Saya berkahwin pada pertengahan 2010 dan kini berumur 27 tahun. Saya sudah menjalani semua ujian kesuburan termasuk ujian darah, ujian tiub follopio dan rahim termasuk air mani. Alhamdulillah, doktor pakar sakit puan mengesahkan saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk hamil namun hingga kini saya masih tidak hamil. Ujian yang saya ambil itu pada akhir 2011 sehingga 2012.
Saya juga pernah menghidap hipertiroid pada 2006 dan sudah sembuh pada 2008 setelah saya mendapatkan rawatan. Saya dinasihatkan untuk berhenti mengambil ubat kerana menurut doktor, dikhuatiri akan berlaku hormon tiroid yang rendah. Setelah berkahwin pada 2010, saya dapati tiroid saya kembali.
Setelah mendapatkan rawatan susulan, doktor menasihatkan untuk mengambil ubat dan mengurangkan dos sehingga seterusnya memberhentikan pengambilan. Pada pertengahan 2011, ia kembali normal dan sehingga kini, saya menjalani pemeriksaan susulan sehingga September 2012, ia didapati normal dan tiada masalah.
Saya sudah mencuba pelbagai ubat yang disarankan doktor termasuk diberikan clomid sehingga enam bulan tetapi masih gagal hamil. Selepas itu, saya disarankan menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) dan diberikan suntikan puregeon 300IU sebanyak 50IU setiap kali suntikan dan diambil pada hari kelima haid.
Saya sudah mencuba pelbagai ubat yang disarankan doktor termasuk diberikan clomid sehingga enam bulan tetapi masih gagal hamil. Selepas itu, saya disarankan menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) dan diberikan suntikan puregeon 300IU sebanyak 50IU setiap kali suntikan dan diambil pada hari kelima haid.
Ketika rawatan terbabit, ada dua telur bersaiz matang dan berdiameter 16 hingga 18 milimeter. Doktor juga memantau ketebalan rahim dan semuanya normal namun masih lagi gagal hamil.
Kini saya menjalani rawatan IUI untuk kali kedua dan masih menggunakan dos yang sama iaitu sebanyak 50IU tetapi disuntik bermula pada hari kedua haid sehingga hari ke-11 haid. Pada hari ke-12, saya mengambil satu suntikan untuk membantu proses pematangan telur dan akan melakukan prosedur iui pada hari ke-14.
Saya berharap doktor dapat menjelaskan masalah sebenar yang saya hadapi sekali gus membantu saya. Apakah tindakan yang harus saya lakukan? Saya akui rezeki di tangan-Nya tetapi saya dan suami tidak mahu berputus asa dan sentiasa akan berusaha.
AMIRA,
Pulau Pinang.
Jika benar anda tidak mempunyai masalah kesuburan yang dapat dikenal pasti, ini bermakna doktor sudah mengesahkan bahawa:
Dalam tempoh itu atau selepas tempoh itu, doktor mungkin akan menasihatkan anda menjalani IUI. Ini sama ada menggunakan ubat yang sama (memandangkan ovari dan rahim anda normal) ataupun menggunakan suntikan hormon mengandungi bahan FSH yang dapat merangsang lebih banyak kantung telur serta tidak memberikan kesan sampingan terhadap penebalan lapisan endometrium, cuma harganya jauh berbeza mahalnya.
Apabila didapati sudah bersedia (bilangan serta saiz kantung telur dan ketebalan lapisan endometrium yang dikehendaki), IUI lazimnya dilakukan pada hari yang ditetapkan bergantung kepada maklumat tambahan.
Jika tidak berjaya, proses IUI yang sama boleh diulangi atau dos ubat ditambah jika protokol rawatan sebelum itu tidak mencapai apa yang dikehendaki doktor.
Pada usia anda dan hasil pemeriksaan kesuburan tidak menunjukkan terdapat masalah, IUI dilaporkan dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak empat hingga lima kali ganda. Kajian menunjukkan peluang IUI secara kumulatif meningkat pada kadar terus yang menaik dalam tiga percubaan pertama, percubaan IUI keempat tidak menambah kejayaan kehamilan dengan banyak dan plot graf menunjukkan garisan yang hampir mendatar. Jika masih belum berjaya dengan IUI, rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) mungkin pilihan seterusnya.
Seperti mana-mana rawatan kebanyakan penyakit lain, rawatan kesuburan juga berbentuk individu atau khusus dan memerlukan pengalaman atau kesenian dalam memeriksa, memantau dan melakukan prosedur walaupun semudah IUI, ia bukanlah bersifat teknikal semata-mata.
Tidak semua pasangan yang mempunyai profil seperti anda berdua dan menunjukkan respon yang sama, malah mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.
Selain itu, tidak semua wanita mengalami hari subur pada hari ke-14, justeru jadual IUI tidak semestinya tetap pada hari ke-14.
Pengalaman peribadi saya melakukan IUI yang membuahkan kehamilan pada hari lebih lewat lagi, ada beberapa kes antaranya menjalani IUI pada selewat hari ke-21 hingga ke-25.
Kita ada mendengar terdapat perbezaan peratus kejayaan sesuatu rawatan kesuburan antara pusat kesuburan berbeza (kerana perbezaan teknik 'mencuci' air mani, jenis media atau pelarut serta alat kateter IUI yang digunakan) mahupun antara doktor dalam hospital yang sama (kerana penilaian pemantauan kantung telur dan rahim yang berbeza dan penggunaan ubat rangsangan dan ubat 'menguatkan' rahim juga berbeza).
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq