"KENAPA perlu kami takut, Thailand bukanlah satu pasukan yang kuat pun," demikian reaksi penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menjelang saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Supachalasai Bangkok, Khamis ini.
Safee berkata, kenyataan itu berdasarkan situasi pemain Thailand yang tidak mempamerkan prestasi terbaik berbanding Malaysia, malah mereka juga dilihat sedikit goyang.
"Kami tidak pernah mempunyai tekanan atau perasaan takut ketika berdepan Thailand.
"Bagi saya, Thailand bukanlah pasukan yang kuat, lihat sahaja perlawanan tempoh hari, mereka agak goyang, dan kurang melakukan asakan.
"Jadi, saya rasa tidak timbul masalah takut, malah lebih bersemangat untuk bertandang ke tempat lawan," kata Safee kepada Sinar Harian Online.
Tambah Safee, "tekanan bagi setiap pemain memang ada selepas kami seri di tempat sendiri tapi saya dan beberapa pemain lain pernah merasai tekanan lebih hebat di Indonesia sebelum ini."
"Oleh itu, beraksi di Bangkok bukanlah satu masalah besar, yang penting setiap pemain perlu fokus sepenuhnya dan cuba memenangi perlawanan itu."
Menurutnya, Harimau Malaya harus mengekalkan rentak yang sama seperti mana beraksi di hadapan 80,000 penyokong sendiri kelmarin.
Sehubungan itu, adalah tidak mustahil skuad kebangsaan untuk mengatasi Thailand, sekali gus mengulangi sejarah 2010.
"Saya harap rakan yang lain akan mempamerkan aksi terbaik dan konsisten.
"Buru gol awal untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, kerana inilah peluang terbaik kita untuk membuktikan kemampuan Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya Malaysia bakal menghadapi laluan sukar lebih-lebih lagi Thailand turun dengan penuh bersemangat kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri, Safee bagaimanapun tidak gentar dan menyifatkan perkara sedemikian sudah biasa bagi skuad Harimau Malaya.

"Beraksi di tempat sendiri atau lawan, bukanlah kelebihan kepada mana-mana pasukan.
"Memang Thailand akan bersemangat, tapi itu tidak semestinya menjamin kemenangan, seperti contoh 2010, Malaysia pernah berdepan dengan bilangan penyokong lawan yang lebih besar jumlahnya sebelum ini termasuk di Indonesia tetapi kita berjaya diharungi sehingga berjaya muncul juara.
"Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan, apa yang penting kami telah bersedia untuk bertemu Thailand dan akan menggalas cabaran ini sebaik mungkin," jelas Safee yang berazam untuk terus meledak gol buat pasukannya.

No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq