Pasukan Harimau Muda disingkirkan dari Piala RHB Singapura di pusingan pertama buat tahun kedua berturut-turut.
Walaupun bermain dengan tiga pemain dari pasukan Harimau Muda A – Affizie Faisal, Shahril Sa'ari dan ketua pasukan Mahali Jasuli – pasukan Harimau Muda B memberikan persembahan yang mengecewakan dalam kekalahan 3-0 kepada Gombak United FC di Stadium Jurong West malam tadi.
Ismail memberitahu ESPNSTAR.my sebelum pertandingan itu, matlamat pasukannya adalah untuk sekurang-kurangnya ke pusingan kedua tahun ini, tetapi persembahan pasukannya menunjukkan sebaliknya.
Pasukan tuan rumah yang memulakan perlawanan dengan baik dan membuka tirai pada minit ke-10. Julien Durand menghantar bola kepada Christopher Anderson, dan pemain tengah itu melepaskan rembatan yang hebat melepasi penjaga gawang Shahril.
Harimau mula meningkatkan prestasi mereka selepas jaringan itu tetapi tidak dapat melepasi bahagian pertahanan Gombak yang dikawal dengan baik oleh ketua pasukan Obadin Aikhena, namun mereka mendapat dua peluang baik setengah jam dalam perlawanan.
Rembatan Farizzuan Azhar pada minit ke-28 dihalang dengan hebat oleh penjaga gawang Gombak Zaiful Nizam.
Farizzuan sekali lagi membuat percubaan yang baik selepas menerima bola daripada Akmal Ishak dua minit kemudian, tetapi sekali lagi usaha beliau ditepis oleh Zaiful.
Pemain-pemain sayap Gombak kelihatan sangat mengancam, terutama sekali Mustaqim Manzur, yang memberikan banyak masalah kepada Mahali di sayap kanan
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq