Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Umat Islam diminta solat hajat hadapi isu penghinaan agama

0 komen
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran menunaikan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem 'Innocence of Muslims'.

Sehubungan itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam ASEAN meminta Masjid Negara supaya dapat mengetuai bacaan Yasin, Zikir dan solat hajat disusuli khutbah khas mengenai isu serangan dan propanganda jahat pihak tidak bertangungjawab terhadap Islam.
"Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukan kekuatan dan perpaduan kita dalam menghadapi isu ini bersama iaitu melalui doa yang disifatkan sebagai 'senjata mukmin'," kata IKIAM dalam kenyataan di sini, hari ini.

Filem itu yang disiar dalam laman Youtube pada 11 September lalu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia menghina Islam khususnya Nabi Muhammad SAW.

Filem itu turut dikutuk Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja Sedunia berkata filem itu "satu penghinaan kepada agama Islam". - BERNAMA

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!