Maxis Bhd, penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama yang membawa masuk iPhone ke Malaysia, melancarkan model terbaru telefon pintar keluaran Apple itu, iPhone 5 dengan pelan serendah RM50 sebulan.
Menerusi iPhone 5, pelanggan Maxis boleh menggunakan rangkaian 2G dan 3G serta kemudahan LTE 4G yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Menerusi iPhone 5, pelanggan Maxis boleh menggunakan rangkaian 2G dan 3G serta kemudahan LTE 4G yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Pelanggan syarikat telekomunikasi itu boleh mendapatkan telefon pintar berkenaan di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis bermula hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera, berkata syarikat itu sekali lagi berbangga membawa masuk iPhone terbaru ke Malaysia.
"Ia mencerminkan kepimpinan berterusan Maxis dalam kerjasamanya dengan Apple untuk membawa masuk peralatan terkenal itu dengan pelan bernilai tinggi kepada pelanggan," katanya pada pelancaran iPhone 5 oleh Maxis di Kuala Lumpur, semalam.
Pelancaran iPhone5 oleh Maxis itu bermula jam 12 tengah malam tadi di pusat beli belah Capsquare Mall.
Seperti pelancaran iPhone sebelumnya, ia dihadiri peminat Apple dari seluruh negara yang mahu menjadi antara kumpulan pertama mendapatkan peralatan popular itu.
Nipis dan ringan
Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan itu direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci.
Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri dipertingkatkan.
Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.
Suren berkata, iPhone 5 bukan saja didatangkan dengan beberapa ciri baru, malah Maxis juga menawarkan pelan iValue direka bentuk semula untuk memberikan nilai kepada pelanggan.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq