Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

T-Team pikat Fowler

0 komen
JIKA tiada aral melintang, legenda bola sepak Liverpool, Robbie Fowler (gambar) akan menyertai pasukan T-Team.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rundingan dengan bekas penyerang Liverpool itu sedang berjalan dan sekiranya tiada halangan, penjaring 183 gol Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi pemain merangkap jurulatih T-Team musim depan.

Ahmad berkata, beliau dimaklumkan pemain berusia 37 tahun yang menjadi pemain dan jurulatih kelab Muangthong United di Thailand musim ini, berminat untuk menyarung jersi hitam putih T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu.
"Namun seperti pemain import lain juga, T-Team mesti memastikan Fowler masih cergas sepenuhnya dan bukannya mengambil kira nama besarnya semasa bermain di Liga Perdana Inggeris.

"Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, Fowler akan datang menyertai sesi ujian dan keputusan sama ada untuk mengambilnya atau tidak akan dibuat selepas itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Fowler mula menyertai pasukan remaja Liverpool pada 1984 sebelum diserapkan ke dalam pasukan utama sembilan tahun kemudian dan dia meninggalkan kelab itu pada 2001.
Sepanjang kerjayanya bersama Liverpool, Fowler menjaringkan 183 gol dengan 128 daripadanya dihasilkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas meninggalkan Liverpool, Fowler mencuba nasib dengan kelab Leeds United dan Manchester City namun pada 2006, penyerang berbisa itu kembali menyarung jersi Liverpool selama dua musim.

Dia kemudian membawa diri ke Australia dan bermain 26 kali untuk North Queensland Fury dan 28 kali bersama Perth Glory sebelum menuju ke Nonthaburi, Thailand untuk menyertai kelab Muangthong United sebagai pemain dan jurulatih.
Ahmad berkata, pada musim Liga Super akan datang, hanya seorang saja diberikan tanggungjawab sebagai pengurus dan jurulatih dengan harapan langkah itu akan membawa kebaikan dari segi pengurusan dan prestasi kelab.

"T-Team akan mengikut cara pasukan Liga Inggeris yang mempunyai satu ketua saja sebagai pengurus dan ketua jurulatih," katanya.

Beliau percaya sekiranya Fowler menyertai T-Team, lebih ramai peminat bola sepak di negeri ini bakal menjadi penyokong kelab itu.

"T-Team juga sedang mencari pemain import lain yang berkualiti dengan seorang daripadanya ialah Derek Boateng," katanya.

Boateng, 29, yang juga pemain tengah antarabangsa Ghana beraksi bersama kelab Dnipro di Ukraine dan dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Fulham.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu perlu menyelesaikan sendiri masalah yang melanda persatuan itu.

"Mereka perlu membuat keputusan mengenai status Peter Butler sebagai ketua jurulatih selepas FAM menarik balik penggantungan dan penamatan kontraknya.

"Namun saya diberitahu yang semua itu akan diputuskan dan diselesaikan dalam masa satu atau dua minggu lagi," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!