Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Kumpulan Darul Ehsan dibenar ambil alih syarikat konsesi air oleh kerajaan Selangor

0 komen
KUALA LUMPUR - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor hari ini membuat keputusan membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air Selangor.

Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) dikeluarkan secara rasmi hari ini.

"Pengambilalihan itu merupakan sebahagian usaha untuk memulangkan hak air kepada penduduk Selangor," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin negeri itu, patut bertanggungjawab mengurus industri air.

Pengambilalihan ini akan memberi impak penting ke atas kehidupan rakyat,  dengan penduduk Selangor akan terus menerima 20 meter padu air percuma sebulan dan tidak terperangkap dengan kenaikan tarif air yang tidak adil dan membebankan, katanya.

"Kerajaan negeri yakin pengambilalihan ini akan berjalan lancar berdasarkan penawaran ini merupakan kaedah terbaik bagi penduduk Selangor mempertahankan hak mereka kepada air berkadar rendah.

"Kerajaan negeri menjangkakan harga tawaran yang tinggi itu akan menyelesaikan masalah penswastaan air yang jelas gagal menawarkan tahap perkhidmatan yang boleh diterima rakyat dan berharap semua yang terlibat, termasuk Tan Sri Rozali Ismail, tidak prejudis  terhadap usaha ini," kata Khalid.

Beliau juga berkata penawaran ini tidak akan menyebabkan kerugian ke atas mana-mana syarikat terlibat memandangkan jumlah itu merupakan pulangan 12 peratus setahun ke atas ekuiti berbanding purata pulangan untuk industri air sebanyak enam peratus.

"Selain itu, semua liabiliti juga akan diambil alih," katanya. Khalid berkata pendirian kerajaan negeri Selangor mengenai hak untuk memperoleh air diberikan kepada penduduk Selangor adalah konsisten dan ia akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!