Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Denda Maksimum RM2,000 Bagi Kesalahan Jalan Raya Dalam Pindaan Akta Pengangkutan Jalan

0 komen
KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kadar penalti yang lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas, selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.
Perkara itu adalah antara yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang antara lain mencadangkan tindakan yang lebih tegas diambil bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan kadar denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.
Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, di sini, hari ini dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.
Pindaan kepada subseksyen 79(2) bertujuan menetapkan denda minimum RM300 dan menaikkan kadar maksimum penalti sehingga RM2,000 dikenakan kepada mana-mana pemandu atau pejalan kaki yang didapati mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas yang diberikan oleh seseorang pegawai polis berpakaian seragam atau seseorang warden lalu lintas yang sedang mengawal selia lalu lintas di suatu jalan.
 
Menurut akta asal, seseorang yang melakukan kesalahan serupa hanya boleh didenda tidak lebih RM500.
Pindaan pada subseksyen 26(2) rang undang-undang itu pula bertujuan menetapkan kadar minimum penalti RM300 dan kadar maksimum denda bagi kesalahan memandu tanpa lesen, dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 yang ditetapkan sebelum ini, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
 
Kadar penalti serupa turut dicadangkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40(1).  Menurut akta asal, seseorang pemandu yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen itu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 apabila disabit kesalahan.
Rang undang-undang itu juga bertujuan memasukkan takrif baru "basikal elektrik", yang bererti sikal dengan bantuan kayuh yang dilengkapi dengan motor elektrik sokongan yang mempunyai kuasa berkadar berterusan yang maksimum 0.25kW, dengan outputnya berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang sikal berhenti mengayuh.
Pindaan akta itu juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 76A bagi mengadakan peruntukan baru mengenai belok kiri dibenarkan.
Peruntukan baru itu bertujuan membenarkan mana-mana pemandu kenderaan bermotor untuk membelok ke kiri di simpang lalu lintas, di mana terdapat isyarat yang membenarkan belok kiri, setelah memastikan selamat untuk berbuat demikian.
Bagi maksud subseksyen itu, menteri yang bertanggungjawab boleh menetapkan kaedah-kaedah tertentu berhubung pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas di mana belok kiri dibenarkan.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen itu atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen berhubung dengan belok kiri dibenarkan, adalah melakukan kesalahan  dan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!