Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Cita-cita global Huawei ditimpa mendung

0 komen
BEIJING: Syarikat gergasi teknologi China, Huawei yang berhasrat menjadi jenama global untuk bersaing dengan Apple dan Samsung berdepan tamparan hebat apabila laporan Amerika Syarikat mendakwa syarikat diasaskan oleh bekas askar China itu mencetuskan ancaman pengintipan.

Huawei diasaskan pada 1987 oleh bekas jurutera Tentera Pembebasan Rakyat, Ren Zhengfei dan berkembang menjadi pembekal rangkaian infrastruktur kedua terbesar di dunia selepas Ericsson.
Ren, tokoh yang suka berahsia dan sering menolak untuk wawancara media, menubuhkan Huawei dengan model hanya beberapa ribu dolar dan membina empayar bernilai AS$32 bilion.


Huawei disebut-sebut sebagai syarikat pembekal berpotensi yang mewakili nafas baru global mewakili syarikat disegani China pada ketika Beijing berusaha melakukan transformasi daripada ekonomi berasaskan buruh intensif kepada pemain utama berteknologi tinggi.

Bagaimanapun, tamparan terbaru itu dan paling memusnahkan impian berkenaan iaitu draf laporan oleh Jawantakuasa Dewan Perisikan mendapati penyiasatan selama setahun menyimpulkan bahawa Huawei mencetuskan ancaman keselamatan terhadap Amerika Syarikat.

Laporan itu yang turut menamakan firma telekom China, ZTE, mengesyorkan supaya kedua-dua syarikat berkenaan dihalang daripada mendapat kontrak di Amerika Syarikat.

Namun kedua-dua firma berkenaan menafikan dakwaan terbabit.
Isu terbabit berakar umbi daripada kesangsian yang wujud di antara AS dan China memandangkan republik itu muncul sebagai kuasa global menyebabkan kebimbangan terhadap Washington berikutan niat rahsia kerajaan satu parti China dan kekuatan ketenteraan yang semakin berkembang.

Pegawai pertahanan AS berkali-kali memberi amaran bahawa China sedang mengukuhkan kekuatan peperangan siber, umpamanya melumpuhkan sistem maklumat penting AS.

Dalam pada itu, China dilabel sebagai sumber utama penggodam komputer dan serangan siber walaupun Beijing menafikan sebarang pembabitan.

Sehubungan itu, kebimbangan Amerika Syarikat dan negara lain adalah Huawei akan membenarkan platformnya dimanipulasi oleh kerajaan China.

"Laporan ini adalah lebih daripada latihan untuk menyingkirkan China dan memperdaya hak untuk berlindung," kata jurucakap AS, Plummer William kepada pemberita.

Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa Huawei, Roland Sladek berkata, pasaran AS adalah penting untuk semua firma telekomunikasi yang bercita-cita untuk berkembang.

"Pasaran AS bukan hanya penting kerana ia adalah kunci kepada pasaran telekomunikasi tetapi juga penting terlalu banyak inovasi berlaku," katanya menerusi perbualan telefon dari bandar Shenzhen, ibu pejabat syarikat itu.

Huawei dipaksa supaya menarik diri daripada beberapa pelaburan di Amerika Utara di tengah-tengah tekanan Washington, manakala Australia pada awal tahun ini menyekat syarikat China itu daripada membida kontrak bagi projek rangkaian jalur lebar.

Kerajaan Eropah juga berkongsi kebimbangan berkenaan namun menemui jalan penyelesaian untuk berurusniaga. Pegawai British, sebagai contoh, meneliti kod sumber syarikat bagi memastikan peralatan beroperasi dengan sempurna.

"Ini akan memberi kesan ke atas operasi mereka di beberapa rantau terutamanya di Eropah dan pasaran AS," kata Liang Xiao, seorang penganalisis IT di CCID Consulting Beijing ketika mengulas mengenai kedua-dua firma telekom, Huawei dan ZTE.

"Eropah dan AS sangat sensitif dengan kesan potensi syarikat telekom yang dimiliki syarikat telekomunikasi asing terhadap sistem keselamatan negara mereka."

Cita-cita Huawei tidak terhad kepada produk antaranya pelayan dan perisian aplikasi yang digunakan untuk membina rangkaian telefon mudah alih dan kini, ia beralih kepada telefon pintar berprofil tinggi yang kini dikuasai Apple dan Samsung Electronics.

Ren meneydiakan wawasan strategik kepada syarikat itu sambil operasi harian dikendalikan lembaga pengarahnya, kata Sladek kepada AFP, sambil menyifatkan ketuanya sebagai "usahawan tulen".

Dalam surat yang diterbitkan pada April lalu menerusi laporan tahunan Huawei - salah satu langkah syarikat itu ialah supaya lebih berfikiran terbuka.

Ren menyamakan sistem penggiliran jawatan ketua eksekutif seperti jatuh dan bangun dinasti China.

"Malah jika kita gagal, kita tidak akan menyesal dengan pilihan kami kerana kita berjaya membuka jejak baru," katanya. - Agensi

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!