Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Pemuda Pas, Umno sokong kerjasama

0 komen
ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah mengharapkan kerjasama lebih luas dapat dijalinkan dengan Pemuda Umno yang bukan sahaja melibatkan isu penyelewengan ekonomi tetapi merangkumi soal akidah.
Ketuanya, Ahmad Yahya ketika menyambut baik pelawaan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim untuk bekerjasama membela nasib rakyat di negeri ini.
 
Menurutnya, berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang untuk menentukan bentuk kerjasama yang bersesuaian dapat digunapakai dalam memastikan matlamat menyelesaikan sesuatu isu dicapai.
"Kita tidak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin selepas ini boleh bekerjasama dari segi membuat laporan polis bersama-sama sesuatu isu yang berbangkit berpandukan kepada hasil laporan audit.
"Namun kerjasama itu bukan setakat menggesa siasat penyelewengan berlaku semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sahaja tetapi ketika Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu kerana kita juga menimbang untuk melaporkan perkara itu," katanya.
 
Isu penyelewengan pengurusan perumahan awam kos rendah (PAKR)
 
Beliau mahu siasatan terperinci dilakukan segera terhadap isu penyelewengan pengurusan perumahan awam kos rendah (PAKR) di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Menurutnya, Pemuda Pas turut mencadangkan kerjasama lebih erat dijalinkan di peringkat pusat agar siasatan terperinci dilakukan terhadap penyelewengan wang rakyat yang berlaku di semua peringkat.
"Bukan sahaja membabitkan soal ekonomi tetapi kita perlu bekerjasama berhadapan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang  mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak berasas mengenai hukum Islam demi menjaga akidah umat Islam.
"Namun sehingga kini Pemuda Umno sendiri masih berdiam diri terhadap dakwaan Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan," katanya.
 
Beliau mengulas kenyataan Badrol Hisham yang menyambut baik tindakan Pemuda Pas Kuala Kedah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahannya mengenai PAKR dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Dalam pada itu, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap usaha Pemuda Pas Kuala Kedah membuat laporan kepada polis, SPRM dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) berhubung isu penyelewengan PAKR.
 
Pemimpin Islam bangun mempertahankan isu Islam
 
"Kita tidak mahu pihak yang melakukan kesalahan menggunakan wang rakyat dibiarkan sewenangnya bebas tanpa diambil sebarang tindakan mengikut saluran undang-undang," katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah bersama jawatankuasa membuat laporan polis dan SPRM serta menyerahkan salinan laporan kepada
Pengerusi PAC, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat membidas tindakan beberapa pemimpin politik bukan Melayu yang membangkitkan isu Islam yang disifatkannya tidak sesuai kerana mereka kurang memahami hukum hakam Islam.
 
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Islam bangun mempertahankan isu Islam dan tidak membiarkannya dipermainkan oleh orang bukan Islam kerana ia adalah isu yang sensitif.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!