KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak mengakui berasa malu menyanyikan lagunya sendiri walaupun single terbarunya iaitu Kelip-Kelip sudah siap untuk di keluarkan.
Remy berkata, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan single yang dihasilkan untuk filem 29 Februari itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan pentas.
"Jangankan membuat persembahan di hadapan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan Insya-Allah saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Remy berkata, pada asalnya lagu tersebut dirakamkan untuk dimasukkan ke dalam satu babak filem berkenaan namun Edry Abdul Halim yang juga komposer terlibat mahu melancarkannya sebagai single.
Bagaimanapun katanya dengan menyanyi ia berjaya meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis.
"Lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya.
"Filem 29 Februari adalah sebuah karya cinta yang banyak main dengan emosi dalaman tambahan pula saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq