Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kurang mendapat peluang pendedahan di luar negara menghalang lebih ramai pemain mengikut jejak langkah Safee Sali atau Mohd. Nazmi Faiz

0 komen
KUALA LUMPUR - Kurang mendapat peluang pendedahan di luar negara menghalang lebih ramai pemain mengikut jejak langkah Safee Sali atau Mohd. Nazmi Faiz.
Malah, ada pemain yang menolak tanggapan mereka tidak pandai menjual bakat dan tidak memiliki rekod biodata.
Ini diluahkan oleh pemain bek kiri kebangsaan dan Selangor, Asraruddin Putra Omar yang merasakan mereka perlu diberikan lebih banyak lagi ujian pemilihan di luar negara bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan antarabangsa.
 
Sepanjang bergelar pemain profesional, saya lihat pemain di negara ini tidak banyak mendapat peluang bermain di luar negara (peringkat kelab).
Ia menyukarkan sedikit peluang kami yang mahu mengembangkan karier ke luar negara memandangkan kualiti pemain yang dimahukan banyak kelab jelas begitu tinggi, bukan sesuatu yang mudah buat para pemain di sini," katanya.
 
Pemain berusia 24 tahun itu pernah menjalani pemilihan bersama kelab terkemuka Belanda, PSV Eindhoven pada tahun November 2007, namun gagal mendapat tempat dan terbaru dia dikhabarkan telah menarik minat kelab Internacional FC dari Divisyen Lima Sepanyol.
Pada masa sama, Asraruddin menjelaskan, pemain di negara ini tidak ketinggalan jauh daripada segi teknik jika hendak dibandingkan dengan pemain lain.
Saya tidak fikir aspek skil dan teknik permainan, kita terlalu ketinggalan dengan negara-negara lain cuma beberapa perkara seperti ketangkasan fizikal menjadi halangan kita bermain di pentas tertinggi.
 
Oleh itu, para pemain muda seperti hari ini perlu diterapkan dengan amalan sains sukan agar boleh mempunyai satu pakej yang lengkap terutama dari segi fizikal bagi bersaing di pentas luar negara, " katanya.
Sementara itu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, dia sama sekali tidak akan berfikir panjang jika memperoleh tawaran beraksi di luar negara walaupun sedar beberapa cabaran perlu dilalui apabila berada di tempat orang.
Jika ada tawaran, saya pasti akan pergi kerana mahu menambah pengalaman dan mengembangkan karier sebagai pemain profesional.
Masalah perbezaan cuaca, pemakanan atau budaya adalah perkara kecil, saya rasa itu bukan satu masalah besar yang patut dijadikan isu," kata pemain Kelantan ini yang lebih dikenali dengan nama Apek di kalangan peminat.
 
Jelas Apek, buat masa sekarang dia masih belum didekati mana-mana ejen pemain untuk bermain di luar negara.
Tidak, masih belum ada sesiapa yang mengemukakan tawaran rasmi setakat hari ini namun seperti mana yang saya perkatakan, saya bersedia mendengar apa jua peluang yang mahu diberikan," katanya.
Apek difahamkan pernah menarik perhatian beberapa kelab di Jepun selepas mempamerkan aksi cemerlang semasa membantu Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka pada perlawanan Kumpulan C pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012, namun tiada sebarang tawaran rasmi diberikan kepada Kelantan.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!