiliki Samsung Electronics dalam pembuatan iPod touch, iPhone dan iPad dalam satu keputusan awal Jumaat lalu.

Apple dan Samsung kini membawa kes pertikaian paten antara satu sama lain dalam 10 negara berbeza ketika mereka cuba mendapatkan penguasaan pasaran dalam industri mudah alih yang kian meningkat.
Bayar ganti rugi

Apple memenangi kes yang pertama seumpamanya bulan lalu apabila juri Amerika Syarikat mendapati firma Korea Selatan meniru ciri penting dalam iPhone dan memberikan Apple AS$1.5 bilion (RM4.56 bilion) sebagai ganti rugi.

Hakim ITC, James Gildea berkata Jumaat lalu bahawa Apple tidak melanggar empat paten dalam kes berkenaan. Samsung menuduh Apple melanggar paten dalam satu tindakan yang difailkan pada pertengahan 2011. Ia memohon supaya produk yang melanggar hak paten itu dilarang dijual di Amerika Syarikat.

Keputusan penuh suruhanjaya itu dijadualkan memberi keputusan untuk mengekalkan atau menukar keputusan dalaman hakim pada Januari lalu.

"Kami kekal yakin bahawa keputusan penuh suruhanjaya akan menemui penentuan muktamad yang mengukuhkan kedudukan kami bahawa Apple mesti bertanggungjawab kerana menggunakan inovasi teknologi kami tanpa kebenaran," kata Samsung dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Apple tidak memberikan maklum balas segera terhadap perkara itu. Paten yang dimaksudkan ialah teknologi 3G tanpa wayar, format data untuk penghantaran fail berkelajuan tinggi, dan gabungan fungsi seperti pelayaran laman web melalui fungsi telefon bimbit.

Tuduh Samsung

Apple turut mempunyai tuntutan sama terhadap Samsung di ITC, menuduh Samsung, sebagai salah satu pembekal cip terbesarnya dan juga pesaing global, secara sengaja meniru iPhones dan iPad. Keputusan awal bagi tuntutan itu pula dijadualkan pada pertengahan Oktober.

Samsung adalah pembuat telefon bimbit dengan jualan tertinggi pada suku kedua 2012, dengan Apple pada kedudukan ketiga, menurut data daripada Gartner Inc.

Tablet skrin sesentuh Samsung Galaxy disifatkan ramai sebagai pesaing utama kepada iPad, walaupun jauh berbeza dengan peranti Apple.

Apple memulakan peperangan paten di peringkat antarabangsa sejak 2010 ketika syarikat itu cuba menyekat pertumbuhan sistem Andriod Google. Pertikaian itu membabitkan Samsung, HTC dan syarikat lain yang turut menggunakan Android. REUTERS

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!