Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

‘MotoGP bosan’

0 komen
JUARA dunia sembilan kali, Valentino Rossi meng�anggap perlumbaan MotoGP sebagai "membosankan" dan meminta dilakukan perubahan segera terhadap sukan itu.
"Kini adalah saat terburuk dalam MotoGP sejak saya menyertainya pada 2000," kata Rossi.
"Ini adalah saat paling membosankan. Perlumbaan agak teruk dan adalah amat sukar untuk terus mengikuti perlumbaan."

Penunggang Sepanyol, Jorge� Lorenzo dan Dani Pedrosa mendominasi kejuaraan tahun ini, memenangi 12 daripada 16 perlumbaan di antara dua pelumba itu setakat ini.

Juara bertahan, Casey Stoner, yang bersara pada usia 27 tahun bulan depan, adalah seorang lagi pelumba yang menang musim ini dan juara dunia MotoGP tujuh kali, Rossi percaya sukan itu memerlukan perubahan.

"Anda lihat saja Moto3, perlumbaannya amat menarik, Moto2 pula fantastik dan kemudian MotoGP membosankan. Jadi mereka perlu mengubah produk ini."

Rossi, 33, berkata dia berharap dapat menemui semula rentak kemenangan musim depan bersama Yamaha.

Dia merangkul empat kejuaraan dunia bersama Yamaha sebelum berhijrah ke Ducati pada hujung 2010, namun tidak menang dalam 37 perlumbaan terakhir.

"Ini bukanlah masanya dalam karier saya untuk bergelut setiap hujung minggu seperti ini," kata Rossi, yang hanya meraih tiga penamat podium dalam dua musim bersama Ducati dengan kemena�ngan terakhirnya di Malaysia pada 2010.

"Ia sukar tapi saya fikir, saya berpotensi untuk memenangi beberapa perlumbaan tahun depan.

"Ia satu impian, ia pertaruhan yang hebat dan penting untuk cuba menang bersama Ducati tapi sayangnya kami gagal mencari jalan. Ia dua musim yang amat sukar buat saya.

"Kami mencuba banyak perkara tapi kami tidak pernah berjaya mengatasi masalah itu. Kami melalui beberapa perlumbaan dan meraih keputusan yang bagus tapi tidak seperti yang diharapkan. Kami kalah pertaruhan ini."

Rossi menjadi penunggang kedua dalam pasukan Yamaha musim depan ketika bakal rakan sepasukannya, Lorenzo, semakin hampir memenangi kejuaraan keduanya musim ini.

"Saya sudah berusia dan tidak tahu berapa tahun lagi boleh terus bersaing dalam MotoGP, jadi saya perlu berlumba dengan jentera terbaik," kata Rossi.

"Mujurlah ketika karier saya, saya sudah memenangi banyak perlumbaan jadi saya tidak perlu bimbang mengenai motivasi.

"Saya perlu tiba di litar setiap hujung minggu dengan peluang untuk merebut kemenangan. Ia pasti sukar tapi itulah sebabnya saya berpindah pasukan."

Rossi memenangi kejuaraan 125cc dunia pada 1997 dan 250cc pada 1999 sebelum beralih ke MotoGP dan dia memenangi tujuh kejuaraan dunia antara 2001 hingga 2009.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!