Eja yang ditemui ketika penggambaran itu berkata, berlakon iklan komersial bukanlah perkara baru baginya kerana sebelum menjadi pelakon terkenal lagi dia sudah beraksi dalam beberapa iklan komersial.
"Saya pernah berlakon iklan produk Indonesia bersama Titiek Puspa. Ini termasuk beberapa iklan produk tenusu, kecantikan dan minuman kesihatan. Saya juga adalah seorang model sebelum terbabit dalam dunia lakonan.
"Berlakon drama dan untuk iklan tidak banyak beza, cuma berlakon iklan pendapatannya lumayan kerana bajet untuk pembikinan iklan memang besar. Saya bekerja untuk pembikinan iklan ini dua hari saja iaitu sehari penggambaran untuk media cetak dan sehari lagi untuk media elektronik. Jika terpaksa bekerja lebih masa pun tidak mengapa kerana bayarannya bagus," katanya.
Eja berkata, iklan MeSTI terasa dekat di hatinya kerana sebagai pengguna, dia mahukan makanan yang bersih dan selamat. Bagi dirinya, selepas memiliki anak, dia akan pastikan anaknya mendapat makanan yang berkhasiat.
Eja berkata, iklan MeSTI terasa dekat di hatinya kerana sebagai pengguna, dia mahukan makanan yang bersih dan selamat. Bagi dirinya, selepas memiliki anak, dia akan pastikan anaknya mendapat makanan yang berkhasiat.
Melihatkan tubuhnya lebih susut daripada biasa, Eja menjelaskan berat badannya turun tiga kilogram selepas berlakon teater Tun Siti Hasmah baru-baru ini yang pertama kali dilakonnya.
"Selama 16 tahun menjadi pelakon, saya tidak pernah berlakon teater. Tiga bulan saya berkorban untuk pementasan itu hingga saya jatuh sakit kerana tak cukup tidur dan doktor terpaksa menyuntik antibiotik dalam dos yang tinggi.
"Apa pun saya seronok berlakon teater itu, lebih-lebih lagi membawakan watak Tun Siti Hasmah yang disayangi rakyat sehingga kini," katanya yang baru balik bercuti dari Hong Kong bersama suami dan anaknya.
No comments:
Jika korang suka info ini, sila tulis sesuatu kat komen, tq