Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

AES: 40 pemandu didenda selepas mengaku salah

0 komen
KAJANG 10 Dis. - Seramai 40 pemandu didenda antara RM300 hingga RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju ditetapkan yang dipantau kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad turut memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara sepuluh hari jika gagal membayar denda itu
 
Kesemua mereka yang terdiri daripada pekerja awam dan swasta membayar jumlah denda berkenaan di kaunter mahkamah.
Sementara itu, lapan pemandu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan kes mereka akan disebut semula pada 9 dan 14 Januari depan.
 
Kesemua mereka didakwa sebagai pemandu kenderaan di lebuh raya memandu melebihi had laju ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 28 September lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000 atau denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Saharudin Safirol, manakala lapan individu yang tidak mengaku bersalah diwakili peguam Mohd Fikah Sanusi. - BERNAMA

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!