Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Gambar gadis lari bersama teman lelaki

0 komen
 
Angah dipercayai hilang.
PASIR GUDANG – "Mak jangan susah hati.. Angah kat sini sihat.. Bulan empat nanti Angah balik..," begitulah antara pesanan terakhir seorang gadis ketika dihubungi ibunya selepas tiga hari tidak pulang ke rumah.
Ibu gadis berkenaan, Rosmah Abdul Kadir, 49, berkata, bagaimanapun sehingga kini anak perempuannya, Siti Nur Shafiqah Abdul Ghani, 19, atau lebih mesra dipanggil Angah tidak juga pulang, malah gagal dihubungi.
Menurutnya, hanya air mata yang menemani setiap kali terpandang masakan kegemaran Angah iaitu asam pedas dan rojak kerana entah bila anak kesayangannya itu akan kembali.
"Angah memang rapat dengan saya kerana dia anak perempuan tunggal daripada empat beradik. Saya bimbangkan keselamatan dia, entah sihat ke tidak berjauhan kerana kami tidak pernah berpisah.
"Sebelum Angah menghilangkan diri, dia ada bertanya dengan saya boleh ke tidak sekiranya dia bekerja di luar daripada negeri ini dan pulang setahun sekali, tetapi saya tidak benarkan kerana dak sanggup berjauhan dengannya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Megah Ria, di sini, semalam.
Sementara itu, bapanya, Abdul Ghani Md Yasin, 44, berkata, Angah kali terakhir ditemui pada 19 Mac lepas ketika keluar ke tempat kerja di Taman Ungku Mohsin berpakaian baju kebaya hijau.
Menurutnya, gerak hatinya kuat mengatakan Angah mengikut teman lelakinya yang juga sudah beristeri dua dan berasal dari Sabah. Abdul Ghani berkata, lelaki yang dikenali sebagai Nazrul itu ada menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memberitahu dia ada bersama Angah.
"Saya memang tahu Angah berkawan dengan lelaki ini, malah saya pernah memberitahunya supaya menceraikan isteri-isterinya sekiranya ingin berkahwin dengan anak saya.
"Pada mulanya dia memberitahu ada di Kuala Lumpur, tetapi pada 20 Mac selepas membuat semakan dengan syarikat penerbangan, saya mendapat maklumat mereka berdua telah ke Labuan dari KLIA," katanya.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari anaknya termasuk membuat tiga laporan polis di balai polis Seri Alam dan menggunakan kaedah tradisional, namun masih belum berhasil.
"Saya harap kalau ada keluarga Nazrul yang mengetahui hal ini supaya pulangkan anak saya kerana kita boleh berbincang. Saya tidak menghalang sekiranya mereka ingin berkahwin, tetapi mesti cara yang betul.
"Saya juga merayu orang ramai yang mengenali anak saya atau terlihat dia (Angah) di mana-mana supaya segera menghubungi saya di talian 012-7905560 atau 019- 6105525 atau ke balai polis berhampiran," katanya.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!