Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kecoh bila calon UPSR melarikan diri

0 komen
JOHOR BAHRU – Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.
Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.
Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.
Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
"Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga," kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!