Johor Bahru: Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M), Norshahrul Idlan Talaha perlu bersaing sengit dengan dua rakannya di kelab Johor Darul Takzim, Safee Sali dan Daniel Guiza bagi merebut gelaran penjaring terbanyak liga musim depan.
Penyerang kebangsaan yang sinonim dengan panggilan Mat Yo yakin persaingan itu bakal menyaksikan skuad Harimau Selatan akan muncul sebagai pasukan paling banyak mencipta jaringan.
Penyerang kebangsaan yang sinonim dengan panggilan Mat Yo yakin persaingan itu bakal menyaksikan skuad Harimau Selatan akan muncul sebagai pasukan paling banyak mencipta jaringan.
"Sudah pasti saya mahu buktikan sentuhan penyudah masih berbisa. Ketika saingan Piala Suzuki AFF, kita sudah mencuba habis-habisan namun nasib tidak menyebelahi dan saya sering dikepung pertahanan lawan," katanya yang menjaringkan satu gol.
"Mewakili Johor memberikan semangat baru. Semestinya saya mahu merebut Kasut Emas walaupun bersaing dengan Safee (penjaring terbanyak Liga Super Indonesia) dan Daniel (Guiza) di La Liga," katanya pada sidang media, semalam.
Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Safee pula berasa bertuah dapat menyertai Harimau Selatan walaupun berstatus pinjaman dari Arema FC ketika kemelut di Liga Indonesia masih samar dan belum diselesaikan Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI).
"Keputusan itu bukan kerana wang tetapi bagi menjamin karier saya. Sebelum ini, PBNJ pernah merisik namun terpaksa ditangguhkan tetapi apabila keadaan liga di sana belum stabil, saya ambil keputusan menyertai Johor.
"Saya tidak sabar untuk beraksi di Liga M. Perancangan PBNJ mengambil pemain berkualiti membuatkan saya tekad memastikan impian pasukan memburu kejuaraan trebel musim depan membuahkan hasil," katanya yang beraksi dua musim di Indonesia.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq