Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Atef tidak gentar dihujani peluru tentera Israel

0 komen
GAZA - "Saya tidak gentar, kalau sampai ajal akan mati, saya terima sebagai kehendak ALLAH, tetapi selagi masih bernyawa saya akan terus berjuang demi maruah rakyat Palestin," demikian kata Ahli Parlimen Utara Gaza, Atef Adwanz.

Menurut Ahli Parlimen itu, meskipun rumahnya pernah diserang 8 kali sejak 2002 oleh rejim Zioni, itu tidak bermaksud dia perlu mengalah ataupun berundur dari perjuangannya membela nasib rakyat Palestin.

"Ini rumah dan tanah air saya, saya tidak akan berpindah atau bersembunyi, bila-bila  sahaja saya bersedia dan  sanggup berhadapan dengan askar Israel," katanya yang juga penasihat kepada pengasas Briged Al- Qasam, Sheikh Ahmad  Yassin.

Sinar Harian yang berpeluang berkunjung ke rumah Ahli Parlimen itu semalam diberitahu bahawa rumah, yang didiami pernah dihujani 700 peluru yang dilepaskan dari helikopter Apache tentera Israel kereta kebal dan serangan darat bermula pada peperangan Furqan 2008.
2009 dan Hajaratul Sijjil 2012 yang lalu.

Menurutnya dia amat bersyukur kerana  gagal ditembak atau ditangkap tentera Israel.

Difahamkan pada serangan pada waktu siang tahun lalu, ahli keluarga termasuk cucunya  terpaksa menyembunyikan diri di bawah katil bagi mengelak daripada terkena tembakan yang dilepaskan," katanya.

Jelas Atef, dia mula menjadi sasaran sejak tahun 2002 apabila segerombolan tentera Israel menyerbu masuk ke dalam rumahnya.

"Ketika kejadian itu, saya mempunyai urusan lain di luar rumah dan disebabkan itu juga pemandu teksi di sekitar Beit Hanoun tidak mahu menumpangkan saya kerana takut ditangkap atau diserang tentera Israel.

Tambahnya, pernah dalam satu-satu masa selepas serangan dia dapat mengumpulkan 15 kilo  peluru yang dilepaskan dari senjata separa automatik termasuk M16.

"Keluarga saya setakat ini tidak ada yang cedera kerana sasaran mereka (Israel) adalah saya," katanya.

Menceritakan pengalaman yang sama, anaknya Ibrahim Atef Adwan, 23, mengakui tentera Israel sememangnya sengaja mengugut ayahnya agar melepaskan jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya sejak sekian lama.

"Mereka menganggap ayah sebagai satu ancaman kepada mereka malah dianggap sebagai orang utama bertanggungjawab dalam pembentukan Briged Al-Qasam," katanya.

Menurut Ibrahim dia masih mengingati bagaimana tentera Israel yang lengkap bersenjata menyerbu masuk ke rumah untuk menangkap ayahnya pada suatu malam.

"Ketika kejadian saya hanya bersama ibu dan adik di rumah memang takut tetapi itulah cara tentera Israel tapi semuanya selamat," katanya.

Nantikan esok kesan kemusnahan akibat serangan  rejim Zionis di sekitar bandar Gaza ketika serangan pada November 2012.

Mereka yang ingin menyumbang untuk tabung Stand Up For Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun Dana Kompleks Al-Itisam menerusi akaun Bank Islam 12038010108647.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!