Latest: Download Free Desktop Wallpapers of Chef Loony! | Series: AuthorRank? | Download MBT eBooks!

Aidil calon ketua pasukan

0 komen
PETALING JAYA - Ketiadaan beberapa pemain senior dalam skuad kebangsaan memberi ruang buat pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk memakai lilit ketua pasukan dalam pertemuan dengan Qatar 6 Februari ini di Doha.Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (DT) itu menerima dengan hati terbuka jika jurulatih, Datuk K. Rajagobal memberi kepercayaan kepadanya menggalas tugas sebagai ketua pasukan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
 
"Saya tidak memikirkan sangat tentang tugas sebagai ketua pasukan, paling penting buat saya adalah perlawanan yang akan kami hadapi nanti, dalam erti kata lain saya lebih fokus kepada persediaan pasukan," katanya kepada media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Selain Safiq Rahim yang digantung perlawanan, beberapa lagi pemain senior lain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan juga tidak berada dalam pasukan ke Doha akibat masalah kecederaan.
 
"Saya akui masalah kecederaan yang kami alami ketika ini adalah yang paling ramai dalam pasukan kebangsaan tetapi perkara ini normal bagi sesebuah pasukan, ada pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safee dan Norshahrul.
"Dari segi semangat sepasukan saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah pun mengenali antara satu sama lain, cuma yang membezakan adalah pengalaman di antara pemain baru dan lama," katanya.
Jika dilihat daripada posisi yang diletakkan Rajagobal dalam latihan semalam, Aidil dijangka bergandingan semula dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizwan Taj Tajuddin pada bahagian pertahanan tengah.
 
Kedua-dua pemain tersebut pernah bergandingan bersama musim lalu ketika Aidil beraksi bersama ATM sebelum berhijrah ke Johor DT musim ini.
"Semua pemain dalam skuad kebangsaan sekarang saya lihat mempunyai kekuatan yang sama, dari segi rangkaian pertahanan tidak banyak berubah kerana tidak ramai pemain di posisi ini yang mengalami kecederaan.
 
"Bahagian serangan sedikit terjejas berikutan masalah kecederaan tetapi bola sepak bukanlah permainan individu ia melibatkan satu pasukan semuanya terletak kepada jurulatih untuk mengharungi perlawanan nanti," katanya.
Tambahnya, bertemu pasukan terkuat Asia seperti Qatar adalah satu pengalaman yang amat berguna buat pasukan kebangsaan dan mereka juga masih mempunyai masa untuk memperbaiki segala kekurangan menjelang perlawanan persahabatan menentang Iraq Jumaat ini.

No comments:

Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq

  • MBT Icons and buttons

    Icons and Buttons

    Our resources have been successfully downloaded over 10K times and found almost every where. Get yours!

  • choosing webhost for a blog

    Why HostGator?

    Learn Why we chose HostGator as our Web Host and find discount coupons to kick start your blog today!

  • SEO Settings for blogger

    ALL IN ONE SEO PACK 2012

    Learn every single SEO tip that will boost your blog's ranking and organic traffic. We got them all!

  • Blogger widgets and plugins

    Visit MBT's Blogger LAB

    Why not take a tour of all great Blogger widgets published so far? You Name it we have it!

  • become a six figure blogger!

    Become a SIX FIGURE BLOGGER

    Learn what it takes to become a successful entrepreneur and build a living online!