HARI Raya Aidilfitri  menjelma lagi. Justeru, tidak hairanlah jika   sebahagian besar umat Islam di negara ini sibuk membuat persiapan bagi  memastikan  kediaman sentiasa ceria dalam menyambut kehadiran tetamu-tetamu pada  pagi lebaran.Ada yang merancang menukar perabot baharu, tidak kurang juga yang  berkira-kira mahu 
menukar langsir, permaidani, lampu hiasan dan sebagainya.Bagi yang mempunyai bajet lebih mungkin mempunyai perancangan untuk mengecat  rumah  tahun ini.
 
Bagaimanapun disebabkan terlalu banyak pilihan warna yang tersedia pasti  menyulitkan untuk membuat pilihan terbaik dan sesuai untuk kediaman.Lima temaMenyedari   hakikat itu, Duta Jenama Dulux Paint, Eric Leong baru-baru ini  berkongsi trend pilihan warna kepada pelanggan yang mahu suasana baharu untuk  kediaman tetapi tidak tahu di mana harus bermula.
 
 
 
 
Katanya, perkara asas yang harus ditekankan oleh setiap pemilik kediaman  ialah  menentukan gaya hiasan dengan mengambil kira corak kehidupan mereka seisi  keluarga."Misalnya, warna-warna bumi Family Home diinspirasi daripada palet Home  Factor sesuai bagi golongan berkeluarga yang mahukan suasana ringkas dan tidak  terlalu menonjol," katanya.
 
Jelas Eric, bagi golongan bujang,  beliau menyarankan tema Mostly Masculine  yang diinspirasikan daripada palet Switching Off.
 
"Ketenangan rona dalam tema ini sememangnya mendamaikan. Dengan barisan palet  yang mengunjur daripada kelabu indah ke biru mewah, ia menyerlahkan kesempurnaan  untuk   gaya kemas, moden dan melambangkan cita rasa tinggi.
 
"Bagi pasangan baru berkahwin,  disarankan menggunakan tema Newly Weds  daripada  palet Visual Solace yang menggabungkan warna-warna pastel lembut bagi  memberikan suasana romantik, anggun dan ringkas,"ujarnya.Tambah Eric, pemilihan tema dan warna yang sesuai penting kerana ia mampu  memberikan kesan tertentu pada ruangan, memperkuatkan hiasan dalaman dan  menonjolkan keseluruhan ruangan yang ada.
 
 
 
Justeru katanya, sebelum 
mengecat rumah dan mengatur dekorasi hiasan dalaman,  pelanggan perlu memahami makna dan pengaruh setiap warna terhadap karakter diri  mereka."Warna bukan saja menyerlahkan ruang dalaman malah dapat menghasilkan  persekitaran yang ceria, kreatif dan penuh ketenangan."Ia bukan saja menggambarkan personaliti pemiliknya malah mampu menambahkan  nilai estetika sesebuah kediaman," ujarnya.
 
Jelas Eric, sekiranya pelanggan tidak gemar bereksperimentasi dengan  warna-warna dinding rumah, mereka boleh memilih jalan selamat dengan bermain  dengan warna aksesori, kemasan dan perabot.
"Misalnya, pasu berwarna hijau zaitun dan langsir   bercorak kelabu asap di  ruang tamu. 
 
"Bahagian sofa atau meja makan pula  dimeriahkan dengan penggunaan kusyen  atau skaf besar berwarna-warni pastinya memberikan elemen berbeza berbanding  sebelumnya," katanya.Bagi pelanggan yang masih ragu-ragu dengan pilihan mereka bolehlah  mendapatkan perkhidmatan perundingan warna Dulux melalui e-mel, telefon atau  berkunjung sendiri ke pejabat akzonobel berhampiran.