Kota Bharu: "Apa masalah Datuk K Rajagobal dengan saya. Kenapa dia tak nak panggil saya menyertai skuad kebangsaan?" kata kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi atau Piya.Itu reaksi balasnya kepada kenyataan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, semalam yang dianggap menghinanya.
Pemain tengah Kelantan itu ingin tahu apakah corak permainannya di posisi tengah tidak menepati cita rasa pengendali berusia 57 tahun itu.
Menurut Piya, aksi pertamanya menyarung jersi kebangsaan ketika mewakili Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Kuala Lumpur pada 2011.
Skuad itu dikendalikan jurulatih Ong Kim Swee dan tidak harus dijadikan penilaian sebenar kemampuannya.
"Saya tak kisah bila-bila masapun saya sedia menerima panggilan untuk beraksi dalam skuad kebangsaan.

"Namun kenyataan jurulatih itu seolah-olah saya tidak layak berada dalam skuad kebangsaan." Akhbar kelmarin melaporkan, Piya tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan meskipun ramai tonggak utama digugurkan akibat kecederaan.
Namun, Rajagobal enggan memanggil Piya bagi mengisi kekosongan posisi tengah menggantikan Safiq Rahim.
Namun, Rajagobal enggan memanggil Piya bagi mengisi kekosongan posisi tengah menggantikan Safiq Rahim.
Piya mengaku pelik dengan kenyataan Rajagobal yang turut meminta pemberita bertanya kepada dua bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dan B Sathianathan.
"Saya akan tanya mereka apa sebenarnya yang pelik dalam diri saya.
"Terus terang saya tak tahu apa sebenarnya masalah Rajagobal dengan saya.
"Sebagai pemain bola sepak, saya punya tugas untuk bersama pasukan Kelantan dan sekiranya dipanggil beraksi dalam skuad kebangsaan, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq